Quantcast
Channel: The Writer's CooKING!
Viewing all 83 articles
Browse latest View live

Assalammualaikum...Meh! Sembang Jap... Sandwich Rendang... i tengah sibuk bergendang ler ni...

$
0
0


Assalammualaikum....

Apa khabarsemua??? Bersua kembali setelah berminggu tidak berasap dapur maya i yang jap ada manjang tak de ni hah! :D

Bukan apa.. sekarang ni i memang benar-benar sibuk dengan pelbagai urusan.. pelbagai undangan.. pelbagai tawaran yang semuanya datang dalam waktu yang sama!

Syukur Alhamdulillah... rezeki ALLAH SWT beri...:) Dan ada beberapa tawaran yang datang tu.. memang sungguh di luar jangkaan... memang selama ni tak pernah pun terfikir... murah betul rezeki ALLAH SWT limpahkan.. yang tak bestnya tu.. jika i terima 'Tawaran yang satu itu' bermakna i terpaksa berhijrah... meninggalkan kampung i yang cukup aman dan damai ni hah!

Lama berfikir~~~~~ berbincang~~~~ solat Istiharah... akhirnya.. i terpaksa menolak 'Tawaran Yang satu itu'. Walaupun pun i yakin 'Tawaran Sebegitu' tidak mungkin akan datang 2 kali untuk seumur hidup i... ~Wallahualam~
   

Hokayy... itu tentang 'Tawaran Luar Biasa' dah selesai walaupun tiap hari ada jugak terbayang-bayang tawaran yang lumayan tu hah! ;)) Heppp! i lebih rela tinggal di kampung dari berhijrah nun jauh di kota yanghiruk-pikuk.. masa untuk bersantai-santai je sekarang ni.. usia pun semakin meningkat.. dah nak masuk dalam keluarga 'MIDI'.. dah ni hah! :D

Lepas satu tawaran... satu lagi tawaran datang... serius tawaran tu datang selang sehari... Ya! ALLAH! macam tak percaya pun ya... itulah namanya kuasa ALLAH... kita sebagai manusia hanya merancang.. tetapi ALLAH yang menentukan.. ALLAH Maha Mengetahui.... ALLAH Maha Besar...

Masuk TV???? Lagi????

Okay yang ni semuanya sedang i aturkan, sebab tu sekarang i ni super busy... super duper BUSY.... soOOo.. tunggu bila dah tiba.. waktunya.. semestinya i akan share kepada semua kawan-kawan dan peminat Shahriah Abdullah yaa... apa tu??? TunggUuuu.... 


Bagi hints sikit lah....
Nak tengok macam mana i bekerja di rumah??? nak tengok office i yang tak seberapa tu??? nak tengok i memasak??? nak tengok dapur i?? nak tengok rumah i?? keluarga??? ***Wahhh... giteeww*** :D

Okay then.. kenalah tunggu yaa... ;) *wink 

Sandwich Rendang


Okay sambung kisah memasak ler pulak yaa...

Menu kali ini i share idea aje yaa.. resipi i dah pernah share sebelum ini.. resipi dari Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.... buku resipi i yang pertama.. wah! ada buku resipi yang kedua ke?? tungguuu... shooting pun belum berkesempatan ni.. jadual padat.. tetapi jadual untuk shooting dah ada ;)

Sandwich Rendang
   

Okay, gini..  kalau ada masak rendang lebih tu...
pepagi kala nak breakfast tu.... ambil beberapa keping roti putih atau oat meal breads... then..sapukan Rendang daging kita tu dia atas kepingan roti.. tangkup dua.. dan kemudian NGAP!!!

Dap tak??? ehh.. mestilah!!! :))


Antara sebab i jarang update blogs... salah satunya... line internet problem.. lebih 10 kali called Telekom.. mereka cakap sebab cuaca tak elok.. jadi dari menaip dan tak boleh save.. line asyik terputus.. itu pasallah i jarang menghadap blogs...

Kepada semua kengkawan yang setia singgah di dapur maya The Writer's Cooking.. i nak ucapkan Jutaan Terima Kasih... andalah sumber inspirasi untuk i terus berkongsi sedikit sebanyak ilmu.. walaupun hanya sebesar kuman.. yang penting i ikhlas...

Sekian dulu.. jumpa nanti.. take care.. smile always... *i cuba update blogs sekerap yang mungkin bila ada kelapangan yaa.. kalau tak cari i di Fan Page sahaja.. i akan sentiasa update di sana*

Assalammualaikum... cayang semua.. muahzzzzzZzzz <<<--- kiss sampai terlelap.... :D

TATA!!!!   



Kek Pisang Bermadu ~ Majalah Aroma Edisi April 2013

$
0
0


Assalammualaikum.... Salam Sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati dan sentiasa berada di dalam ingatanku.. walaupun manjang lesappp... dan langsung tidak meninggalkan asappp :)) dan sekarang baru timbul lagi dan lagi.. setakat mana bertahan.. itu tak pasti.. Wallahualam... :D

Buat semua teman-teman yang tidak pernah putus-putus singgah di blogs i yang manjang tak ada sejak kebelakangan ini.. Shahriah nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kerana masih sudi datang bertandang dan meninggalkan komen.. walaupun sejak dua menjak ini Shahriah jarang benar dapat BW dan meninggalkan jejak di blogs kengkawan semua.. bilalah agaknya nak dapat macam dulukan... sepanjang hari boleh dok santai depan PC pastu... BW blogs kengkawan...tinggalkan komen... hmm... masa benar-benar mencemburui i sekarang ni... :(

Tak pe.. tak pe.. walau apa pun hidup perlu di teruskan.. kan kan... Okay kali ni i nak share dengan you olls... resipi-resipi yang telah pun di paparkan di majalah Aroma awal bulan April.


Jutaan terima kasih buat Majalah Aroma kerana sudi berkongsi beberapa resipi masakan dari dapur The Writer's Cooking. Terutama buat Puan Siti Dimiati yang cantik manis kerana sudi menghubungi Shahriah beberapa bulan yang lepas. Majalah Aroma adalah antara Majalah yang sentiasa Shahriah dapatkan di pasaran setiap bulan. Tidak pernah tidak membelinya.. pasal apa??? Sebab Majalah Aroma Best! memaparkan ramai teman-teman blogger yang hebat-hebat dan juga chef2 profesional. Masakan dan resipi yang cukup enak, gambar yang jelas dan terang juga menarik. Di pendekkan cerita Majalah Aroma terbaiklah!!! :)
 

Kebetulan masa Pn Siti Diamiati hubungi i masa tu i tengah sibuk sangat... memang ada pelbagai program masakan dan demo. i cuba juga penuhi permintaan Pn Siti Dimiati... curi-curi masa nak kumpul bahan dan gambar untuk di kongsikan buat semua pembaca Majalah Aroma. Akhirnya... Alhamdulillah.. walaupun tergesa-gesa dan mengejar masa, mana lagi nak membahagikan kerja yang bertimbun. Dapat juga i kongsikan 7 resipi mudah buat semua pembaca Majalah Aroma.

Dan i akan cuba kongsikan di sini satu-persatu buat tatapan semua, yang mana terlepas edisi April tu.. bolehlah rujuk di blogs masakan Shahriah ni yaa... terima kasih semua.. :D

Kek Pisang Bermadu


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm Pisang lemak manis
100 gm gula kastor
300 gm tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1/4 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur *saiz A
2 sudu besar madu
100 ml susu segar
100 gm badam hiris

Untuk Tatah Di atas Kek :

4 sudu besar madu

CARA :

  1. Lenyekkan pisang bersama gula sehingga hancur dan gula larut.
  2. Campurkan susu segar, telur dan kocok sehingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan pisang yang telah di lenyek.
  3. Masukkan madu dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sehingga tepung habis.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit mentega.
  6. Taburkan hirisan badam di atas kek.
  7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 40-45 minit.
  8. Setelah kek masak, sapukan dengan madu dan sedia untuk di hidangkan.

 TARRAA!!!

Kek Pisang Bermadu 


Sangat lembut.. basah.. gebus... lemak.. manis... sedappp... ;))

tak caya? cecuba.. cecuba... ;))
 

Okay.. i stop sini dulu.. nanti i share lagi okay...

jaga diri.. jangan noty-noty..

 ingat Shahriah cayang kat you olls semua..


MUAHHHHHHzzzzzzzzzzzzzzzzzz  :D

Assalammualaikum..

TATA!!

Kacang Panjang Goreng Berlada ~ Resipi Majalah Aroma Edisi April 2013

$
0
0









KACANG PANJANG GORENG BERLADA (resipi Majalah Aroma)

BAHAN-BAHANNYA :

20 batang kacang panjang *potong 2 inci
2 keping tahu *potong kecil
2 sudu besar air asam jawa
gula dan garam secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
50 gm ikan bilis
1 cm belacan bakar

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *Bahan Kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan tahu dan kacang panjang, kacau sehingga kacang bertukar warna.
  3. Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
  4. Angkat dan hidangkan!
Terima Kasih Majalah Aroma :)


 JOM!!! Kita Jumpa... Di PWTC..

Shahriah akan berada di sana pada 28hb April 2013 (AHAD)

Tepat jam 11 pagi ~~~~ 1 Petang

Jangan lupa!! Ada cenderahati buat semua.. Insya~ALLAH... :)

Assalammualaikum...

TATA!!!

Ubi Goreng.. Ada N3 Istimewa buat semua tau.. yawwww...

$
0
0


Assalammualaikum......
Salam sejahtera buat semua... Apa khabarlah agaknya teman-teman sekarang ni kan kan... mesti ada yang dah lupakan i...
Aduhaii... rindunya nak berblogging... bukan terlupa dan bukan tak ingat.. cuma kekangan waktu yang mencemburui i semenjak kebelakangan ini... :(

Sibuk macam mana pun.. bila ada kelapangan i tetap juga post dua tiga baris ayat di laman FAN PAGE <<--
Apa nak buat... sibuk sekarang ni... bila tak sibuk.. line internet pulak punyalah sloww~~~~ hadoii... boleh hilang sabar nak masukkan gambar sekeping pun lecehh..

Penghabisannya mood nak update blogs.. memang kelautan sepi nun hah! nampak ke? :))

Ubi Goreng


Sesekali dapat update blogs ni i nak story mory dengan you olls panjang berjela sikit yerkk.. yang mana tak ada masa tu.. please come back later :D

Okay.. sibuk kerana urusan kerja itu satu alasan yang paling utama sekali...

Alasan kedua.. mood nak update blogs kelaut sebab line internet very the slow~~~ worst then snails ;))

Alasan ketiga.. i tiap hari memasak.. sibuk macam mana pun..tetap memasak but... i langsung tak snap gambar apa yang i masak... too bad... :(
Nak  tahu kenapa???

Yaa.. sebab.. ruang tempat i biasa snap gambar masakan i tu.. alaa kat tepi tingkap i tu... dah tak ada.. yelekkk... dah ada kabinet kat situ.. so pancaran cahaya memang sangat-sangat terhad.. situ aje ruang yang ada cahaya matahari yang cukup BEST! 
nak snap gambar kat luar.. hadoii.. rajin ler sangat kannn... :D 

Ubi Goreng


Dan... sampai laa i tak ada tempat atau ruang khas untuk i snap gambar... my mom cakap snap aje gambar kat luar.. *depan porch* i pernah cuba.. snap gambar kat situ.. tetapi.... my jiran yang lalu lalang sama naik berhenti dan tengok! pastu ajak berbual.. berapa lama mau siap daaa... muahahahaa... :))

Hadoii... nantilah bila i free i akan cari ruang yang sesuai.. atau may be i kena beli ler lampu khas untuk photo shoot.. hentah apa ke namanya... belum survey lagi.. sabar yaa.. macehhh ;))

Ubi Goreng
  

Dan bulan Mei ni sepatutnya i sibuk dengan photoshoot untuk my second cooking book.. tapi tarikh terpaksa di tunda atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan.. sOooOooo... tu yang i agak free sikit bulan Mei ni... soon nak cuti sekolah pulakkan? i dah aturkan percutian untuk keluarga i kali ni.. dekat2 jewww ;))

Dannnn... bila dah ada free time sikit ni.. i terus ler plan.. apa i nak buat masa i tak ada kerja ni ekk??? padahal ada kerja tapi i buat tak nampak jerr... ;)

SooOoooo... ada N3 istimewa KHAS buat semua teman-teman yang selama ini tak pernah jemu-jelak berkunjung di blogs Shahriah yang sekejap ada.. manjang tak de ni :D nak tahu apa???

Meh! kita salin dulu resipi mudah.. Ubi Goreng untuk you olls semua cuba di rumah... dan inilah salah satu juadah minum petang i.. yang lain di rumah ni biasa-biasa aje.. i ubi rebus kurang minat.. dah tu jerk nak bagitahu :)) 

Ubi Goreng


BAHAN-BAHANNYA :

500 ubi *kupas kulit dan potong nipis *sila scroll gambar di atas*
5 ulas bawang putih *potong dadu
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukupnya
minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA :

  1. Kupas kulit ubi dan cuci bersih.
  2. Potong nipis-nipis dan gaulkan bersama :
  3. Serbuk kunyit, tepung gandum, garam dan bawang putih.
  4. Perapkan selama 15 minit.
  5. Panaskan minyak. *i guna kuali non stick pan... minyak jangan terlalu banyak.. cetek sahaja* gorengan akan lebih garing dan cepat masak*
  6. Goreng sehingga keperangan dan pastikan api jangan terlalu panas, jika tidak bawang putih akan mudah garing.
  7. Angkat dan toskan.   
 TARRAA!!!!

Ubi Goreng
  

Hidangan minum petang yang cukup manTOP! dan meleTOP!
manjang cup cakes dan puding jer kan.. cecuba yang camni.. simple tu ler yang BEST ever!

Yang hangus-hangus tu lerr.. yang jadi rebutan.. walaupun agak pahit :))

Ubi Goreng  


Hidangkan bersama KOPI O kampung!

a) ManTOP
b) BEST Giler!
c) Sedap NGko!
d) NyommeHHH!
e) SLurpp Ahhh...
d) Pengsan!!!
e) Semua di atas 

Mana satu pilihan anda??? undi terletak di tangan anda.. tiada rahsia... ;))
 
Ubi Goreng



Jika tanya i... my fav.. makan ubi goreng cicah dengan gula pasir!!!
Now yang menurun my lil princess Nellysha.. semut kering i tu.. lama dia tak interframe kan kan :D
S.E.D.A.P <<< SILA EJA!! :))

PStttttt......... Pstttt.......


"If Mom Can Cook So Do i!!"

Amboiiihhh.. ayat tak leh angkat!!!!


kenalkan siapa dua jejaka di atas tu??

Yup! yang mana dah biasa follow my blogs dah tahu kan kan..

My Hero No 1 and No 2..

Abang Amin And Abang Aemir..

19 & 18

 

Buat apa tu????

Gossippp???

Proppa???

Ada-ada aje....

Psttt......



 Happy Mother's Day Mom!!!!


Bersempena Hari Ibu di bulan Mei ini...

dengan ikhlas hati demi membalas jasa semua teman-teman dan peminat-peminat yang selama ini menyokong karya-karya Shahriah...

Ada... N3 khas buat semua.... 
sempena 'Mother's Day'

Anak-anak bujang i akan memasak pelbagai jenis resipi dari 'BUKU RESIPI SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH'  Khas buat semua...*resipi terpilih


Suka ke tak ni??? sila jawab di kotak komen di bawah tu yaa..

kalau banyak respon.. cepat i masukkan N3 khas di mana my heroes yang memasak and i hanya tukang snap gambar sahaja yaa.. ingat mudah ke?

Macam nak pengsan pun ada! :))

macam-macam hal! 

Sooo tungguuu.. stay tune!

cayang semua.. take care... muahhzzzz :))

Jumpa nanti.. Insya~ALLAH

Assalammualaikum..



TATA!!!

Orang Kampung.. Lauk Kampung.. Peace Yaawww

$
0
0


Tauhu Goreng (yang lembut)
Timun Racik
Tomato potong
Sambal Kicap Cili Api *sangat BERAPI!!* 

Peace Yaawww :D 


Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

i guna udang kering and bubuh cili padi kampung banyak-banyak naa... SlurPpp... kesukaan my mom :D 


Ikan Caru Goreng Berlada

Goreng dulu ikan cencaru tu... goreng tu biar garing cikit..

Pastu masakkan sambal... pastu curah atas ikan goreng..

Perghh... Peace Yaawwww  itell you olls :D 


Ikan Masin Gelama..

Goreng tu biar garing sikit... pastu hiriskan limau kasturi..

masa nak makan tu.. perahhh..... perghhhh...

Resipi :

Lauk Kampung 

 

Untuk Sambal Kicap Cili Api :

100 ml kicap masin *cap kipas udang
1 sudu besar cuka masakan/1biji perahan limau nipis
1 sudu teh gula pasir
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi *merah
4 tangkai cili padi *hijau

CARA :

Tumbukkan cili padi dan bawang putih sehingga hancur.
Masukkan kicap, gula dan cuka/jus limau nipis.
Genyeh-genyehkan sehingga sebati. 
Angkat dan hidangkan!
    


Ikan Caru Goreng Berlada :
  
4 ekor ikan cencaru *potong dua dan lumurkan dengan sedikit garam. Perapkan sebentar.

Untuk Sambal :

1 biji bawang besar *dadu
3 ulas bawang putih *dadu
2 cm halia *hiris batang mancis *julien
2 batang serai *titik
50 ml air
3 sudu besar sos tomato
150 ml cili kisar
 minyak
gula dan garam secukup rasa.

 *hirisan tomato & Daun sadri
 
CARA :

Gorengkan ikan cencaru sehingga garing. Angkat dan toskan.
Susunkan ikan cencaru di atas pinggan.

Panaskan minyak dan tumiskan serai sehingga naik bau.
Masukkan *Bahan di potong dadu dan juga halia.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
Masukkan air dan renehkan sebentar.
Masukkan sos tomato dan sesuaikan rasa.
Tuangkan sos di atas ikan.
Sedia untuk di NGAP!  
      

Ikan Masin goreng pun nak jugak resipi ke??

:)) ;)) :D

Okay setakat ini dahulu..

Nanti i share lagi.. ada appointment dengan anak bujang nak buat cookies... ;)

Sekian dulu... Jaga diri... senyum selalu..

Assalammualaikum..

TATA

Menu Berbuka 3 Rejab.. Lauk Simple Aje.. Yaa.. Aaa.. Awww..

$
0
0


Ikan Kurau  Masam Manis Nanas


Kacang Bendir Celur

Peria Goreng

& Sambal Asam


 Ikan Kurau Goreng :D

My Pak Habibi punya fav


Goreng Ikan Masin Kembung

Perahkan Limau Kasturi untuk neutralkan rasa masin :)


Puding Coklat Pic

as a pencuci molot :D

Semuanya menu berbuka 3 Rejab.. semalam punya kess.. petang ni baru dapat kongsi pada semua..

line internet masih buat peel... :D

tu yang lambat masukkan N3 tu..

tak pe.. tak pe... yang penting i tetap berkongsi kepada semua kan kan.. :)




Ikan Kurau  Masam Manis Nanas
(resipi asal i guna ikan bawal)



BAHAN-BAHAN :

600 gm ikan kurau -potong 4 ala cube *jika isinya besar(resipi asal ikan bawal)
(sapukan ikan bersama sedikit garam dan kunyit-Goreng)

1/2 biji nenas masak    } potong dadu
1 biji lada benggala *i guna lada hijau    } belah 2 dan potong 4
1 biji timun  *i guna 5 biji tomato ceri *belah dua
1 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
100 ml air
gula dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR :

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1sm halia
3 tangkai cili kering

CARA MEMBUAT :

  1. Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan air, nanas, tomato puri dan tomato sos. Didihkan sehingga kuah agak pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada hijau dan tomato ceri.
  4. Masukkan ikan dan gaul sebati.
  5. Angkat dan hidangkan    


Resipi dari buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Ikan Kurau  Masam Manis Nanas


SlurpPPpppppppppppppppppppp ahhh...

i puasa... so yang jadi tukang rasa my lil princess Nellysha..

"Kurang garam... kurang gula..."

Tu dia komen si kecik i tu..

dalam hati cuak jugak.. kang tambah terlebih aje memang!

Syukur Alhamdulillah...

Secukup Rasa!!!

Yaa... Aaa.. Awww...
 


Puding Cokelat Pic ini juga dari buku resipi..


Sekian sahaja dulu..

i nak turun ke dapur dah ni... 
nak memasak untuk berbuka petang nanti..

bersamaan.. 4 Rejab.. Syukur Alhamdulillah...

Kepada yang berpuasa..

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka yaa.. :)

Assalammualaikum.....


Aktiviti hujung minggu lepas..

Princess Nellysha dok kacau tolong poppa dia buaT roti.. sempena Mother's Day yang lepas :D

nanti i share ehhh.. bagi laluan menu berbuka dulu :)

Jumpa nanti..

Yaaa... Aaa.. Aaawwwww :D

TATA!!


Menu Berbuka 4 Rejab... Sup Tulang Rebus Marbeles... Slurppp Ahhh....

$
0
0


Hari ini... 16hb Mei 2013 Bersamaan 6 Rejab

Tapi i kongsikan menu berbuka 4 Rejab! :D

Bolehlah.. dari tak ada apa yang nak dikongsikan kan kan.. 

macehhh.... :D
 


Di kesempatan ini.. i nak ucapkan Selamat Hari Guru..Happy Teacher's Day buat semua guru-guru di dunia ini... Jasamu akan ku kenang sehingga hujung nyawa.. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas jasamu Cikgu... i love Cikgu! Muahhzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... <<<---- Kissed sampai terlelap :))


Okay sambung kisah :D

Menu Berbuka 4 Rejab yang simple dan mudah untuk di sediakan...

JOM! Tengok!


Sup Tulang Rebus

i masak simple sangat.. tak bertumis bagai.. tak berkisar bagai...

semuanya main pakai cempak dan rebus..

tetapi hasilnya...

Slurpppp Ahhhhh....... Mabelesss You Olls ;)


Udang Goreng Halia

Kesukaan Dan Permintaan dak kerempeng Nellysha.. mana boleh jauh dengan udang..

so i goreng sempoi aje..

pun tak de tumbuk-tumbuk bagai...

Hirisss jerrr dahhh.... :D


Me & My Mom Fav!!

Dah tak kuasa nak goreng-goreng sayur bagai dah sekarang ni.. tak laku!

Celur... celur.. celur.... cicah sambal asam...

Itulah yang paling laris!!! :))


Sometimes... laaa.... kan kan....

Tempeh & Tauhu Goreng is better than Cheese :D

Cicah   dengan sambal kicap cili padi..

terangkat???

mau taknya... kening aje yang terangkat dan peluh jangan lupa lap!! :))


 Di serikan pulak dengan Creme Caramel yang menggerutu gitu gaya..

Rupa Bukan Ukuran..

Rasa itu lebih Penting :D

Slurpppp Ahhh.....

Kuatkan semangat aje masa nak membikin ni taw.. ikutkan tak kuasa dah!!

Syukur Alhamdulillah..

berkat sabar dan tahap TERINGIN melampau segalanya...

Ada jugak desserts petang tu... :D

Sup Tulang Rebus

BAHAN-BAHAN :

1kg tulang lembu
air rebusan secukupnya

BAHAN TUMBUK RENYAH :

4 sm halia
4 sm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai

BAHAN LAIN :

1 bungkus sup bunjut *Mak Siti
2 sm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
4 helai daun salam *bay leaf
1 sudu teh corsed blackpepper
1/2 sudu teh serbuk lada sulah  
garam secukupnya

BAHAN TAMBAHAN :

1 batang karot 
4 biji kentang
hirisan daun sadri untuk tabur
bawang goreng untuk tabur 

CARA :

  1. Masukkan air dan tulang ke dalam periuk dan rebuskan sehingga isi daging di celah tulang empuk.
  2. Masukkan kesemua *BAHAN-BAHAN DI ATAS* dan renehkan sehingga kentang empuk.
  3. Sesuaikan rasa.
  4. Angkat dan taburkan bersama bawang goreng dan daun sadri. 

 TARRAA!!!!

SUP TULANG REBUS 
 


Marbeles????

Sangattt Okeh.. tak caya.. cecuba.. cecuba... :D

Sambal Kicap Cili Padi Jangan Lupa Taw!!

Petua nak sup sedap???

T.O.L.O.N.G.L.A.H...... rebus isi daging tu sampai empuk.. anggaran bila di cuit terburai isinya..

kalau dah kenyal macam chewing-gum tu.... perghhh.... tak de maknanya ;))


 Lawankan pulak dengan ulam celur bendir.. sambal asam pedas berapi...

Slurpppp....

Tetiba ngencess masa nak edit gambar ni taw... *kurang dah pahala puasa i*

Syukur Alhamdulillah...

Setakat ini dah 4 hari i berpuasa Sunat Rejab.. 

Akan terus berpuasa selagi belum di beri cuti umum ;))

Insya~ALLAH...

Jumpa nanti.. selamat beriadah.. selamat bertugas...
selamat berpuasa dan selamat menjalani apa jua aktiviti..

take care!


Cara Nellsha kupas kulit bawang guna jari :D pisau hanya untuk buang janggut bawang jerrrr ;))

Cermin Mata Hitam Momma mesti pakai.. kalau tak nanges... ;))

Sekian..

Assalammualaikum...

TATA!!

Kembali Bersama Hidangan Pembalasan! Penuh Dendam! Masterchef Malaysia All Stars

$
0
0



Assalammualaikum!

Cakkkkk!!!!!

Hadoii... punyalah kekok! Punyalah terkial-kial masa nak update blogs yang hentah dah berapa kurun dah kutinggalkan... Bukan tak ingat tetapi masa begitu terhad untuk i bersantai-santai seperti dulu..... :(

Apa pun i tetap ingat kat rakan-rakan blogger! semuanya tiada yang terkecuali! Minta ampun dan maaf sebab dah berkurun tidak datang bertandang di dapur you olls.. :(


Okay! di pendekkan cerita sekarang ni i tengah busy dengan pengambaran Masterchef Malaysia All Stars!

Stress tak??? Giler tak stress ko Bedah??

Semua hebat2 belaka! Huh!..... Pengsan.... @__#
 
 KKebetulan today no shooting! so i memberanikan diri membuka Lappy i yang dah berhabuk jugak tu.... ikutkan tak nak! tapi hati meronta nakkk jugak!!!!


Okay! Fine! i bukak jugak akhirnya. Sebelum ni i just share info di FB dan Insta dan Twitter dengan Handset jer.... lebih ringkas! ala-ala ON THe GO! gituh!


And yang pandainya.. i tak tahu macam mana nak update blogs guna Handset i muahahahhaha... gasaklah kan...

Okay di pendekkan cerita...

Just nak bagi tahu kat you olls yang i masih bernadi muahahhahaha... dan i nak you olls tahu di mana i berada sekarang ini....

and sekarang ini juga i dikelilingi oleh retis2 hebat! sehinggakan membuatkan i hampir tak dapat control untuk tidak sama mengeletis!! Owwhhh... tidak! (tapak tangan atas dahi.. mata keatas!) ya giteww...


Okay what ever.... i tetap ingat kat you olls... hope you olls support me and all MCMA contestant ya!

I cuba update blogs bila2 i ada masa kelapangan yaa.. kekadang tu ada kelapangan contohnya 2 hari cuti and tak ada apa nak buat..

But i tak berani nak bukak lappy takut... takut... ya! takut macam sekarang ni laaaa... dok bertonyeh tanpa henti....!!!

and i taip ni pun hanya 5 minit ya! termasuk masukkan gambar! how fast???

WaoWW! maknanya mood untuk kembali kedunia blogging... ada HANGATTTT!!!

Okay! itu sahaja dulu... nanti update lagi.. tak janji bila..

jaga diri.. senyum selalu... nak cari i boleh cari at my Fan Page ada kat atas kanan sekali tu.. just klik 'LIKE'
Instagram pun boleh jugak.. tak de sape nak paksa... taip...... shahriahmasterchefallstars

Kalau tak tahu jugak... tanya Tan Sri Che Mat Gebu dia rajin buh komen kat Insta i... Thanks! Tan Sri walaupun i tahu you sokong kaler biru all the time!hahahaa....


Okaylah takecare! muahhhhzzzzz sayang semua!



TATA!!!!!

Bismillah Hidup Lagi Ni! Ngehehehehh

$
0
0

Cak!Cak!Cak!


Assalamualaikum....
BISMILLAH..... <3

Apa khabar semua???!!

Owhhh! ada yang rindu kat tite ke?? :D

Tak de?! Ok tak pe.. tak pe..

Subhannallah!!! lamanya tak update blogs i ni kan... rasanya kalau ada anak kecik ni dah berlari dah budak tu! Ngeheheehhhh....

Semua pun tahu sekarang ni i sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti penulisan!

Penulis ni kerja dia nampak macam tak de kerja.. cakap jer busy tapi masih boleh hu ha.. lagi bershopping ke.. outing dengan family ke.. gituh!

Kalau you olls nak tahu.. Penulis tidak pernah berhenti bekerja ya.. sebab penulis bekerja menggunakan otak... dan yang menyampaikan utusannya ialah mata, hidung, mulut, kaki dan tangan.. pendek kata.. panjang tak kata ekk... segala yang berlaku di sekeliling itu yang akan i rakamkan dalam kotak minda.

Dan... lepas tu barulah i susun jadikan bahan cerita... wah! lebih kurang macam tu laa... HEPP! ni blog masakan kan kan?? bukan blog penulisan...

what ever! i memang busy.. bila tak busy tu laa i berehat.. tu yang penyakit mim alif lam mim menjelma.. kan ke hebat sangat tu! muahahahaha...

Okay! Okay! too long i rasa i melalut ni...

Okay i just nak hantar laporan.. bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Luv... sangat! Ramadhan please don't go! Wahh! feeling gituh!!


Owhhh!! Woohhh! kemain lagi tu kan berdiri tegak macam tiang bendera! muahaa... okay ni gambar beberapa bulan yang lalu... dan sekarang kebesaran itu tidak sama.. agak slim sikit dah sekarang ini yer.. yang mana follow i di instagram dia tahulah apa yang i bikin selama ini!
MUahahaa....

foto di atas itu khas untuk semua rakan2 masak2 i yang i kasihi dan tiada yang terkecuali... cayangggg... cayanggg.... semua sekali!!! Muahhhhhhhhhhhhhhhzzzzz <<<<---- kiss sampai terlelap ingat lagi tak?

Okay kita hantar dulu laporan ini..

manalah tahu selepas ini mood i nak update blogs berapi kembali.. tak janji yaa... :(

Tapi i akan cuba share resipi bila ada kelapangan...

tetapi di instagram i selalu jugak share resipi... apa yang i masak untuk berbuka puasa...

simple jer.. resipi2 tu semua ada dalam blogs i ni hah!
but selepas ini i nak cuba resipi2 baru dan cuba untuk ubah suai..

InsyaALLAH Wallahualam..

i memang benar-benar sibuk!
tapi sentiasa ada masa untuk update instagram!

Hebat kan!

Okay yang mana benar-benar rasa nak follow i di instagram boleh follow di 

add sini --->>> ksha-mommacha

dah sekontot tu jerk.. buat apa panjang-panjang bukan korang hafal pun kan kan....
yang mana rasa tak perlu nak follow tu tak perlu laaa.. i tak paksa... okay.. :)


nampak tak gambar macaroon yang tergolek2 celah tu??

okay ini adalah salah satu projek ksha untuk tahun 2014!

serius ni ekk.. satu2nya buku resipi yang bakal di terbitkan tidak lama lagi begitu banyak halangannya... untuk di siapkan... terselit 1001 cerita di sebalik pembikinan buku resipi i yang kedua ini!

Alhamdulillah segalanya dah selesai... dah sampai ke peringkat 80% pun... InsyaALLAH dah siap sepenuhnya mestilah i akan share kat sini dan kisah lebih lanjut dan macam2 lagi kisah di sebalik.... 'The Making Of 100 Resipi Memikat Resipi' akan i kongsikan di blogs penulisan dan lain2 blogs i yang berlubur tu... hadoii.... entah bilalah agaknya nak update tu!!

Insya ALLAH soon! i kena kuatkan semangat! sekuat batu konkrit...

aikkk kena kacau dengan hantu masa shooting tu boleh.. takkan nak update blogs tak boleh yer tak??

yerr... yerr arr.. jerkkk.... 


Alhamdulillah...

Okay semua gambar yang terkonteng2 di atas itu adala hasil idea, resipi dan i sendiri yang snap gambar... walaupun mood nak snap2 gambar dan cari2 angle entah hilang tahh ke mana gaknya...

i cuba... dan selagi tak dapat hadiah DSLR baru tuuuu... tuuu...... (i nak yang tuuuu) tak dapat.. mood tu slow sikit kot... guna hp jer ler ekk.. tak pun tab... okaylah...

kita jumpa dulu setakat ini...
nanti... wich is that nanti is tomorrow.. i berjanji akan share kat semua teman2 kesayangan i tiada yang terkecuali.. termasuk yang baru sahaja join my blogs ini...

luv you olls.. hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya...


Luvvvvvvvv... Memmuaahhhhhhh

TATA!!!!

Asam Pedas Udang Sesuci Kasihmu! Ececehhh..

$
0
0

Asam Pedas Udang Sesuci Kasihmu!

Hamboi!!! Hamboii!
Hepp!! Bagi salam dulu...

Assalammualaikum... kawan-kawan! :))

Ngehehehhh.. amacam? tajuk... tuu.. tajuk resipi tu? okay tak? Tahun 2014.. usia dah 40 tahun!
Orang tua-tua dulu cakap Usia mematangkan kita.. entah ekk..i pulak rasa sejak usia bertambah ada sikit2 rasa macam gonjeng2 cikit hihii...

Mungkin sebab anak-anak dah semakin sebaya kot! MUahahaa... Istaghfar sha... yaaa.. yaaa... :D
AstaghfirullahalAaziim...
hokey... hokey...
sambung cerita...
 blogs i yang entah dah berkurun lamanya tidak berupdate.. kebetulan tahun ini puasa kali ini i memang tak nak bersusah-payah.. semuanya i nak buat yang tenang-tenang... senang-senang.. tak nak fikir apa dah... nak buat rutin harian yang biasa-biasa sahaja... kalau boleh nak senyum dan nak sengeh aje.. (tanda tak ada tekanan dan bukan sasau!) :D
sebab hidup i beberapa bulan ni sukar betul!


cuba tengok!
memasing muka bengis!!
(konon jer tuu)
you olls yang emo tengok kita orang kat tv... hakikatnya semua dok BERtepuk TAMPAR after shooting.. ngEeeee....<<---sengeh senget ni!
.... fainted!
 Udah ler tahun lepas dok kerja berperang aje di dapur Masterchef Malaysia!

Tekanan yang memang best! hahahaaa! giler tak best! best ngko! walaupun ada jugak yang rasa macam gelak guling2 <<<--- sejuta kali sebab ada kala rasanya macam nak kiok! (hampir hilang seri) MUahahahaa...

Okay! dah tu kisah lalu dah lepas pun!
Apron yang i pakai tu pun dah lama simpan dalam peti besi!

Fainted!!!


EcececeHhhhhh....

Pastu.... settle kan pulak kisah cinta 3 segi!

hadoii... korang mampu?
Sendiri reka cerita.. sendiri jadi model.. sendiri feeling awesome like Miss Universed gituh!

Hadoiii.. penat tau... bukan mudah nak jadi penulis ni ekk...
berangggggggannNNNnnnnnn aje kerjanya...

feelinGGggggg aje tiap masa... yer laa nak menjiwai tiap watak tu.. korang hengat mudah???

don't play2 yekk... seriously emosi bertukar ganti! dah macam sumpah sumpit pun yaa... wow! hebat!

Adehhh..... tu satu hal.... yang bestnya... feeling muda dan awet all time... apa taknya menjiwai watak Emily yang very the bergetah! only 18 years old je ko Jemah oii! ko mampu ke???




Dan baru-baru ini baru sahaja selesai shooting untuk

'Projek 100 Resipi Memikat Suami'

dah lah outstations...

tidur hanya 2 jam sehari...

berdiri dari jam 5 pagi sehingga 12 malam.. MasyaALLAH!!
kekadang bila di ingat-ingakan semula..

macam pening-pening lalat... betul ke aku dah lalui semua itu??

hmmm.... Hanya ALLAH SWT yang tahu betapa penatnya masa tu.. :((
Hahaahhhh.. okay dah tu nanti kisah panjang lebar kat blogs penulisan...

di pendekkan cerita.. panjang tak cerita eekk...

Pasal itulah di Bulan Ramadhan yang MULIA ini Ksha nak banyakkan berehat dan LIPAT GANDAKAN AMALAN... OWHHH seriously i rasa betul2 berehat dan tenang... TQ ALLAH!

hah! sebab tu lah boleh update blogs i ni... best tak? suka tak? tak suka sudah! takmo kawan awak!

Ok! Cop!

dah tersasar jauh dah ni....

JOM! try masak lauk Asam Pedas Udang Sesuci Kasihmu... nama memang tak boleh angkat... i dah niat.. lepas ni semua resipi i nak buh jiwang-jiwang sikit!

Biar awet sentiasa dan yang makan tu nanti hati berbunga-bunga dan feeling ala Bollywood... guleng-guleng celah ceron bukit.. Hahahahhaa!!! hadoi... Istaghfar.... :D

 ASAM PEDAS UDANG SESUCI KASIHMU


BAHAN-BAHANNYA :

500gm udang (saiz XL) **belah belakang dan buang kotoran
3 helai daun limau purut *siat dan buang urat
1500ml air + 1 genggam asam jawa dan jadikan jus
2 biji buah tomato *belah 2
gula dan garam secukupnya

BAHAN TUMIS :

2 ulas bawang kecil *hiris
1 ulas bawang putih *hiris
1 batang serai *titik
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm kunyit
2cm lengkuas
2cm belacan
1 sudu kecil lada hitam

 CARA :


  1. Panaskan minyak. Masukkan *Bahan Tumis sehingga bawang layu.
  2. Masukkan *Bahan Kisar. Renehkan dengan api sederhana dan sentiasa di kacau. 
  3. Setelah pecah minyak barulah masukkan air asam jawa. renehkan, sesuaikan rasa, masukkan daun limau purut.
  4. Masukkan udang dan buah tomato.
  5. Angkat dan hidangkan!



TARRA!!!!

  ASAM PEDAS UDANG SESUCI KASIHMU


meringkuk aje udang tu kan?
Hadoii udang sekarang punyalah mahal!
tak pe.. tak pe.. kita boikot udang kita makan ikan bilis jerk! lagi best! ;)

Okay sebelum ada yang nak mengecek ni...
sorry yangg.. ini hidangan aritu.. dah dekat 3 bulan kot! muahahaha...
baru share hari ini... yer laa.. baru hari ni nak update blogs katanya!

Okay.. itulah yang bestnya ber blog ni kan...

masak 5 tahun lalu pun.. share resipi dan gambar.. tetap tak basi!
itulah.... ilmu yang ada kongsi bersama.. walaupun tidak sebesar mana pon..

Yang penting IKHLAS!

kan... kan.. kan...


Okay you olls.... jka you olls nak resipi secara lintas langsung Ksha berbuka dan bersahur bolehlah lihat di instagram ksha_mommacha yekkk... setakat ini i share tiap hari.. tak tahulah esok lusa bila ada undangan berbuka idak ler dapat berkongsi... tapi posing selfie kat instagram tetap ada!
siapa yang follow i kat insta tu dah muak jemu jelak agaknya.... HEPP! better SELFIE dari SELFISH! Muahahaa.. okay i dah nak undur diri ni.. sambung nanti k... 

psstt.... you olls tau tak masa i update blogs ni.. my sister wassup cakap ada kawan2 dia nak order Pavlova 30... durian crepe 30... GULP!!! <<<--- dengan mata terjojol!

baru cakap i nak berehat!

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA MENGETAHUI!
Wallahualam

Ececehhhhhh..... :P

Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku! Chocolate Puding Just You And Me!

$
0
0
Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku!


Chocolate Pudding Just You And Me!

Amacam??

Dwi Bahasa pon boleh! Ngehehehhh....

Bismillah....

Assalammualaikum!

Syukur Alhamdulillah! Tq! ALLAH! pejam celik... dah masuk Ramdhan yang ke-12!!!

Ramadhan Please Don'T GO!!! :'(


siapa yang dah lama kenal i kat blogs ni tau i HANTU COKLAT!

tapi bukan semua coklat yang i suka... sesuka hati i nak suka yang mana.. ekk.. yang paling fav yang ada rasa peanut dan macadamia! itu IN TOP LIST memang!

coklat yang lain tu biasa-biasa sahaja!

Ok.. tak nak bincang pasal coklat.. nanti macam-macam spekulasi yang TERKELUAR!

Okay.. kisahnya cam ni... nampak tak bakul isi coklat tu?

nampak tak kasut i celah bakul tu??

nampak tak??

Okay gambar tu tiada kena mengena..

i nak share kat you olls.. resipi..

Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku!


Chocolate Pudding Just You And Me!


Yangg.. entah dah berapa kali ulang share kat blogs i ni ekk.. cuma namanya aje yang i tukar...

konar baring.. rempit kiri dan kanan pun..

tang tuuu jugak rasanya!

tu yang i buh coklat TERSENGKANG!
atas puding tu..
bagi ada kelainan cikit!
Muahahahhahaa....
Dah! Jom! Puasa kurangkan berceloteh.. lebihkan amalan ya... erkk...

Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku!

Chocolate Pudding Just You And Me!


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket agar-agar serbuk
1000ml air
200ml susu cair
secubit garam
180gm gula kastor
150gm coklat button
1 sudu besar esen vanilla
1 biji telur kuning

HIASAN : COKLAT LAGI BESAR LAGI GEMPAK K.BAI!

CARA :

  1. Campurkan air dan agar-agar serbuk dan larutkan.
  2. Masukkan gula dan larutkan di atas api. sentiasa di kacau dan jangan sampai meruap!
  3. Setelah larut masukkan susu cair dan gaul sebati. masukkan telur yang telah di kocok terlebih dahulu. masukkan esen vanilla. Angkat dan tapis.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian. Dan satu bahagian campurkan dengan coklat button. Larutkan coklat.
  5. Sekarang anda ada 2 adunan. 1 adunan susu dan 1 adunan coklat.
  6. Masukkan 1/2 senduk adunan susu dan tuangkan sedikit adunan coklat di tengahnya. Ambil lidi dan lorek-lorekkan.
  7. Lakukan sehingga selesai dan simpan di dalam peti sejuk sehingga set dan chill!
TERIMA LAH.....


Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku!


Chocolate Pudding Just You And Me!

Amacam???

Sah! Sah! Coklat yang sebesar alam tu yang terserlah yer tak?

Muahahhahaaa.a..... dapppnyeew... hepp! puasa!


Selak cikit strawberry tu!

WOW!!! tetap nampak cekelat yang besor atas tuuuuu laa....

muahahhaaa.....



Nyomm... Nyommmm...


Tuangkan sos kastard... pastu sudu dalam mulut...

mata pejam.... muncung ternaik-naik!!

Nikmat tekak.... untung jadi tekakkan?

@_# FAINTED K!


Gambar di atas tiada kena mengena..

tetapi ada jugaklah..

foto dulu sewaktu bamm.. bammm... nyee..

sebab dok baham coklat setiap masa!

tak caya sudah!

K.BAI!


Alolooolooo... momotnya skap yang ada atas kepala i tu...
hepp! limited edition tak de jual kat luar! nak cari kat photoscape hiihihii...

Jangan lupa cuba tau!

cayangg you olls! memmuahahhhh :D

Pulut Panggang Udang Kering Kau Tetap Menjadi Pujaan Hatiku! Nafsu! Oh! Nafsu!

$
0
0

Assalammualaikum.... Adehhh.. dehhh... bertemu lagi kita yekk... ;)

Pejam celik dah masuk Ramadhan ke-15!

Ramadhan Please Don't go! :'(

Syukur Alhamdulillah... Ramadhan kali ini lebih bermakna buat i dan keluarga...

Lebih baik dari yang lepas... dan memang itu yang i harapkan.. setiap masa lebih bagus!

NAFSU! OH! NAFSU!

Cerita pasal nafsu....
Tahun ini memang dah plan segala persiapan secara 'SEDERHANA DAN TIDAK BERLEBIH-LEBIH'

Walaupun ada ketika tu kan kan... bila berjalan dan cuci mata di Mall tu..

hadoii.. dari jauh nampak bunga.... hati i dah dup! dap! dup! dap!

Nampak kedai langsir! GGrrrrr.... geram jer!

Nampak kedai pinggan mangkuk..... MAK TOLONG!!!!<<<<<---- menjerit dalam hati jer!

MUhahahahaaa.... itulah.. bukan mudah nak melawan nafsu....

TAHANKAN NAFSU TU... KUATKAN SIKIT AJE PON!!

Insya-ALLAH... okay jer kot! <<<<--- kot tu yang tak leh tahan! Ngeheheheehhhhh....


Tuuu..... gambar lama jer tu....
Tengok gambar lama aje pun!

Terus ler idea tu muncul!

Nampak jagung!

 terus teringin nak kukus jagung!
Teruslah jam tu terbayang-bayang jagung bakar!

Masa tu lah terbayang-bayang pengat jagung!
Masa tu lah nampak lempeng jagung!

Dan time tu ler nampak APAM BALIK!

Perghhhhhh....

Tuu baru nengok gambar jagung!

Belum lagi yang lelain tu.. 
belum lagi 'TERR...singgah Bazar Ramadhan!'

Fainted!!

hadoii... 

Pulut Panggang Udang Kering 
Kau Tetap Menjadi Pujaan Hatiku!


Bahan-bahan untuk kulit kukus
 2 cawan beras pulut
 2 cawan santan cair
 1 helai daun pandan
 Secubit garam

Cara-cara membuatnya

1.     Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga pulut tanak dan sejukkan terlebih dahulu.

Inti Udang Kering
  3 ulas bawang merah
 1 ulas bawang putih
 7 tangkai cili kering
 250 gm udang kering
 1 cawan kelapa parut     } putih sahaja
  Minyak
  Gula dan garam
  Daun pisang

Cara Membuat Inti

1.  Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili kering dan udang kering.
2.     Panaskan minyak dan tumiskan sehingga naik bau. Sesuaikan rasa. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3.     Ambil sekeping daun pisang. Letakkan dua sudu pulut dan leperkan.
4.     Isi inti udang kering di tengahnya dan balut. Semat hujungnya bersama lidi.
5.     Panggang di atas arang atau panggang sahaja di atas kuali leper. Panggang sehingga daun pisang agak keperangan. 


 TARRA!!!!

Pulut Panggang Udang Kering 
Kau Tetap Menjadi Pujaan Hatiku!


Amacam?

Mudah aje tu kan?

Pulut Panggang Udang Kering 
Kau Tetap Menjadi Pujaan Hatiku!

Pulut Panggang Udang Kering ni...
Pujaan hati my BB(Big Boss) kalau boleh setiap hari mesti ada Pulut Panggang Udang Kering 

Katanya.....
Kau Tetap Menjadi Pujaan Hatiku!

Yer... betul giteeww :D

Sangka Mudah... Insya-ALLAH segalanya akan jadi MUDAH!

Sangka Baik... Insya-ALLAH... Segalanya akan BAIK!

WALLAHUALAM....


lupa pulak nak edit buh....


TATA!!!

Mee Goreng Pedas Selangit Kasihmu! Awet Gitew!

$
0
0

Sedia Maklum... tajuk menu sejak usia semakin merangkak senja semakin menjadi-jadi nampaknya!

Hepp! Kelebihan seorang penulis sentiasa akan kekal muda di hatinya... kulit muka jer berkedut.... hati Young Foreva InsyaALLAH...
 yang mana tulis kisah cinta laa ekk.. yang mana tulis kisah seram tu??? MUahahaa.. sendiri mau jawab!
 
"Fikir Positif... Suasana sekeliling anda juga akan menjadi Positif"

Wallahualam...
 


Assalammualaikum! Kawan-kawan!!
(Waa.. baru nak bagi salam :)
 

Wahh... nampaknya menu semakin ringkas!

Semakin mudah!

Ala-ala ON THE GO! Giteww...

Lagi mudah.. cenggini... tips ni ekk...

Antaranya...

Selesai aje Asar tu.. cepat-cepatlah bersiap ala kadar yer cik Kiah...

pastu capai tudung ke selendang... sambil lalu tu jeling sikit cermin! takut selendang atas kepala.. bahagian bawah tu.. seluar 3 suku! nyaya! MUahahaa... Istaghfar bulan puasa ni ye...

Hokey-hokey.. di pendekkan cerita panjang tak cerita ekk..

dah pakai selendang tu... amik kunci kereta ke motor ke..

pastu start enjin tu... (Jangan lupa pakai seat belt tu! okay bagus!)

P/s kalau ada spek hitam lagi cun!

Bagi signal kereta anda jika ternampak ada bazaar tepi jalan tu ekk.. sebelum nak turun tu baca selawat banyak-banyak kali <<-- serius ni ekk...

SILA PASTIKAN ANDA HANYA MEMBAWA WANG SECUKUPNYA!

Dan pastikan JANGAN LEBIH DARI RM25 (WARNING!)

Mulakan langkah kanan... Baca Bismillah (Jangan kuat-kuat sangat) :D

Pastu... mulakan bazaar dari mula dan hadkan sehingga ke 5 buah gerai bazaar sahaja.. lebih dari itu SILA U-TURN kerana anda telah membawa wang hanya RM25 sahaja!

Insya-ALLAH juadah untuk berbuka puasa akan cukup! tak caya.. cecuba...

Dan Untuk berlaku Adil lagi...

Esok datang lagi dan mulakan dengan GERAI YANG NO 6 pulak yaa.. lakukan macam tu.... Insya-ALLAH RM25 akan anda belanjakan di Bazaar RaMadhan..

dan bukan RM50

atau.... lepas tu tak cukup.. kais lagi dalam purse! (menaip ni melalui pengalaman ler ni)

Wah! ini kisah jika sifat kemalasan nak memasak ler ni ekk...

atau anak dan suami dah mula slow.... ala NGeEeeenggg... NGeEngggg... (nafsu ada sebelum berbuka... kalau boleh semua nak makan.. bila dah berbuka... teguk air seteko! pastu dahhhh....)

@_# Fainted!

Dan i pulak kalau dah selera tu semakin... NgenGGGG.... NgeenGGggg....

mudah jer...

cer scrool gambar bawah tu!










lagi!













lagi!











Puasa kena sabar!





































 





 CAK!!








































 Awet Gitew!


Buh.. jer macam-macam jenis ulaman...

Buat... pelbagai jenis sambal stok dalam peti sejuk!

masak nasi putih!

Telur mata lembu renjis kicap manis!

Tak ada sambal belacan?

NO HAL!

patah cili padi renjis kicap!

ikan masin! perah asam limau! mayang sikit bawang kecil dan tabur atas tu...

@_# fainted! kay! 
sekian dulu...

JOM! SALIN RESIPI!

Mee Goreng Pedas Selangit Kasihmu!
 


  BAHAN-BAHANNYA :

1 peket mee kuning
200gm taugeh
3 pokok sayur sawi
**3 sudu besar sos tiram
**3 sudu besar kicap pekat
**3 sudu besar kicap manis
**5 sudu besar sos tomato
**5 sudu besar sos cili
**1 sudu kecil  minyak bijan
**1 sudu besar cuka masakan
**garam dan gula secukupnya
300ml air
minyak untuk menumis

***BAHAN KISAR

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
200gm udang kering
12 tangkai cili padi thai
4 tangkai cili kering
1cm belacan

CARA :

  1. Panaskan minyak. Tumiskan **BAHAN KISAR.
  2. Masukkan Bahan yang bertanda **. Biarkan mereneh sebentar dan sesuaikan rasa.
  3. Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan batang sawi dan gaul sebati.
  4. Masukkan taugeh, sesuaikan rasa. angkat dan hidangkan! 

SERIOUSLY KEPEDASANNYA MEMANG SELANGIT!

gerenti berkasih sayang!

sebab berebut! bersilang tangan nak minum air!

Pedas kay!

i WARNED YOU FREN!


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ya!

Jangan lupa tips di atas tu ekk... 

P/s Pakai spek hitam  ;)

cam ni....


japp.. ekkk....

















































japp... jappp....

















































Jangan betulkan skrin anda.. memang camtu gambar tu..

my fav pose... nyenget gitu!

Rasa macam Awesome sangat! entah laa... tak tahu kenapa!

k.bai!

TATA!!
 

Super Vadai... Selamat Hari Wanita Juga...

$
0
0


Assalammualaikum...

  Salam Jumaat dan Salam sejahtera buat semua teman-teman yang sudi berkunjung, terima kasih yaa...kerana sudi :)

Okay, bersempena Hari Wanita Sedunia.. i buat sesuatu yang tekak i teringin sangat nak makan..

Boleh aje beli di gerai tepi jalan.. nak-nak.. Vadai yang di jual kat tepi jalan tempat parking kereta di Wisma Persekutuan Johor tu.... hadoii.. memang terbaik!

Dahh.. tu bila masa nak ke sana.. kerja berlubur ni hah!

Kuatkan semangat... sendiri teringin.. sendiri bikin..

Kebetulan pulak hari ni Hari Wanita Sedunia.. jadi khas buat semua Kaum Hawa di Dunia ini..

i nak ucapkan Selamat Hari Wanita.. walaupun tak ada hadiah... heeheee :D 

Tetapi resipi kali ini benar-benar memerlukan tenaga seorang wanita.. iaitu menumbuk kacang dal... :)

eshhh.. lenguh jugak tangan i you.. i tak nak guna pengisar tak best!i guna lesung batu! kelentang! kelentung! i menumbuk tadi pagi sesorang.. PA i tak de.. dia gi pasor dengan Bonda... SooOOo o anggaplah ini pengorbanan i di Hari Wanita Sedunia... :D

Terimalah...

 Super....Vadai<<< Wah! macam tuju lagu laa... ;)) 

SuperVadai
   

Apasal nama resipi Super Vadai?

Okay sebabnya... i telah meletakkan banyak bahan di dalam adunan kacang dal itu...

Segala-galanya i lebihkan.. malahan terlebih-lebih giteww...

Kalau beli di tepi gerai.. alahai.. bila di gigit.. dapatlah terjumpa hirisan daun kari... ciput je.. jintan pun alahai.. sipi-sipi aje... soOOooo... kali ni i buat extra dan Super Vadai!!!

Jom! Kita buat..

 SuperVadai


Mula-mula sekali..

Sukat 2 cawan kacang dal... cuci bersih dan buang hampas atau kulit hitam..

Rendam bersama air yang penuh selama semalaman...

Keesokkan harinya... toskan kacang dal dan bahagikan kepada 3 cawan *kacang dal akan mengembang

2 1/2 cawan tumbuk Hancur

1/2 cawan tumbuk renyah *separa hancur

ketepikan sebentar sementara kita sediakan ramuan-ramuan kita yang super tu yaa.. cik adik dan cik kak.. cik abang juga... :D

 SuperVadai


BAHAN-BAHANNYA :

2 1/2 cawan kacang dal *tumbuk hancur/lumat
1/2 cawan kacang dal *tumbuk separa hancur
1 1/2 biji bawang besar *merah *potong dadu
2 pelepah daun kari *hiris halus*daun sahaja
2 tangkai cili hijau *hiris/ dadu
1 tangkai cili merah *hiris/ dadu
2 sudu besar jintan kasar *tumbuk renyah
4 tangkai daun ketumbar *hiris
1 1/2 sudu teh tepung jagung
garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

**CILI HIJAU Untuk ulam**

CARA :

  1. **Lihat gambar di atas atau di bawah**
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati.
  3. Kemudian perapkan selama 10-15 minit


adunan boleh di kepal dan tidak peroi...

Jika peroi bermakna kuantiti kacang dal yang kasar melebihi kacang yang halus, ya, gitewww :D


Ketul-ketulkan atau kepal seperti gambar di atas...
lakukan sehingga selesai.. yaa.. cik adik dan cik kak semua..

pastu kan....


Panaskan minyak dan gorenglah sehingga Vadai bertukar warna atau keperangan..
angkat dan toskan di atas kertas dapur..

dan... siaplah untuk di kunyah!!!

TARRAA!!!

 SuperVadai


Hadoii.. ni nak cerita sikit kisah dulu-dulu ni ler yerk...

dulu masa tinggal di KL.. jiran i tu berugama Hindu...

Setiap kali dia goreng Vadai.. hidung i selalu ternaik-naik..

punyalah sedapnya... i selalu bukak pintu depan luas-luas.. pastu i buat siram pokok bunga kat tepi pagar sambil angkat tangan kalau dia ternampak! muahahahaaa 

 agaknya lelama dia perasan agaknya.. 

terus jiran i hulur sepinggan... i apalagi.....

ambik tak sha???

ehh... dah kenapa! mestilah ambik..

Orang memberi kita merasa... ;))

Terus i cakap camni..

"Terima kasih jiranku..."<< dengan suara manja tapi tak gedikz :D

SuperVadai 

 Dulu masa anak-anak bujang i masih kecik..

dia tak reti nak makan vadai..

bila i cucuk dengan pencucuk buah tu... pastu i cakap ni nugget vegetarian..

terus dia makan.. sampailah sekarang... kalau nak hidangkan kena cucuk baru dia makan.. perghhh.....

Tahu tak macam mana nak menikmati Vadai dengan asyik sekali????

Jawapannya ada di gambar bawah tu hah! ;)



melelehhh????

dan pastikan cili hijau anda benar-benar segerrr dan bukan yang layu ala telentok ke bawah! muahehehe :D

tak caya cecuba cecuba.... ;))


Sekian dulu.... sambung nanti yaa...

Jaga diri.. senyum selalu..

Assalammualaikum...

TATA!!

Rojak Buah Momma Sha Vs Kuah Rojak Mak Bee

$
0
0

Assalammualaikum... :)

Ya.. bertemu kembali kita di dapur maya i yang ala-ala... jap ada.. jap tak de... :D

tapi nampaknya dah dua hari ada aje Update ;))


Asalnya.. nak goreng pisang untuk minum petang... baru teringat tengah diet :P

terus ler kais peti sejuk... teringat pulak ada beli buah jambu air dan jambu batu masa outstations ke KL ari tu.. beli di RNR Pagoh...

terus meleleh je... :))

terus ler potong-potong-potong...
  teringat pulak ada kuah rojak Mak Bee..

perghhhhhhhhhhhh.. lagilah meleleh.. semakin lajulah memotong buah! muahahaaaa :)) 


Okay, buah-buahan yang i gunakan hasil kaisan di dalam peti sejok :D

Buah Jambu air
Buah Jambu batu
Epal
Kedondong *SlUrruUUupppppp :P
buah lai
dah tu jerkkk... :D

potong-potong dahhh.. susun lek lok... yaa... ;)

JOM! Buat Kuah Rojak!   


BAHAN-BAHANNYA :

1/2 cawan kacang goreng
3 sudu besar kuah rojak Mak Bee :D
sedikit garam & Gula
3-4 tangkai cili padi berapi :D
2 sudu besar kicap manis  
 

Sedikit kacang Tumbuk
untuk tabur di atas kuah rojak...


 Setelah itu... sila ulek... *tumbuk* bahan-bahan tadi sehingga hancur..
sesuaikan rasa..
dan bolehlah mula di colek!

Rojak BuahMomma Sha
Vs
Kuah Rojak Mak Bee


SlurPPpppppppp ahhhhhh...


Sila calitkan buah-buahan anda di dalam saki baki kuah rojak iteeww...

ya giteewwww :))


Diet????
:P
i sorang je satu pinggan tu okeh! ;))


PEJAMKAN MATaaa........ ;))


Nganga Mulot.............

Besor sikit mulut tu...
Momma Sha suapkan untuk you olls...

i really care about you olls... ;))

Assalammualaikum...

TATA!!  

Kerepek Keledek Oren Dan Sagat Usia 20 Tahun!

$
0
0

Assalammualaikum... :)

Selamat petang semua... yaa.. nampaknya dah tiga hari berturut-turut dapur maya i ni ber update.. kalau tidak tenggelam timbol! :D

 Okay... you olls semua minum petang apa hari ni???

Apa???? Kek cekelat bersalut keju??? perghh... nak cikit!!! ;))


Okay petang ni i buat minum petang simple aje..

cemil-cemilan aje.. manjang kuih manis dan savouri kali ni i terajinlah pulak...

asalnya terpinga-pinga jugak masa turun dapur..

tak tahu nak buat apa?

tetiba... jeng! jeng! jeng! :D


Tu dia.... ada beberapa ketul keledek oren..

asalnya nak buat kuih keria.. asyik keria aje.. jemu ler..

kalau beli kat gerai tepi jalan.. hulur RM3 dapat sepinggan... goreng panas-panas.. sampai rumah dah sejok... tak best!

SoooOOoo... cari lagi idea... nak buat apa ekkk?? ekk???


Ternampaklah pulak sagat antik!

Usia lebih 20 tahun! tu dia...

Ingat lagi inilah sagat yang Arwah Ayah selalu sagat keladi untuk buat cemilan waktu petang.. kisah dululah ni yaa..

SoOoo... kisah lalu ku bawa ke petang ini..

memeng ler bukan keladi.. sebab keladi tak de..

Tak pe.. tak pe.. keledek oren ada...

soOoooo... kupas ler kulit keledek oren tu... cantik sungguh warnanya... :D

Kerepek Keledek Oren


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm keledek oren *kupas kulitnya dan cuci bersih kemudian lap sehingga kering
sagat
1 sudu kecil garam
minyak secukupnya untuk menggoreng


CARA :

Panaskan minyak sehingga benar-benar panas.
Masukkan satu sudu kecil garam.
Setelah itu sagat keledek oren ke dalam minyak yang panas.
Api sederhana dan sentiasa di kacau semasa menggoreng.
 

Tu dia... sagat jangan banyak-banyak sangat tau...
anggaplah... biar lambat asal siap! muahahaaaa :))


Setelah garing, silalah angkat yaa.. jangan dah rentong baru nak angkat! :P


Toskan terlebih dahulu di atas kertas tisu dapur.
Setelah sejuk...


Hidangkan...
dan susunlah cecantik dalam mangkuk..
pastu snap gambar lek lok..
barulah share kat FB dan blogs...

macam yang i buat sekarang ni lah..

i really love my jobs! :D


simpan dalam balang kaca yang kedap udara...

tu kalau tak habislah kan kan.. ;))
 

Yang i goreng ni tadi..
sekali hadap jewww.... :))


Yang simple tu lahh yang sedap...

lakukan sendiri.. kalau beli memang ler berbaloi..

tapi rasanya tidaklah fresh kalau kita buat sendiri di rumah...

tak caya.. cecuba.. cecuba..

ranggup YoUuuuuuu :)


Sekian dulu... semestinya yang teringkas dan termudah dari dapur Shahriah..

yang leleceh.. tak kuasa i nak buat youuuUuu...

Jumpa lagi.. jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!

Bubur Pulut Hitam

$
0
0

Assalammualaikum... :)

Selamat petang.. tu dia.. semalam tenggelam.. hari ni timbul lagi!

Cak! Cak! ;))

Hidangan minum petang fav i.. soOoo.. i buat bubur pulut hitam sebab tekak  ni terhinginnn ler sangat nak makan!!

Sendiri teringin, sendiri bikin... makan reramai.... :D


Petang ni kita terus sahajalah ke resipi minum petang kita yaa..

dan gambar yang i snap ni dan juga resipi yang semua orang dah tahu... akan i kongsikan di dalam sebuah majalah masakan yang sangat terkenal... tapi i share dulu di sini..

sebab apa?? sebab i care.. cecewahhh.... ;)

BUBUR PULUT HITAM

bahan-bahannya :

2 cawan beras pulut hitam *rendam selama 3-4 jam atau semalaman dan rebus sehingga kembang
500 ml santan pekat
200 ml air
1 buku gula melaka
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan *ikat dan simpul

UNTUK SANTAN PEKAT*Pekat

200 ml santan pekat
secubit garam halus
1 helai daun pandan

Campurkan santan pekat bersama secubit garam halus dan daun pandan. Didihkan sebentar dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di hidangkan bersama bubur pulut hitam.

CARA :

  1. Campurkan pulut hitam, air dan santan pekat. Renehkan sebentar.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
  3. Renehkan sehingga gula larut dan kuah pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama kuah santan pekat. 
TARRAA!!!

BUBUR PULUT HITAM


Sekian dulu.. selamat bercuti.. jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!

Goreng Pisang Rangup.. Mood Masih Ke Parit :)

$
0
0

Assalammualaikum! Cak! Cak!
Hampir seminggu tak update blogs.. lebih rasanya :D

Dan mood mengupdate blogs masih lagi ke parit! nak mengumpul semangat edit gambar dan masukkan dalam blogs masih suam-suam kuku... ;))

Nak tahu kenapa???


Seminggu lebih riuh-rendah rumah di buatnya..

4 kekanak lelaki + 2 kekanak gegirl...

bayangkan macam mana punya riuh rembak jadinya.. kalau rumah berlantaikan papan rasanya dah lama runtuh di kerjakan dek kekanak riang di atas tu... :D

Penghabisannya bila semua dah pulang kepangkuan mak & ayah memasing...

tinggallah i terkonteng-konteng dan termanggu-manggu.. di rumah..

tak tahu nak buat apa! i tengok dinding.. dinding tengok i!muahahaa...


duk kat dalam opis pun tak ada mood.. selalunya bilik opis i di penuhi kekanak riang di atas tu hah!

i biorkan aje.. asalkan terkawal... jangan ber wrestling sesama sendiri :D

tu pun tak bagi main wrestling.. dia orang main wrestling tangan! muahaha.. gasak ler semua dah berlalu..

dah sunyi sepi.. macam bodoh pun ada ni hah! Ohh! bengong... :D

maka dengan itu demi mengais mood mengupdate blogs.. yang jap ada jap tak ada ni... i share dulu resipi simple foreva... macam biasalah dapur maya i memang sentiasa menyajikan hidangan yang ringkas dan mudah di cuba.. yang penting suci, halal lagi enak.. cecewahh...

resipi yang cukup mudah.. enak di makan begitu sahaja.. tetapi biasa menggegarkan iman bagi mereka yang sedang berdiet... *macam i laa.. hancuss diet i seminggu!* ;))

Goreng Pisang Rangup


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung  gandum
4 sudu besar kelapa parut
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula pasir
4 sudu besar minyak panas *minyak masak benar-benar panas*
air secukupnya

10 biji pisang nipah *potong 3*
minyak masak secukupnya

CARA :

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  2. Campurkan tepung gandum, garam dan gula sehingga sebati.
  3. Masukkan minyak panas dan kacau sebati.
  4. Masukkan kelapa dan air secukupnya sehingga menjadi batter yang separa pekat. 
  5. Celupkan pisang nipah ke dalam batter dan goreng sehingga keperangan atau garing.
  6. Angkat dan hidangkan bersama kuah kicap!   

 TARRAA!!!

Goreng Pisang Rangup



Yang simple tu lah yang sedap!

mata tak sempat berkelip dah licin!!!

Selamat mencuba!!

 
 Sekian dulu..

Jumpa nanti.. Assalammualaikum..

TATA!!

Salad Telur

$
0
0


Assalammualaikum... Selamat Tengahari Kawan-kawan :)

Masak apa hari ni? i masak simple aje... sedang giat berdiet.. tetapi ini bukan menu berdiet ;))

Kalau dah ada mayo... ada chili sauce... ada telur.. ehem! ini namanya resipi menambah lemak! :))

Apa pun hidup perlu di teruskan.. yang berdiet teruskan berdiet.. jangan banyak sangat berpantang...

Macam i lah sekarang ni.. dalam berdiet.. dalam berpantang.. wah! semakin kuat pantang i...

Pantang jumpa makanan! muahahahaa.... :D

Okay, untuk tidak melengahkan masa lagi.. meh! ler kita terus sahaja ke resipi yang mudah dan ringkas untuk di sediakan.. ;)

Salad Telur


BAHAN-BAHAN UNTUK SALAD :

3 biji telur *rebus dan kupas kulitnya ~ potong bulat

3-4 helai daun salad *cuci bersih

2 biji tomato ~ potong nipis

1 biji timun muda ~ potong nipis

Semua bahan-bahan di atas susun di dalam piring/pinggan  

 UNTUK SOS THOUSAND ISLAND YANG TERMUDAH DI DUNIA :D


1 cawan mayonis
1/2 cawan sos cili

*boleh tambahkan gula dan sedikit garam

Semua bahan di atas campur dan gaul sebati
Sedia di hidangkan bersama salad telur!!!

TARRAA!!!

Salad Telur 
 


Mudah aje tu kan???

Yang TERmudah dari dapur The Writer's Cooking!

Nak yang susah payah? tunggu nanti yaa.. masanya akan tiba ;)

Jumpa nanti.. jaga diri..

Assalammualaikum... :)

TATA!!

Ulam Peria Goreng

$
0
0

Assalammualaikum... Apa khabar semua?

TenggelammmMmmmm... pastu timboL.... pastu tenggelam lagikkkkkkk :)) pastu timbol! cak! ;)

Pastu tenggelam lagi.... adatlah tu yaa.. bila kerja penulisan bertimbun mulalah nak mengupdate blogs ke lautan sepi nun jauh di sana tu hah! ;))

Okay, macam biasalah kan kan.. bila sibuk menu dan resipi semuanya yang ringkas-ringkas.. masak pun cepat dan pantas.. macam tak cukup masa.. duduk menghadap PC.. tetapi sekarang ni sedang sibuk membaca karya-karya i sebelum ini untuk persiapan ASWARA Finas Malaysia...(dua buah karya yang terpilih :)

Syukur Alhamdulillah terpilih... belum habis cerita lagi.. terpilih untuk bentangkan pada ahli panel.. berjaya atau tidak.. Wallahualam.. berserah sahaja... :)

Apa pun i akan cuba yang terbaik.. sedang menghitung hari... dan hujung minggu akan datang ini adalah hari yang sangatTttttttttt panjang buat i.... dup.. dap.. dup.. dap je ni... :D

dan resipi yang i share kali ni pun ringkas dan tak sampai 5 minit dah siap! rasanya semua dah tahu.. tapi i share jugak di sini.. demi teman-teman yang tidak jemu-jelak datang berkunjung walaupun tuan dapur tenggelam timbol sejak dua menjak ni ;)

Ulam Peria Goreng


BAHAN-BAHANNYA :

3 biji peria katak *alah yang kecik dan berkedut tu :)) *hiris nipis
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA :

Gaul rata peria bersama serbuk kunyit dan garam halus. Perapkan sebentar.

Panaskan minyak dan gorengkan peria sehingga agak keperangan atau agak layu.
Angkat dan toskan terlebih dahulu!

Sedia di hidangkan!!

TARRAAA!!!

Ulam Peria Goreng


Makan bersama nasi panas-panas.. ada pulak sambal belacan... kuah asam pedas curah kat atas nasi yang berasap tu.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Hilang niat nak berdiet!!! tak pe.. tak pe.. esok diet lagi ekkk... ;)

Jumpa nanti... jaga diri.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!
Viewing all 83 articles
Browse latest View live