Quantcast
Channel: The Writer's CooKING!
Viewing all 83 articles
Browse latest View live

Pengat Keladi... Mengidam ehem! ehemm! yaa.. giteewww

$
0
0


Siapa suka pengat keladi?? Kenyit mata kiri... yaa.. camtu... ;))

Siapa tak suka pengat keladi?? atau apa jua pengat pun??? yaaa... tak perlu buat apa-apa pun.. ya giteeww ;))

Okay.... masih lagi resipi ringkas.. snap gambar pun seringkas yang boleh... cuma bila menyudu ke mulut tu je yang tak ringkas.. laju kemain lagik! muahahaa.... :D

Assalammualaikum... apa khabar semua? << sesekali bagi salam selepas intro... :D

Okaylah... sekarang ni masih busy... so kita terus sahajalah ke resipi mudah dan teringkas di dunia ni ler yerk... semua orang dah tahu.. tak pe.. tak pe.. i share lagi.. khas buat semua yang dah lama tak buat pengat keladi... :)
 

PENGAT KELADI

BAHAN-BAHANNYA :

500 gm keladi *kupas kulit dan potong dadu jangan terlalu kecil
700 ml santan pekat
2 helai daun pandan *siat dan simpul
120 gm gula pasir
45 gm gula melaka
2 cubit garam halus

*air secukupnya untuk merebus keladi

CARA :

  1.  Rebuskan keladi yang telah di potong dadu sehingga empuk dan toskan airnya.
  2. Tuangkan santan ke dalam keladi. 
  3. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka daun pandan dan garam.
  4. Renehkan dengan api kecil dan sentiasa di kacau sehingga gula larut dan kuah agak pekat.
  5. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARAAAAA!!!!

PENGAT KELADI


Musim panas di kampung i sekarang ni..
tetiba sahaja tekak meronta minta pengat keladi.. tu yang i buat..
lega rasanya.... psst.. ramai yang tinggalkan pesanan kat inbox FB i..

antara soalan cepu gangsa yang mereka tinggalkan buat i.. untuk di jawab... dan i jawab di sini... ya cik adik-adik semua...

soalannya berbunyi begini..

"Kak Sha ari tu saya ternampak Kak Sha.. tengah shopping... :D err... Kak Sha sedang berbadan dua yaa??? anyway kalau betul.. Congratss!!!!!!"<<< dia ada taip love tapi kat sini tak dapat ler i nak share muahaha...

jawapan dari hakak yaaa adik yang begitu prihatin ;))*namanya tak perlu dirahsiakan:P

"Dik.. betul ke Hakak nampak seperti ibu yang berbadan dua???? Fullamakkk.. bestnya.. psstt.. sayangnya.. mungkin yang adik ternampak membukit tu lelemak akak dik!"

Muahahaa... hadoii.. memacam lagi yang tinggalkan pesanan.. nanti i share lagi ler hehehe...



Sekian dulu.. Jaga diri.. ada kelapangan nanti i share lagi resipi teringkas di dunia ekkkk..... ;)

Assalammualaikum...

TATA!!  

Kelas Mem Baking Mami Bersama PA... Donut Tauhu... Tahu tak? muahahaahaa

$
0
0


Assalammualaikum... Dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati sekalian... :)

Nampak tak Donut Tauhu yang berkilat je rupanya tu.. tak pe.. tak pe.. tu nanti kita cite ekk.. ;))

Yaaa.. bertemu lagi kita di dapur maya i yang sekejap ada.. sekejap takde.. nak buat cammane.. sibuk dek kekangan kerja penulisan dan undangan Syukur Alhamdulillah..rezeki ALLAH SWT beri..:)
bulan March ni i agak free sedikit.. jadi adalah masa nak update blogs macam dulu.. *Insya~ALLAH* tak berani nak berjanji :)

OKay.... i dah start nak bercerita dah ni.. sebab dalam peti inbox FB penuh dok bertanya khabar.. bila i nak start aktif semula di blogs?SooOOoo... dah ready ke belum ni?

Meh! ler dekat sikit.. banyak hakak nak berkisah ni.. badan yang sengal sana sengal sini masih terasa... kali ni outstations nun jauh di sana tu.. dekat tepi laut pulak tu.. dengan cuaca panas.. tetiba muka dan tangan berbelang-belang hehehe.. tak pe.. tak pe.. yang penting i enjoy dan seronok sangat berada di sana tu... nanti i update di blogs penulisan i ekk.. tak berkesempatan nak edit gambar lagi...rasa macam malassss sangat!

 al maklumlah sekarang ni keadaan fizikal bukan main lagi.. semenjak menyahut cabaran 10000 langkah.. kalori i pun nampaknya semakin naik beribu kalori! dan bukan tebakor! muahahahaa *faktor usia gaknya :P*
tu yang slow aje nak mengupdate blogs... rasa nak belengkau aje muahahaa... *bukan ke normal tu namanya ;)

Okay... di pendekkan cerita... meh ler kita teruskan misi kita membikin  DonutTauhu
*walaupun i akan taip panjang lebor :D* 

 DonutTauhu

Kelas Pertama Mem Baking my PA :D


 TuuUUu.. Diaaaa....
 
Macam tauhu tak? macam tauhu tak?

macam kan kan.. :))

macam je.. tu yang i buh nama donut ni..  DonutTauhu
 Now you olls tahulah kan kan.. :)

Di pendekkan cerita... *walaupun i akan taip panjang lebor* My PA memang suka mencuba dan belajar apa jua resipi dan masakan..

SoOoo i dah janji dengan dia.. nanti bila i free i nak ajar dia membaking... buat kek dan roti..
so bila perot i berbunyi senang je order!
 amboi! :D

SoOo.. petang tadi tak ada kerja i pun ajaklah dia ke kelas mem baking i.. yang terletak hanya di bahagian dapur sahaja.. *tak jauh kan ;))  

Kelas pertama << hamboii macam buat kelas memasak.. memang pon :D
Bagaimana membuat donut... basic dough... yang berat-berat dan susah-susah.. tu nanti dulu.. tengok dulu lulus ke tak dia membanting tulang doh tu yerk! :D 

 DonutTauhu  


i ajar my PA.. step by step...
sangat jelas dan terperinci.. cecewahh..

i buat satu doh.. my PA buat satu doh..
so dia uli semangkuk.. i uli semangkuk..

"Mami! kalau di kampung kami buat donut pakai kentang."

(Mami tu i ler...:D
 
tu dia.. my PA ni suara dia nyaring.. kekadang telinga i berdesing aje taw! :D

"Ya, kat sini pun ada donut buh kentang, lebih lembut dan gebu. Tapi donut tauhu yang i nak ajar ni.. garing di luar.. lembut dan gebu di dalam...dan rupanya macam tauhu goreng yang biasa kamu goreng tu..."

**Masa ni muka my PA dah teruja bercampur ala-ala macam tak percaya gitewww :D

Yaa... dah itu aje dialog yang i boleh share kat you olls semua.. kang buh banyak dialogs dah jadi cerpen.. :D

 DonutTauhu


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm tepung gandum
1 peket yis kering (11gm)
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air *lebih atau kurang, anggarkan semasa menguli*
125 gm mentega *potong dadu
1 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
3 sudu besar gula pasir

50 gm mentega *tepikan untuk menguli

CARA :

  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Lubangkan di tengahnya.
  2. Masukkan serbuk yis, gula dan garam, kemudian di kacau sebati dengan menggunakan whisker.
  3. Lubangkan di tengahnya. Kemudian masukkan :
  4. Telur, susu cair dan mentega.
  5. Gaul sebati sambil hancurkan mentega ke dalam tepung yang di uli.
  6. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuku doh.
  7. Uli dan banting doh sehingga lembut. Setelah itu ambil sedikit mentega dan uli sehingga doh lembut dan lakukan sehingga mentega selesai dan doh benar-benar lembut.
  8. Bulatkan doh dan ketepikan selama lebih kurang 2 jam *bergantung pada cuaca* sapukan mentega di atas doh dan tutupkan dengan kain lembap. 
  9.  Setelah doh naik dua kali ganda, buatlah bentuk yang anda suka.
  10. Setelah di terap biarkan sebentar sehingga doh naik sekali ganda dan kemudian barulah di goreng di dalam minyak yang panas.
  11. Angkat dan hidangkan bersama gula aising atau apa jua yang anda suka.   
 Hasil Uli

Mami dan PA
 

doh yang sama banyak di sukat..
cuma mangkuk doh yang berbeza.. i punya besar my PA kecik sikit..
muahahaa.. so masa dia menguli tu ngam-ngam dengan tapak tangan dia yang tembam tu..
i punya.. okay.. luas je mangkuk tu muahahaa..

dan ini bukan kes bully okeh! :D

Jom! kita tengok hasil yang lebih dekat lagi...

setelah gambar ini i crop tu yang nampak besor dan jelas muahahaaaa


i punya! :D


ada lubang tu yang tak leh angkat tu! hehehee


my PA punya...

dia tanya.. i..

"LULUS tak Mami???"

*suara tetap nyaring perghhh hahahahaa*

i jawab..
"Nanti... tunggu dulu..."

dan inilah hasil tunjuk ajar i untuk kelas donut my PA...


Tonggang terbalik jadinya...tak pe.. tak pe.. lepas tu my PA susun leklok.. first time katanya..

macam mana nak buat bentuk tauhu?
takkan tak tahu? hehehe..

Okay memula you all potong dulu doh kepada 4 bahagian.

Kemudian ambil dulu satu bahagian kemudian torak anggaran tebal 1/2 cm.
Kemudan potong bentuk 4 segi sama dan kemudian potong lagi 2 secara menyerong macam potong sandwich.. yaa.. giteew.. faham ke tak ni ekk?

Tak pe.. nanti i buat N3 khas macam mana nak buat potongan donut bentuk tauhu :D


i tunjuk my PA cara macam mana nak buat bentuk tocang..

masa ni dia memang teruja bebenor...

"Kalau di tempat kami kan Mami.. cuma ada donut bolong!cuma guna gelas aje untuk bentukkan."

*bolong = lobang*

"Mami pilihlah yang mana satu LULUS!" 

gasak ler... dengan suara dia yang nyaring tu kan kan.. muahahaha


so i pilih yang ini!

"LULUS!"

*suara i tak nyaring yaa... lembut je..sambil lap peluh!*

i cakap... siap bagi star dan ada siput kat situ.. sebab lambat benor muahahaa... tak pe.. tak pe.. nak belajor kena banyak bersabor yerkkkk... :D

dan di bawah ini... hasil yang MAMI buat!

TARRAA!!


Roses Bread ;)

"Cantik Mami!!!"

suara lagi ler nyaring!!!!

i jawab lembut jee...

"Tau tak pe!"

muahahaha... hadoii.. gasak sama naik!

TARRAA!!!!

 DonutTauhu


Nampak tak mata katon yang juleng tu??

anggaplah tu Mami! hehee..

nak tahu rasanya macam mana sehinggakan sampai mata Mami jadi juleng camtu...

meh! Mami cerita kat you olls ;))



Garing di luar..

Lembut di dalam...

Tidak serap minyak..

Lemak dan berkrim..

Gebu Dan Gebussssss benorr... 

tak caya????

 DonutTauhu
With
Sugar Glaze


Yang ini memang fav i... boleh ngap sampai 10 ketul!
tak caya??? tak pe... :D

4 sudu besar gula aising *ayak
1 sudu kecil air masak

Kacau sehingga gula aising larut dan tuangkan di atas...
 DonutTauhu

Atau...
  

Golek-golekkan sahaja di atas gula aising yang telah di ayak..
 samalah macam donut yang lelain tu..

Pun sedappp.. pastikan gula aising yang anda gunakan itu adalah yang segar dan bukan yang telah di simpan di dalam almari lebih setengah abad yaa.. rasanya semestinya tak segar...

sentiasa simpan gula aising di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk... sebelum nak di gunakan keluarkan terlebih dahulu... sekian terima kasih :D

 DonutTauhu


S.E.D.A.P <<< sila eja... :)

 DonutTauhu


Masih dalam tapis lagi.. i dan my PA dah dok mengunyah..

i ajar dia jugak.. tips dan cara nak menikmati hidangan dengan begitu asyik sekali...

"Pejamkan mata masa nak kunyah...."

:)) <<< selepas baca Bismillah okeh...

dia ikut tak sha??

mau tak ikot.. ekot laa... :)

BUkak je bijik mata.. 

"Mami LULUS TAK???"

*STill dengan suara nyaring malahan lebih over nyaring! perghhhhhh*

and my answer is.... ;)


*dengan begitu nyaring sekali i umumkan keputusan my PA*

"LULUS!!!!"

Dia punyalah suka!!! sampai nak meleleh bijik mata.. macam gambar katon kat atas tu..

i bagi markah... 95% dan 4  STar!!!

cayalah!!!

tunggu next class okeh.. Belajar masak bersama Mami & PA... ;))

Sekian dulu...sambung nanti..

Assalammualaikum.. jaga diri...

TATA!!

Puding Roti Marble Coklat Resipi Rakan Blogger... Terima Kasih Teman...

$
0
0


Assalammualaikum.. Selamat petang semua...:)

Dua tiga hari ni i memang tak sibuk... soOooo mood memasak yang entah ke mana menghilang semenjak kebelakangan ni *mungkin terlalu sibuk* tetiba muncul kembali.. wahh! best betullah.. semangat nak memasak tu pun luar biasa... semangat nak makan tu usah ler cerita.. yang tu memang sentiasa FULL BATERY!!! muahahaa...

Okay di pendekkkan cerita.. walaupun i akan taip panjang lebor macam selalu.. tu yang buh.. The Writer's Cooking... bukan sahaja resipi.. kena jugak berkongsi cerita yer tak.. :))

Okay.. kisah ni dah lama sebenarnya.. kisah di mana
 'TAHAP MENGODER MELEBIHI DARI TAHAP MEMBIKIN' 
hah! tu dia.. faham ke tak ni?

Tak pe.. tak pe.. kita teruskan lagi bercerita ler ekk..

Okay, kalau you olls nak tahu.. yang tak nak tahu tu pun terpaksa ambil tahu sebab i dah tertaip kat sini heheeeee :D

Puding Marble ini adalah salah satu pemanis mulut bila tiba bulan puasa... kuih fav Pak Habibi i yang TembamBOM tu hah! tiap kali dia singgah ke bazaar Ramadhan mesti dia akan beli puding marble coklat ni ler.. yang bini tu pulak tak berapa minat.. so dia memang menggalakkan si suami tu..

"Beli lagi jimat Yang!"
 muahahahahhahahahaa..... 


SOoo.. semenjak tu.. tiap kali tiba bulan puasa.. puding roti marble pasti akan muncul lagi.. dan lagi... selama sebulan kita umat islam berpuasa.. waduhh nostalgia betullah buat i sekeluarga! terutama sekali buat Pak Habibi i yang temBAMBOM tu hah! setahun sekali baru dapat merasa... hari-hari biasa dia tak teringin pulak walaupun banyak jual di pasar malam tu hah! lain sikit kot rasanya.. sebab terpaksa berpuasa dulu baru dapat merasa! muahahaa....

Okay, pesanan ni untuk Pak Habibi...

"Wahai suamiku...Habibi.. lepas ni tak perlu tunggu tiba bulan puasa ler yer..."

hehheheeeeeeeeeee :D

Okay pesanan ini untuk kengkawan yang setia singgah di sini.. nak tahu macam mana terbuka hati i nak membikin Puding Roti Marble ni??

Sebabnya..... masa i on FB tadi.. tengah syiok scrool down kat NewsFeed tu.. ternampaklah satu blogger yang sememangnya sangat termahsyur di kalangan blogger-blogger masakan... terus ler tekak ni kecur.. selalunya tak pulak.. biasa je.. hehehe... so tanpa berlengah i terus terjon! ke dapur<< serius terjon dan bukan dengan payung terjon! hehee...

cek barang! semua ada yehaaa... apalagi terus ler bancuh.. :)

Buat Kak Nor tersayang.. terima kasih kerana sudi berkongsi resipi di blogs.. kerana Puding Roti Marble Kak Nor lah sha terus terjon bersama kamera dan terus ke dapur membancuh... tq Kak Nor sayang dia muahzzzz :) Dan terima kasih juga buat tuan empunya resipi Hanamemories.. tq so much! muahzzzzz sejuta kali :)

Dan buat Kak Nor tersayang.. sha share pula resipinya di sini yaa Kak Nor... cayang dia!
Semoga ilmu di alam maya ini akan terus dapat di manfaatkan buat semua teman-teman.. Insya~ALLAH ~ Wallahualam~

Puding Roti MarbleCoklat

**Resipi i just copy & Paste** :)


PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/#ixzz2MpvmhCvp


 Puding Roti MarbleCoklat


Sangat mudah..
Sangat simple..
 Sangat menarik..
 Jimat belanja..
 Sangat sedap... 

i bahagikan kepada dua loyang kecil macam gambar di atas tu... :)


Awal-awal lagi i dah called Pak Habibi..

"Psstt... ada sesuatu..."

Psstt.... agak2 Pak Habibi terfikir tak ekk i akan buatkan dia Puding Roti Marble fav dia ni???
atau dia ingat i masakkan dia ikan cencaru bakar??
OhhhHHh!!! Tidakkk....

Muahahaaaa... :))  

Puding Roti MarbleCoklat 


Selamat mencuba... selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang..:)

Jaga diri.. Assalammualaikum..

TATA!!
Viewing all 83 articles
Browse latest View live