Quantcast
Channel: The Writer's CooKING!
Viewing all 83 articles
Browse latest View live

Resipi Dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Lauk Kampung

$
0
0

Assalammualaikum... Salam Sejahtera buat semua teman-teman blogger dan juga yang bukan blogger.. baru dan lama.. semoga hari-hari yang anda semua lalui di permudahkan ALLAH SWT.. Amin... :)

Hidangan tengahari i sangat ringkas dan mudah di sediakan.. sebab dari awal pagi i sibuk mengemas, mengelap habuk, sapu sawang-sawang yang ada.. dan menyapu stok kuman pun ku sapu sekali! :))

Alhamdulillah.. segalanya dah selesai..nyaman dan tenang aje bila rumah bersih dan kemas... :D

Anak-anak dah besar panjang so memang tak ada sesiapa yang akan menyepah.. memasing dah tahu syarat2 di rumah ni.. kemas dan bersih itu yang kuutamakan sejak dulu...


bila dah penat mengemas itu dan ini... perut tu lapo ler pulak! padahal baru lepas keluarkan peluh.. agaknya terbakor ler kalori dalam 2gm! kalau dah namanya orang kampung.. nasi jugak yang ku idamkan! :D

bonda kesayangan ada di rumah.. dia teringin nak makan nasi lembik.. ok! mother your came true! :D
ku masakkan nasi lembik...
idea nak memasak belum mari lagi masa tu taw! :D 


Dan Kali ini i masak resipi di dalam buku Resipi i yang pertama..

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Klik Sini

Inilah antara sajian yang sering Bonda hidangkan buat kami sekeluarga masa kami zaman kanak-kanak dulu.. dan sampai laa... anak dah besar panjang.. lauk ini sering i masak... kiranya masakan turun-temurun.. dan i tahu resipi ini semua teman-teman juga dah biasa makan dan masak... cuma kenangan nostalgia zaman lalu.. tetap berbeza... :) dan hari ini i kongsikan kepada semua.. walaupun resipi ini hanya resipi yang biasa-biasa sahaja... ;)


Kacang Bendir Masak Asam Bersama Kacang Panjang...
*Kacang panjang tu i tambahkan dalam kuah tu*

Dulu kalau bonda masak.. kami berebut-rebut makan... sayur yang Arwah Ayah tanam tepi rumah.. segar dan manis bila di kunyah.. hmm.. semua itu hanya tinggal kenangan yang masih tetap utuh i simpan sehingga kini.. dan i kongsikan di dalam Buku Resipi i yang pertama... :)

Dan kini segala kenangan lalu itu.. i hidupkan kembali... Hobi Arwah Ayah suka bercucuk tanam di belakang dan tepi rumah..
dan kini i dan Pak Habibi.. sambung hobi itu.. bercucuk tanam di tepi rumah... sedih bila di ingat-ingat... :(

tak pe.. tak pe.. life must go on... kan kan... :D
think positive.. and everthing arounds you will grow postively... Wallahualam....

macam kebun mini i tepi rumah tu laa... ;)   



Kacang panjang yang sentiasa berbuah lebat.... sentiasa kupetik selang sehari...
hasilnya memang lumayan.. puas dah agihkan kerumah jiran dan saudara-mara...

  

Pokok Kacang bendir lebih 40 pokok sedang lebat berbuah...
Pak Habibi tolong tanam..
anak-anak tolong siram pagi dan petang..
dan i tolong petik dan masak..
yang penting kerjasama << sambil nyanyi :D


Pokok Berbuas...
yang ni tanam kat taman mini depan rumah.. rendang aje sebab sentiasa di cantas..
nak makan aje petik.. buat ulam.. colek dengan sambal belacan... fav i dan bonda...
memang sedap! awet giteewww ;))

Udah ler yer... meh kita masak dulu hasil dari petikan i pagi tadi... :D



Asam Rebus Kacang Bendir



Bahan-Bahannya :

7 batang kacang bendir *i tambah kacang panjang
800 ml air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 batang cili merah
1 sm belacan
30 gm ikan bilis

Cara Membuat :

Campurkan air asam jawa bersama bahan kisar dan renehkan
Setelah mendidih masukkan kacang bendir dan kacang panjang. 
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sedia di hidangkan!!!

Tarraa!!!

Asam Rebus Kacang Bendir & Kacang Panjang



Slurpppp... Ahhh.... ;)


ikan masin sepat jangan lupa goreng...
lawankan dengan nasi lembik... 
kuah asam rebus...

waduhhhhhhhhhh!!!! duhhh.... duhhhh!!!!


Kerja yang i paling malas... tumbuk sambal belacan :D
Kuatkan semangat.. tak sampai 5 minit dah siap! pemalas ko sha! :))
ulamkan dengan pucuk berbuas muda dan kacang panjang segar yang baru di petik..

WaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaduUuuuuuhhhhhhhhhhhh.. duhhhh... duhhhhh :D


ingat yaa.. tanak nasi tu biar lembik cikit...
Bonda makan bertambah-tambah.. jarang dia makan banyak..
i????
HEPP!! hilang diet i tadi tau! :))




nampak tak tu merah menyala??
yaa.. tu dia buah ceri i  sedang hangat dan lebat berbuah...
jap je lagi i update kat >>> Pokok Ceri

psstt.. tapak tangan i tu... macam tapak tangan gergasi! :))


Sekian dulu... jumpa nanti...

Jaga diri.. jap je lagi i dan anak-anak nak gi swimming!!!!

Assalammualaikum...

TATA!!

School Fest : Bubur Nasi And The Gangs ~ JOM! Kita JUMPA di JOHOR!

$
0
0

Assalammualaikum.. dan Salam Sejahtera buat semua teman-teman yang setia mengunjungi dapur maya i yang tidak seberapa ini... walapun sekarang ni i tenggelam timbul... apa yang penting i tetap curi-curi masa untuk tetap berkongsi resipi dan idea.. walaupun tidaklah sehebat mana pun.. yang penting i ikhlas ingin berkongsi kepada semua teman-teman baru dan lama... :)

Okay, hidangan school holiday i dah sediakan satu folder khas untuk kengkawan cari dan kais bila kekeringan idea.. di bawah label "MENU SCHOOL HOLIDAY" kais ler kat tepi sebelah kanan... tu yaa... tq so much :)

sebelum i bercerita dan berkongsi resipi..
i nak ajak kengkawan yang menetap di Johor Baharu atau kebetulan sedang bercuti di Johor Baharu...
 apa kata kita pakat ramai-ramai jumpa i di...


bertempat di : Galleria@Kota Raya Johor Baharu 
*ruang legar*

Pada : 2hb Disember 2012

Tepat Jam : 2 petang

Tak ada syarat yaa..masuk adalah percuma!  inilah peluang kita nak berbual mesra.. bukannya mudah ada kesempatan seperti itu.. selalunya i busy terbang sana dan sini.. jadi i dengan rendah diri ingin mengajak teman-teman semua untuk ada di sana... kerana ada demo masakan.. dari air tangan i sendiri... selalu berkongsi di dapur maya aje kan?
hah! kali ni secara live!

dan yang istimewanya.. hidangan yang bakal i masak tu nanti... adalah masakan yang cukup besar ertinya.. ada sejuta kenangan tau.. di mana masakan itulah yang i masak semasa pertandingan untuk melayakkan ke peringkat TOP 40 Masterchef Malaysia Season 1 ~2011
nak tahu hidangan apa???

Kenalah datang ya!

Shahriah tunggu tau.. tq so much di atas sokongan kengkawan semua.. muahzzzz :D

Okay dahh... JOM! MASAK!!

BUBUR NASI AND THE GANGS


Bubur nasi... adalah penyelamat di kala musim cuti sekolah ni yaa..
masak tetap simple tetapi ada banyak juadah... 
mudah nak di sediakan... dan tidak leceh..
jimat belanja pun ya..
apa taknya.... beras 1 pot setengah.. buh air bebanyak dah jadi seperiuk besor!
makan berulang kali sampai ke malam pun yerk! :D

Okay JOM! Tengok! apa hidangan yang i dampingkan dengan bubur nasi i tu yaa...

Ikan Bilis Kicap


i kalau masak bubur nasi..
tak sah! tak masak lauk ni.. sekeluarga suka..
 paling mudah dan enak bila di makan dengan bubur...


i tahu ramai yang tahu nak masak lauk ikan bilis kicap ni kan..
jadi i share resipi yang ringkas aje yaa..
kalau nak resipi penuh bolehlah geledah di bawah label ikan bilis

Bahan-Bahannya :

Ikan bilis
bawang besar
cili padi
bawang putih
kicap masin
cuka
gula dan garam
minyak

Tempeh Berlada Ikan Bilis


kebetulan ada tempeh.. so i gorengkan dengan sambal dan buh ikan bilis..
lawankan dengan bubur nasi... perghhh... juleng bijik mate i you! :D
 

Bahan-Bahannya :

tempeh
cili kering
bawang besar
bawang putih
belacan
ikan bilis
sos tomato
gula dan garam
minyak

Untuk resipi dan cara sepenuhnya nanti i share kemudian yaa.. :)

Sup Sayur & Kacang Hijau


pertama kali i buat :D
sebenarnya i rendam kacang hijau nak buat bubur kacang durian..
tetiba tak jadi.. sebab durian semuanya dah kena sesah! :D
tak pe.. tak pe.. esok durian gugur lagi nanti baru buatkan bubur durian..
kacang hijau tu i rendam dulu dari pagi...
petang i cuci bersih dan buangkan kulitnya.. mujur tak jadi taugeh@cambah macam dulu! :))

dan selepas tu dapat ler idea.. nak jadikan sup..
yang ini i share resipi penuh..
sebab i tak pernah share resipi ini sebelum ini.. sebab first time cuba.. sedap!

dan i tak tumis.. hanya rebus cam tu je. diet ni :D


BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan kacang hijau *rendam dan buang kulit
1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
5 tangkai cili padi siam *potong
1 biji kiub ikan bilis *knoor
600 ml air
2 biji tomato hijau *potong 4
4 tangkai daun sadri *daun sop *hiris 3 inci
sedikit cracked white pepper
garam secukupnya

CARA :

Renehkan air bersama bawang besar, bawang putih, cili padi, kiub ikan bilis sehingga mendidih.
Masukkan kacang hijau dan renehkan sebentar.
Masukkan tomato hijau dan masak sebentar.
Kemudian akhir sekali masukkan daun sadri dan sedikit lada putih.
Sesuaikan rasa dan hidangkan!

Telur Masin


wajib ada kalau bubur ada..
tak ada.. tak sah!
ikan masin sepat baki semalam pun i hidangkan sekali..
caipo@jeruk lobak pun wajib ada kalau makan bubur...


Simple.. ringkas dan mengenyangkan!
selamat mencuba! ;)


Jangan lupa temu janji kita!

Untuk info lanjut >>> KLIK SINI

DAN i baru sahaja update blogs di bawah tu... ;)
 






Sekian dulu, jaga diri... :)
JANGAN lupa temujanji kita taw! i tunggu you all okeh!

Assalammualaikum..

TATA!! 

Sajian Sejuta Kenangan ~ Gulai Udang Nenas ~ Satu Gelaran.. Sejuta Kisah...

$
0
0
Assalammualaikum... Dan Salam sejahtera buat semua teman-teman.. :)

Apa khabar semua? semoga sihat dan ceria sentiasa bersama keluarga dan teman tersayang.

Sejak kebelakangan ni.. mood nak mengupdate blogs agak ke sungai!

Agaknya busy kot... memasak tiap hari macam selalu.. snap gambar selepas memasak pun macam selalu..

dan ada juga.... selepas selesai makan baru teringat gambar terlupa nak snap! muahahaa.. walaupun masa menghidangkan tu bukan main lagi... :))


Okay... dengan semangat yang di paksa-paksa... maka i telah pun mengedit gambar untuk di kongsikan buat semua.. sepanjang majlis demo masakan di Galeria@Kotaraya Johor Baharu baru-baru ini...
2hb Disember 2012...

Jutaan terima kasih kepada teman-teman yang sudi datang untuk turut sama memeriahkan majlis..
anda semua sangat sporting! i loike sejuta kali!! ;)

Gulai Udang Nenas


adalah hidangan yang cukup memberi erti yang sangat besar maknanya.. di dalam hidup i... *antara*

terselit sejuta kisah di sebalik masakan yang i masak khas untuk warga Johor baru-baru ini..

nak tahu kenapa?


Gambar di atas yang tinggal nenas aje tu dan kuah ala-ala tak nampak aje tu kan..
yaaa... gambar yang cukup eksklusif satu ketika dulu..

itulah gambar sebenar walaupun tidak sempurna sebab habis dah di sesah oleh Chef Zubir dan Chef Joe sewaktu i di uji bakat MasterChef 2011..

pertandingan untuk melayakkan ke peringkat TOP 40
di mana i terpilih di antara beribu peserta seluruh Malaysia..

dan antara pencapaian cukup BESAR sepanjang i bernafas di muka bumi yang indah ini..
ya giteew.. ;)


Pheeewittt.. dan inilah buktinya... cecewah..
dengan mempertaruhkan Gulai Udang Nenas..

Syukur Alhamdulillah i terpilih untuk menyertai pertandingan Masterchef Malaysia 2011...


antara barisan peserta yang turut sama menanti giliran untuk di uji rasa oleh Chef....
masa tu dada.. dup! dap! macam nak tercabut pun ada..

sebelah kiri i.. Anita.. ingat lagi tak???
dan kanan i.. Amita.. ingat lagi kan???

dan yang hujung sekali adik dari Sarawak dan dia gagal untuk ujian ujibakat bercakap depan camera...
masa tu adik tu mempertaruhkan blue berry cheese cake.. rasa memang meleTOP!
tetapi.. bukan ujian rasa sahaja.. ada beberapa lagi ujian yang perlu kami tempuhi..
syukur Alhamdulillah segalanya dah berakhir.. dan masih TETAP UTUH! kenangan itu i simpan sampai akhir hayatku... Amin.. :D


TOP 40! Peserta MasterChef Musim Pertama 2011..
hmm.. kalau i tengok semula gambar-gambar kenagan di MCM dulu tu..
setiap inci kenangan masih segar di ingatan i sehingga kini...

Okay DAH!!!

cukuplah yaa.... sekarang tahulah kenapa i masak Gulai Udang Nenas tu semasa demo masakan di JB baru-baru ini?

Yaa.. sebab segalanya bermula di Johor Baharu.. tempat tumpah darahku..:)

Gulai Udang Nenas


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm udang saiz M ~ buang hujung kepala dan buang najis di belakangnya
5 tangkai daun kesum *daun
1 biji tomato *dadu
1 biji nenas masak *saiz kecil *dadu
1/2 biji nenas muda *saiz kecil *dadu
2 keping asam gelugor
6oo ml air
1 biji kuib ikan bilis *knoor
1 batang serai *titik
minyak
gula dan garam

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit
2 inci halia
4 inci belacan
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah

CARA :

Panaskan minyak sehingga benar-benar panas.
Masukkan serai dan masukkan *BAHAN KISAR. Tumis sehingga pecah minyak.
Masa menumis agak lama dengan api paling kecil.
Masukkan Nenas masak dan nenas muda dan juga asam keping.
Gaul rata dan renehkan sebentar.
Masukkan air dan renehkkan sehingga mendidih.
Masukkan kiub ikan bilis, gula dan garam.
Sesuaikan rasa kemudian masukkan daun kesum dan buah tomato.
Setelah kuah pekat baru masukkan udang dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Gulai Udang Nenas


Sesuai di hidangkan bersama nasi putih dan juga roti perancis dan juga roti putih.
Rasa yang cukup nyaman....
simple dan mudah nak di sediakan...


Dulu masa bertanding.. masa di peruntukan 1 JAM!
dan siap memasak dalam tempoh 30 minit!
lagi 30minit tu kan kan.. i lap bersih meja kerja i.. ;))

dan i juga peserta pertama yang mempersembahkan hidangan kepada juri...
hadoii kalau di ingat-ingatkan.. ketaQ!!!!!!!!


Untuk kisah panjang lebar tentag demo masakan i di Galeria Johor Baharu..



Sekian dulu... tetiba hati sebak... hmm... biarlah kenangan lalu berlalu dengan kenangan yang pastinya tidak akan ku lupakan sampai bila-bila... bukan mudah untuk mendapatkan sebuah gelaran...
dan bukan itu yang kuimpikan selama ini sebenarnya..
hanya TUHAN sahaja yang tahu......

Jumpa lagi.. jaga diri... :)

Assalammualaikum...

TATA!!!

School Fest : Telur Berempah Asyikkk! Ya... Giteew

$
0
0

Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua blogger baru dan lama...
Minta maaflah yaa.. tenggelam timbul.. :D
 
Insya~ALLAH mood meng update blogs perlahan-lahan telah kembali pulih.. *setelah menyelesaikan beberapa tugasan kebelakangan ini... termasuklah... busy menunjuk ajar kedatangan pembantu rumah yang baru sahaja berkhidmat 2-3 hari di rumah ni hah!
Syukur Alhamdulillah.. memang ringan kerja di rumah... memasak tetap i sandang macam biasa :D psstt.. yang bestnya i tak perlu lagi menarah 'Bukit Jambul' *timbunan kain baju untuk di lipat! muahahaa..... << ketawa stok lega giler :D
 
nanti i cerita kat you all lagi ekkk.. :)
 
Telur Berempah


Sekarang ni masih lagi dalam bulan cuti sekolah.. diam tak diam.. hanya tinggal lagi 3 minggu lebih sahaja anak-anak akan kembali semula ke sekolah... di rumah ni hanya tinggal Nellysha yang akan bersekolah.. abang-abangnya dah selesai dan tamat zaman persekolahan.. dah ke kolej pun yang sulong tu.. tinggal Abang Aemir hero no 2... baru selesai SPM... Syukur Alhamdulillah...

So Nellysha.. next year kesepianlah yaa di rumah ni.. hanya tinggal dia terkonteng-konteng...:D 

SooOoooOOoo.. memandangkan cuti sekolah ni.. stok telur memang sentiasa berstok... anak-anak i memang suka makan telur.. yang pelik tu kuning tak makan.. i pun tak makan :D
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan kan..
telur rebus separuh masak makan pulak kuningnya tu..dan telur pindang juga.. :D halahaii.. macam-macam :D
 
Jadi resipi kali ini i share Telur aje ya :D
inilah menu penyelamat di kala musim cuti sekolah kan..kan.. kan.. JOM! Salin resipi :)

 Telur Berempah
 

BAHAN-BAHANNYA :

6 biji telur *rebus dan kupas kulitnya
2 batang cili hijau *potong 2
1 biji tomato *belah dua
100 ml santan pekat
100 ml kicap masin
2 sudu besar sos tomato
1 batang serai *titik
gula dan garam
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
7 batang cili kering
 1 sudu kecil ketumbar *sangai
1 sudu kecil jintan kasar *sangai
1/2 sudu kecil lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan serai.
Masukkan *Bahan Kisar* dan tumis sehingga pecah minyak. *masa menumis agak lama dengan api sederhana.
Masukkan santan, kicap, buah tomato, sos tomato dan cili hijau. Renehkan sebentar.
masukkan telur dan  sesuaikan rasa, gula dan garam.
Reneh sehingga kuah agak pekat.
Angkat dan hidangkan!

TARRRAAA!!!

Telur Berempah

 
 Tu dia.. makan dengan nasi panas-panas!
perghh... pulak rasa lauk tu.. masam, manis, pedas.. lemak dek telur rebus tu kan kan.. diet lesap hilang entah ke mana!
tak pe.. tak pe.. sekali-sekala! cecewahh bukan ke tiap hari? :D 

Nanti dulu.. belum habis taip lagi...
lawankan pulak dengan...


Sambal Belacan goreng ikan bilis.. buh cili padi bebanyak..
kuah telur berempah tu simbah banyak sikit atas nasi... perghh.. i tell you olls...
mak aii.. pak aii... :D


Hah! ikan masin tenggiri jeruk..
jangan lupa potong nipis dan goreng..
perah asam limau masa nak makan..
tak pe. tak pe. i tau you all kecur..
nah! tisu :D


Hah! tu..... sambal asam.. cili padi sebanyak tidak.. perahkan air asam pekat-pekat.. belacan lebih cikit..
tak pe.. tak pe... nah! tisu.. :D


tu jangan lupa pulak.. ulaman mesti ada..
Kacang bendir dan pucuk berbuas celur..
wah! celur tu sekejap je tau...
tak pe.. tak pe..
i memang makan bertambah-tambah... masa tu terlupa keberatan yang semakin bertambah-tambah :D


siapa cakap makan lauk telur membosankan??
kalau ada kengkawannya yang lain tu..
telur ayam pun rasa macam ayam panggang taw! :))


Sekian dulu.. sambung nanti..

mood membaking dah mari.. macam biasalah.. kalau tak kek coklat.... puding coklat.. kesukaan anak-anak.. nak buat cam ne.. ikut jelah tekak dia orang tu...

Nanti i share next N3.. lama tak share pemanis kat dapur maya i ni kan kan..
tak pe.. tak pe.. sabar menanti yaa..

Jumpa lagi.. jaga diri...

Assalammualaikum..

TATA!!

Dori Sweet And Sour ~ How i worked in My Kitchen Simple Made Easy yeah Giteew

$
0
0

Assalammualaikum.. dan salam sejahtera buat semua teman-teman... blogger baru dan  lama juga buat rakan yang bukan blogger... bertemu lagi di dapur maya i yang ala-ala aje ni kan kan...

Masakan harian i tetap simple dan mudah di sediakan.... itu memang my cara setiap kali menyediakan hidangan buat keluarga tersayang..

Leceh-leceh boleh.. nak kena pada masa dan ketika *bila semua keluarga berkumpul*
Walaupun simple.. mudah dan yang paling i utamakan adalah keenakan di dalam setiap hidangan yang di sediakan..

Kebersihan adalah yang paling UTAMA sekali...
Khasiat setiap hidangan mestilah balanced....

Contohnya hidangan melayu.. i akan hidangkan ketika waktu lunch...

Nasi Putih
Mesti ada sejenis hidangan protein : ayam/daging/ikan dll
Sejenis hidangan sayur : Sup/goreng atau pun ulaman segar/celur sebentar *blanch dll
Sejenis hidangan sampingan : Ikan masin/Ikan goreng/Telur masin/Telur dadar/sambal belacan/cencaluk/budu/sambal tempoyak dll

*di atas adalah contoh yang i selalu hidangkan buat keluarga*

malam semuanya yang ringan-ringan sahaja.. namun tetap mengenyangkan...Nasi jarang makan waktu malam.. kecuali nasi goreng :D


Dan gambar di atas adalah hidangan i tengahari tadi... 6hb Disember 2012 :D

Sangat simple dan mudah untuk di sediakan...

Nasi Putih
Dori Sweet Sour
Kacang Bendir Goreng Mamak
Telur Masin

Nampak tak?

Hanya 3 jenis lauk tetapi dah cukup lengkap... :)

Okay untuk hidangan lengkap di atas.. i hanya memerlukan masa menyedia dan menghidang dalam tempoh 40 minit!

baki 20 minit.. i akan peruntukan untuk snap gambar..

dengan motto..

Lebih lama di dapur.. i lemas! ya giteew ;) 

Peruntukan sejam sahaja di dapur... :D 


Okay JOM! Masak!

Dori Sweet & Sour


400 gm ikan Dori *dua keping **potong selebar 2 jari dan celupkan di dalam batter 

Untuk Batter :

6 sudu besar tepung gandum
sedikit cracked black pepper
sedikit garam
air secukupnya
1 biji telur

Cara Membancuh Batter : Batter yang pekat

Campurkan tepung, telur, garam dan cracked blackpepper dan sedikit air, bancuh sehingga menjadi batter yang pekat.
Kemudian ambil ikan dori dan rendamkan ke dalam adunan batter.
Biarkan selama 10 minit.

**Masa menanti untuk menggoreng ikan Dori, i dah tenggekan telur masin untuk di rebus*


Panaskan minyak *penuh* sehingga benar-benar panas.
Barulah masukkan kepingan ikan dori.
Jangan terlalu penuh.
Balik-balikkan sehingga ikan dori keperangan, angkat dan toskan.
*lihat gambar di atas*

*Masa ini telur masin i dah siap di rebus.. dan dah siap di potong 2 :D*

Kuah Sweet & Sour


BAHAN-BAHANNYA :

1 biji bawang holland *potong kasar **
4 ulas bawang putih *hiris**
2 inci halia *hiris julien**
1 batang serai *titik**
6 tangkai cili kering *hiris**
1 cawan sos tomato
2 cawan air
1/2 biji nenas muda *potong dadu
gula dan garam
sedikit cracked blackpepper dan white pepper
minyak

Sedikit hirisan daun pudina *untuk taburan di atasnya

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan halia sehingga naik bau.
Masukkan *Bahan Hiris** sehingga naik bau.
Masukkan air, sos tomato dan nenas. Cracked blackpepper & white pepper
Renehkan sehingga kuah pekat, sesuaikan rasa.
Masukkan ikan dan gaul rata.
Angkat dan taburkan dengan hirisan daun pudina.
dan hidangkan!!

**Kuah akan pekat dengan sendirinya dan tidak berair kerana ikan di goreng dengan tepung**serap...

**Masa menanti kuah mereneh.. i dah selesai menggoreng sayur** :D

TARRAA!!!!!

Dori Sweet & Sour
 


Hidangan lengkap i tengahari tadi..
simple aje tu kan?
kalau makan di resto dah berapa RM?
buat sendiri.. berbaloi-baloi.. muai pun yaa.. suci lagi HALAL ya giteew...tanpa was-was ya giteeww... lapang je dada.. :D


kacang bendir goreng mamak..
selagi kacang bendir tepi kebun mini i tu berbuah tak henti.. 
selagi itu akan sentiasa ada kacang bendir.. memang fav no 1 i.. dan hero no 1 i.
tak pernah jemu dan jelak..
manis dan rangup :D


tak kuasa nak goreng ikan masin...
 *tak kuasa nak berbau ikan masin! :D*
rebuskan telur masin..
waduhhh.. waduhh.... slurpp ahh..
tak pe.. tak pe.. nah! tisu :D i tahu ramai penggemar telur masin :D


lawankan dengan nasi panas-panas..
curahkan kuah sweet sour tu atas nasi...
sulamkan dengan telur masin.. dan sayur goreng kacang bendir..

Yaa.. hidangan lengkap yang ringkas.. yet mengenyangkan.. :D


 Sekian dulu.. jumpa nanti... jaga diri ya.. kawan-kawan semua... you all sentiasa di ingatanku.. nak-nak masa tengah memasak di dapur tu... :D

Assalammualaikum...

TATA!!
 

Oseng-Oseng Tempeh Masakan My PA Amboi.. amboi.. bukan main lagi yaaa.. giteewww

$
0
0







Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang ku hormati sekalian.. tak kiralah yang baru dan yang lama di alam maya ini.. terima kasih kerana masih sudi singgah di dapur maya i ni yaa... :)

Amboi! Amboi! nampak tak gambar yang bercahaya di atas tu?
Hah! ya.. itulah Oseng-Oseng Tempeh...
Masakan yang di masak oleh my PA...

Okay! semenjak dua menjak ni kan i dok tenggelam timbul update blogs.. memang camtu :D
bila tengah mengumpul kekuatan untuk memulakan satu-satu kerja penulisan.. i jadi macam.. macam.. hentah macam mana nak terangkan ekk.. macam nilah.. mood tu agak tak stabil.. :D
bukannya gelisah atau bersedih tau.. tapi dok meraih idea dan mengumpul mood untuk sesuatu watak yang bakal i garapkan tidak lama lagi.. bukan mudah nak menulis yaa... membaca lebih mudah sejuta kali darab sejuta :))

memang susah nak di terangkan.. siapa yang biasa menulis tu hah! tahulah dia :D


Okay... dalam mengumpul mood untuk menghayati watak tuu... i tetap akan melakukan tugasan harian seperti biasa... cuma... yaa... satu kejutan buat i.. dalam i sibuk menghadap pc tu... hanya tinggal beberapa jam untuk ke dapur... tetiba hidung ni terbau-bau seperti orang menumis... i ingat jiran sebelah rumah.. terus ler hati terdetik..

"Sedapnya Mak Ana masak.. masak apalah agaknya.. hantar tak agaknya barang sepiring untuk i!"

muahahahaa :)) yaa... sampai macam tu sekali..

Soo.. tiba masa untuk i turun memasak kan kan...

tetiba... ada tudung saji atas meja.. selalunya clean selagi i tak hidangkan masakan...

so pun bukaklah!

Hambik KO!

Oseng-Oseng Tempeh


tu dia... my PA yang baru sahaja bertugas di rumah ni.. dah siap memasak!
perghhhh... mau tak terkejut manja! awww :D

bukan tu aje.. ikan goreng... sambal belacan... ikan bakar... sambal kicap.... sayur ulaman celur... siap dah terhidang!

"Itu namanya Oseng-oseng Tempeh!"

giteeww kata my PA... entah dari mana datangnya... :))

i dengar macam dia cakap....

"Samseng Ehhhh..."

muahahaa... :)) ku dengar hujung2 aje :D

hadoiii.... terus ler mintak resipi... sebab namanya memang nama jawo.. dan my PA cakap.. Oseng-Oseng tu maksudnya... TUMIS... ohhhhh... *i ni nama je anak jawo...* :D dan terus ler i snap  gambar dan kongsikan kepada kengkawan yaa...

Walaupun i tahu you all dah biasa buat masakan yang sememangnya S.E.D.A.P!!! <<< tak perlu mengeja :D

Oseng-Oseng Tempeh


BAHAN-BAHANNYA :

3 keping tempeh *potong dadu *tidak terlalu kecil, goreng separa garing angkat dan toskan
4 batang cili hijau *hasil petikan tepi kebun mini i.. *belah dua
2 batang cili merah *hiris serong
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap manis
sedikit gula dan garam
sedikit air
minyak

BAHAN TUMISAN :

1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris


CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS sehingga layu.
Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis, gula dan garam secukup rasa dan sedikit air dan kacau sebentar.
Masukkan tempeh, cili hijau dan cili merah dan kacau rata, sehingga kuah pekat atau sebati dengan tempeh.
Angkat dan hidangkan!!!

TARRAAA!!!

Oseng-Oseng Tempeh


TINGGG!!!!!

mau tak bercahaya bijik mata i you!
lama dah tak makan masakan orang masakkan untuk i.. selalunya i yang masak... :D
i ni tegah diet... lesap diet tengahari i taw!
tak pe.. tak pe.. petang jogging! :D
 Psstt... 


petang masa i dok menghadap my PC tu kan kan...

tetiba... waduhhhhhhh....

di hantarnya sepiring ubi goreng!!!! sah! sah! ni Bonda kesayangan i punya request ni.. :D

fav i pulak tu.. macehhh.. my PA... nama dia Linda ;)


dan gambar ubi goreng di atas tu.. i snap dekat meja PC i.. kat dalam opis i...

dia susun elok-elok ubi goreng tu...

pastu dia cakap macam ni masa nak hulur kat i..

"Harus di ambil dulukan fotonya..."

:D sangat cekap dan peka betul PA i kali ni.. ;)

dan bukan itu sahaja..... hadoiii...... <<< sambil usap perot yang sebu :D


Yaa....... bubur kacang durian & Keledek menyusul selang 5 minit selepas itu!

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

okay geng! kalau dah my PA dok masak di dapur tu.. nampaknya lepas ni.. i kongsikan ajelah my PA punya resipi yaa... bagi i cuti memasak... :))


Sekian dulu.. sambung nanti...

Selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang..

Jaga diri yaa.. you all sentiasa di ingatanku..

ingat yaa... Oseng-Oseng Tempeh
dan bukan Samseng Ehh... :)) 

Assalammualaikum..

TATA!!!

Sup Ketam Selasih (Rebus)

$
0
0


Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman baru dan lama yang sudi singgah di dapur maya i yang ala-ala kejap timbol.. kejap senyap :D

Minta ampun dan maaf buat semua teman-teman yaa... bukan tak ingat kat you all semua.. sekarang ni kan musim school holiday.. so masa tu agak tertumpu kepada anak-anak di rumah.... sekarang ni anak i bertambah lagi 2 orang.. hheheee.... kedua-duanya lelaki... tu diaa...

Ni nak cerita ler sikit ekk... sekarang ni kan musim Ninja Go.. ala lego yang kecik momey tu... hah! tak pasal-pasal berdedai petang tadi.. bawak anak saudara i yang lelaki tu... siang-siang dah warning... sorang cuma dapat pilih satu barang.. termasuk ler anak dara kerempeng i tu.... Nellysha... 

hitu nama! perghhhh.... dekat nak sejam! menunggu kekanak riang tu memilih menan... punyalah lama... bila i tanya....

"Kenapa lama naa? susah sangat ke nak pilih?"

nak tahu kekanak riang tu cakap apa... slow.. and steady je jawapannya.... :D

"Kena pilih satu.. kalau dua.. senang nak pilih...."

perghhhh......  :))

Sup Ketam Selasih


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ketam bunga *cuci bersih dan toskan
4 tangkai daun selasih *ambil daun sahaja
1 batang lobak *potong serong
1 sudu kecil lada hitam kisar *cracked black pepper

BAHAN HIRIS

1 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
3 inci halia 

1 batang serai *titik
500 ml air
garam

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas *kecuali ketam dan daun selasih.
Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan sedikit garam dan sesuaikan rasa. Setelah lobak empuk, baru masukkan ketam dan daun selasih. 
Tutupkan periuk dan renehkan sebentar atau sehingga ketam masak.  
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!   
 
Sup Ketam Selasih


SluuurPpppp.... ahhh....

Makan dengan nasi panas-panas.. sedapnya..
Hirup kuah macam tu je pun.. sedap juga.. manis je kuah ketam tu yaa..

dan kalau you all nak tahu.. kalau di rumah ni ada yang demam.. inilah antara sup yang sentiasa akan i hidangkan... Insya~ALLAH.. esok bangun pagi.. yang demam tu terus merayap macam ketam :D


Simple je tu kan.... yang simple tu lah yang sedap!

Sesuai untuk berdiet juga ni.. :D **kalau tak makan dengan nasi :D

sekian dulu.. jumpa nanti... jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!

Tempeh Bacem ~ Resipi Indonesia (my PA)

$
0
0

Assalammualaikum.... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati.

Dah hari selasa... bagi yang bekerja di rumah macam i ni.. selasa ke rabu ke.. sama aje :D

Rutin harian yang sama sahaja yang i lakukan.... menghadap PC.. dan selebihnya urusan kerja di rumah... tak pulak bosan... suka lagi ada ;)

Dulu pun i kerja makan gaji... rutin harian sama... bangun pagi... pulang petang.. ada kala tu bila ada event di luar.. pulang malam... bukan setahun i kerja makan gaji yaa sebelum ini.. malah lebih 13 tahun.... :D Dan jika di beri pilihan bekerja makan gaji atau bekerja di rumah?? semestinya pilihan i NO 1 i... memerap di rumah :D

Sekarang bila tak bekerja makan gaji... memang masa yang ada betul-betul i manfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang tidak pernah menjemukan.

Pulak sekarang ni cuti sekolah.. anak-anak semua ada di rumah... anak-anak saudara pun ramai yang berkumpul di rumah i ni hah! seronok sangat... bila dah reramai berkumpul tu.. hah! dapur memang tak pernah kering.. ada aje yang nak di masak..

Sarapan pagi..
Makan tengahari..
Minum petang..
Makan malam..
 Supper..

tu belum lagi.. goreng keropok, fries, nugget dan cekodok bila kekanak tu menonton tv.. :)


Dan gambar di atas tu.. ialah resipi baru di dapur maya i ni yaa...

Resipi dan masakan oleh my PA...
dia memang pandai memasak.. lauk-pauk yang dia masak memang sedap! dan gambar di atas tuuu.. 100% my PA yang masak dan hias... i cuma tinggal snap gambar.. actually i tak suruh pun dia masak... i awal pagi dah terjun ke tanah.. kemas kinikan taman bunga i yang dah tinggal daun kering.. bunga sekuntum pun tak de :D  tukar tanah baru dan pindahkan ke pasu besar...

TUP! TAP!

ehh... my PA dah siap masak.. walaupun masa tu baru jam 11 pagi.... hmm.. kalau tiap hari macam ni... kan ke bagus :D lesaplah diet i nampaknya... :))

Tempeh Bacem


Okay ini pertama kali i merasa masakan tempeh bacem.. bukan bacen tau!  atau bacin muahahaa.. hadoii... :)) 
i memang tak pernah makan sebelum ini walaupun banyak kali dah menikmati hidangan Resto Indonesia atau pun masa melancong ke Indonesia tak pernah pulak ku telan :D

My PA cerita kat i.. Tempeh Bacem ni.. selalunya di masak istimewa untuk majlis 'Lenggang Perut' kalau kita di Malaysia ni sebut.. di tempat dia... dia cakap.. 'Kenduri Selamaten' yaa.. gitew.. entah betul ke tidak i mengeja tu :D
dan juga di masak untuk majlis keramaian.. dan boleh juga di hidangkan bersama nasi ambeng.. katanya gitulah.. yang i ni mendengor dan share kat you all semua.. salah ke silap.. harap maaflah ya... itu info yang i dapat dan i faham dari my PA

Bacem tu.. kata My PA.. maksudnya lebih kurang macam ni lah yaa... macam Tempeh Jeruk... << masa dia nak terangkan pada i pun dia terkial-kial nak menyebut.. kengkawan yang mana dari Indo tu.. mesti faham apa makna Bacem... gasak ler ekk.. dan resipi Tempeh Bacem ini ada pelbagai cara dan resipi... dan ini adalah resipi asal dari kampung My PA.. dia cakap... kongsikan yang ini dulu :D

Fuhhh.. berpeluh jugak ni nak menerangkan hehehe.. apa pun.. kita yang tinggal di Msia ni.. ayuhlah di coba ya.. ibuk-ibuk.. bapak-bapak.. nona manis.. cewahhh ;) 

Tempeh Bacem


BAHAN-BAHANNYA :

4 keping tempeh (potong kasar *goreng separa garing, angkat dan ketepikan)
1 genggam asam jawa + 200 ml air = air asam jawa *separa pekat
2 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula pasir
garam
1/2 cawan kicap manis
1 helai daun salam
1 batang serai *titik
minyak

cli merah dan daun sup *hiris untuk taburan di atas 

BAHAN KISAR/ULEK

6 ulas bawang kecil *merah
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 sudu kecil lada putih
1 biji buah keras 
2 sudu besar ketumbar *sangai terlebih dahulu
1 sudu kecil jintan kasar *sangai terlebih dahulu

CARA :

Tumiskan *bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
Masukkan air asam jawa, gula melaka, kicap manis,gula pasir, garam dan renehkan sebentar.
Masukkan tempeh dan daun salam.
Tutupkan kuali dan renehkan sehingga kuah pekat atau tempeh dan kuah sama rap serapnya. *api paling kecil.  
sesuaikan rasa.. angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Tempeh Bacem  


Slurppppppppp... Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Nanti dulu.... kata my PA... Tempeh Bacem ni biasanya mereka masak awal sehari dan keesokan harinya baru di hidangkan bersama nasi putih...  2 hari lagi mantop katanya.. :D dan...
katanya lagi... di biarkan semalaman sebab.. nanti kuah tu akan menyerap ke dalam tempeh sepenuhnya.. dan warna tempeh di bahagian dalam tu juga akan kehitaman...dan rasanya lebih enak!

Masa dengar cerita my PA tu.... i dah kecur tak sudah! heheee :D

nak tahu rasanya??

Okay rasanya.. masam-masam.. manis.. pedas... beraroma.. lemak dan berkrim :D

s.e.d.a.p << sila eja :))

Psst.. rasanya tahun depan dah boleh buat satu buku resipi IndoMy kot??? Indonesia dan Malaysia :D



Sekian dulu... jumpa nanti...

Jaga diri yaa...

 Assalammualaikum...

TATA!!


Singgang Pedas Ikan Parang

$
0
0

Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati :)

Okay.. hari ini i masak simple macam selalu... kebetulan bonda kesayangan ada di rumah.. jadi ke pasar kami berdua... pilihan ikan dah tentulah Bonda yang pilih.. ikut ikan fav dia lah kan...

So ikan parang adalah salah satu fav Bonda.. masa beli tu dia dah sebut nak makan singgang ikan parang.. singgang rebus macam biasa tu...

Cuaca pulak panas terik... so i buatkan singgang pedas berapi.... khas buat bonda tersayang...
 dan yang lain turut sama menompang :D



 dah banyak kali i share resipi singgang pedas..
kali ni i share lagi.. 
senang... yang mana baru sahaja singgah di blogs i ni dah boleh mencuba dan tak perlu terkais-kais kat folder yang ada kat tepi tu kan....


BAHAN-BAHANNYA :

4 keping ikan parang *belah dua
6 batang kacang bendir
2 helai daun kunyit *siat
2 batang serai *titik


1 genggang asam jawa + 600 ml = jadikan air asam jawa yang separa cair
garam & gula

BAHAN TUMBUK KASAR :

1 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kunyit
2 cm lengkuas 
8 tangkai cili padi siam *merah
3 tangkai cili padi kampung *hijau

CARA :

Masukkan *BAHAN_BAHAN TUMBUK*, serai dan juga air asam jawa.
Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, daun kunyit dan kacang bendir.
Renehkan sehingga ikan masak, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Singgang Pedas Ikan Parang   


nampak aje tenang aje tu kan kuahnya...
nak hirup pelan-pelan yaa.. kang ada yang tersedak!
makan dengan nasi panas-panas...
sambal belacan...
Ulam petai..
Ikan masin sepat..

PengsaNNNNNNN!!!!!!

@_________#


Nellysha cakap kat semua.... Auntie2.. Uncle2.. dan Kakak2...

"Happy School Holiday! Lots Of Luv From Nellysha!"

Muahhhhhhzzzz <<< yang ni mak Nellsya yang tambah! :D


Wonta.. ni lah anak saudara kesayangan i yang ada di rumah.. **juga tangan yang ada atas kepala Nellysha kat atas tu** :D
riuh rendah.. tiap hari asyik ajak i ke shopping mall belikan dia Ninja GO! *lego* 
perghhh....
tak pe.. tak pe....
janji rumah ni tak sunyi ;))


sekian dulu....
jumpa nanti.. jaga diri..

Assalammualaikum...

TATA!!

School Fest ~ Lempeng Pisang (Fusion)

$
0
0

Assalammualaikum... selamat sejahtera teman-teman semua :)

Selamat pagi... apa khabar semua pagi ini? moga segala urusan kita hari ini di permudahkan ALLAH SWT.. Amin..

Okay bersempena school holiday yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi... maka i gagahkan diri untuk masukkan menu sarapan pagi i bersama keluarga di rumah buat semua...

Hanya lempeng pisang sahaja... tetapi telah di fusion kan.. no santan and no kelapa parut... ;)  


i gantikan dengan susu tepung..

tetap simple, mudah dan sesuai di hidangkan buat sarapan pagi dan minum petang...

buat tu comey-comey je tau.. ala-ala mini pancake yaa... :)

Lempeng Pisang


BAHAN-BAHANNYA :

9-10 biji pisang kapas@pisang monyet

4 sudu besar susu tepung 
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1/4 soda bikarbonat *ayak bersama
sedikit garam
5 sudu besar gula pasir
1 biji telur
50 ml air

mentega *untuk lengser atas kuali non-stick

CARA :

Lenyekkan pisang sehingga hancur.
Masukkan gula, susu tepung, *bahan ayak, telur, garam dan air kacau sebati.
Perapkan sebentar *10 minit.
Lengserkan kuali non-stick dengan sedikit mentega. Tuangkan satu senduk adunan pisang dan masak sehingga keperangan kedua belah bahagian.
 Angkat dan hidangkan!  


TARRRAAA!!!!!

Lempeng Pisang


dapat lebih 20 keping...

di rumah ni ada 8 orang.. so tiada erti kata berebut :D


Sekian dulu.... jumpa nanti yaa..

Selamat mencuba dan jaga diri... :)

Assalammualaikum..

TATA!!

Choc Moist Cake School Holiday Versions... Kidz buat i jadi Mak Nam! Ya.. Giteeww

$
0
0

Assalammualaikum.... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati..

Dah baca tajuk kat atas tu? ya.... dan nampak tak gambar di atas tu???

Yaa.... satu rumah bau cekelat petang tadi.. bersamaan 13hb Disember 2012... porak jangan cerita :D

i ni kan bab-bab melayan kekanak memang i suka.. terutama sekali yang usia... 5 tahun ke atas.. di bawah usia 5 tahun... hadoii.. yang tu i seram sikit nak melayan :D 

Biasalah sekarang ni musim cuti sekolah... soOo anak-anak sedara adalah dalam 2 orang menginap di rumah ni.. adalah kawan Nellysha... semuanya boys... yang gegirl memasing masih bercuti di kampung tok nenek nun jauh di sana.. sok lusa.. hah! tunggu.. aje memang penuh rumah ni... :D


Kengkawan yang mana dah lama follow blogs i ni memang dah tahu.. bila tiba musim cuti sekolah.. mesti punyalah ada aktiviti i dengan kekanak riang *termasuk i* :D

suka ajak kekanak tu turun sama ke dapur.. bagi kekanak tu merasa betapa dapur yang selalunya mereka di larang untuk berlama-lama tetapi dengan i... hari ni dapur tu mereka bertiga yang punya!

porak! tak pe.. tak pe.. masih terkawal... syaratnya semua kena dengar arahan dan di larang sama-sekali terjerit pekik! yang lain ON! :))

Chocolate Moist Cake
 School Holiday Version's


tu dia.. kek ala-ala  macam muncung aje tu kan...
yaa.. memang langsung tak ku trim.. bior je camtu..

kata school holiday version kan kan...

yang penting moist and Yommeh :D


9 yrs..Nellysha dak kerempeng memang ler Ratu cekelat di rumah ni... selain abang2nya.. dan bapaknya juga.. maknya okay je.. :D

pakaikan crown kononnya...


Danish... 8 tahun... dia cakap ini first time dapat deco cake with choclate...
paling teruja... :D

Jom! buat dulu...

Chocolate Moist Cake
 School Holiday Version's


BAHAN-BAHANNYA :

**dah banyak kali share sebelum ini.. i share lagi di sini yaa*

BAHAN BASAH :

1 cawan minyak *sun flower oil
1 cawan gula**kek ni tak berapa manis.. kalau suka manis tambahkan lagi gula :D
3 biji telur *gred B
1 cawan susu segar

BAHAN KERING *AYAK BERSAMA :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko *gred A
1 besar baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu kecil garam halus

CARA :

Putarkan *BAHAN BASAH* sehingga sebati atau gula larut.
Masukkan *BAHAN KERING sedikit demi sedikit sambil terus memutar dengan kelajuan sederhana.
Setelah semuanya sebati, putar lagi 5 minit dengan kelajuan maksimum.

Tuangkan adunan ke dalam acuan loyang yang telah di alas dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit minyak.

Kukus selama 45-60 minit.
Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

 Chocolate Ganache Simple Version


okay membuat topping Chocolate Ganache ada pelbagai resipi... dan ini adalah salah satu resipi yang i biasa topping untuk setiap kali membuat kek coklat di rumah..

dengan menggunakan Choc Button jenama Beryl's atau Hershey's

hasilnya memanglah SEDAP GILERZ!

CARA :

400 gm Choc Button
100 ml whip cream *kalau tak ada guna susu segar pun boleh

Dengan kaedah double boiler...

Campurkan Coklat dan whip cream/susu segar dan jerangkan di atas periuk..
biarkan sehingga coklat cair dan kacau sebati.
Angkat dan sedia di tuangkan di atas kek!
Kalau nak tekstur yang pekat bolehlah masukkan ke dalam chiller untuk tempoh sejam atau dua.. bergantung kepada fridge anda :D


pekat.. sedap.. dan YOMMEHHHHHHHH!!!

kekanak riang tu dok mencalit aje... ;))

masa untuk mendeco.. ikut kreativiti kekanak riang tu yerk...


Chocolate moist cake yang dah sejuk tu bolehlah di potong ikut TUMBESARAN dan CAPACITY kekanak yang bakal menelan kek tu nanti...

kalau kekanak tu kecik.. ko potongkan kecik je dahhhhh :))
kalau kekanak tu besor pun ko potong kecik jugak.. nanti tak cukup! :))


okay i tunjuk demo dulu macam mana nak tuangkan choc ganache tu.. sambil berleter memberi taklimat bagaimana nak tuang tanpa bereceh satu dapur! muahahaaa :))


"Yaaa.. begini yaa anak-anak...."

suara lembut naa.......

*mak nam tu namanya... bonda i cakap! :))


wah! semua dah tak sabar-sabar nak mendeco...
belum start lagi tu.. tu.. baju.. jari.. pipi semua dah penuh cekelat! :))

tak pe.. tak pe.. it's your day! Grrrr..... ;)


Nellysha jalan dulu.. yang lain tengok dulu k....




hambik ko!

tak pe.. tak pe.... :D


masa untuk deco.. tampal dengan cekelat button...
masa ni... semua dok berbisik.. nak menjerit takut langgar syarat :))

"Psstt... Nelly tinggalkan untuk kita tau... jangan tampal semua!"

muahahhaaa.. hadoyaiiii... masa ni gelak dalam hati je taw!


Okay.... giliran Danish...


masa ni.. adik Danish.. Wonta sama naik.... 5 yrs...

tu baru lepas habis waktu grounded... sebab tadi masa buat kek dia bising...*kena duk kat atas.. sampai kena panggil baru boleh join!* :))

sebab tu tetiba baru menjelma... :))


"Wonta.. jangan kacau.. kalau kacau grounded lagi... kali ni lama sikit nak tak?"

terus.. cool.... :))


3 saat selepas itu!

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


giliran Wonta...




Hah! hambik ko!
macam nak di perahnya mangkuk cekelat ganache tu...
masa ni semua menjerit!!!!

"Jangan buat camtu laaa....."

tapi slowww______

sebab takut kena grounded! :))


yaa...........

memacam kaedah cara menuang cekalat yang dia memandai buat.. heheee....


siap jengah abang dia punya..

macam mana nak tampal cekelat button tu hehehe....



tampal sekeping... jari masuk mulut...
tampal 20 biji cekalat... 22 kali jari masuk mulut...
hadoii....

masa ni semua menjerit... *KUAT DAN TAK SLOW LAGI DAH~!

"YEeeeeeeWwwWWWwwwwwwwwwwww!!! tak nak dekat dengan WONTA!!!"


NO komen... cam tu je muka dia bila kena sabotaj dengan Nellysha dan Danish :))


dan inilah hasil kreativiti Wonta..
dan Ninja Go toys dia yang turut ambil bahagian..
actually lego tu keler putih... dia cat dengan marker pen keler biru... hadoiiiii


hasil deco Danish....


heheee.....


baju comot..
pipi pun comot dengan cekelat....


hasil deco Nellysha...


mak nam punyer.... :D


Syukur Alhamdulillah...
 Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...legaaa!!!

selesai aje aktiviti tu tadi....

semuanya lesap naik ke atas makan kek memasing depan TV... tengok katon....senyap je...

i cakap kat Bonda... 

"Jawablah.. lepas ni semua mesti hyper!!! tak tido malam..."

selang 25 minit...................

nak tahu apa telah terjadi?????????????????????????


Yaa...................................................................!!!!

hadoiii.. dia dok berlari dari atas ke bawah... bawah naik ke atas...

turun naik.. main kejar-kejar!!!! darab 38 kali!!!

tak sudah dengan tu... lepas kena tegur...

SENYAPppPpPPPPPPP!!!!

tidur ke ekk?????

tak selesai lagi rupanya....




Yaa.................. main sembunyi IBU!!!!
dekat nak senja baru nak mandi!!

tu laaa.. jadi mak nam lagik!!

bagi cekelat sebanyak tidak mana tak hyper kekanak tu!
muaahahahhaa :))


dah tu je lah dulu yaa... lebih 40 keping gambar yang i masukkan...

mana yang tersilap taip tu harap maafkan ajelah yaa...

sebenarnya nak bawak kekanak tu pergi swimming... hari hujan... tu yang i jadi mak nam hari ni... :))

tak pe.. tak pe.. yang penting... hari ini kekanak riang tu dapat lagi satu ilmu berguna sempena cuti sekolah ni.. antaranya...

"Jangan terpekik-terlolong kat dapur nanti kena grounded!"

Sekian dulu... jumpa nanti.. jaga diri...

Assalammualaikum....

 
TATA!!

Roti Dan Sardin

$
0
0


Assalammualaikum... selamat pagi semua... :)

Masih di dalam mood School Holiday.. di mana.. masakan sentiasa mengikut jadual...

Minum pagi@sarapan
Makan Tengahari
Minum Petang
Makan Malam
Supper

dah macam mak cik kantin asrama pun ada jugak dah ni hehhee... :D

Belanja dapur semenjak cuti sekolah bermula.. mendadak naik 3 kali ganda... :D


Sampaikan masa nak bayar di kaunter... ada Pak Cik dan Mak Cik yang menegur...

*masa tu i tengah tunggu juruwang key-in harga barang yang i borong :D*

"Berniaga ke nak?"

aduhaii.. masa tu i toleh kanan dan kiri... terus ler mata tu tenung barang2 yang bertimbun dalam trolley..

i jawab slow.... aje.... #__________*

"Untuk anak-anak kat rumah.. sekarangkan cuti sekolah..."

Pak Cik dengan Mak Cik tu terangguk-angguk... agaknya dalam hati dia mesti cakap cam ni...

mesti anak dia lebih dari 9 orang!!!!! :))

hadoii.. tak pe.. tak pe... yang penting tiap hari i memasak di rumah kalau tak i.. my PA yang masak.. so tiada erti kata makan di luar.. lebih jimat belanja tak giteew??

 Sardin Goreng


BAHAN-BAHANNYA :

1 tin sardin *buang sos dan isinya di hancurkan *separa hancur
daun bawang *hiris untuk tabur
 cili padi *hiris Untuk tabur 
2 sudu besar sos cili
sedikit cracked pepper dan blackpepper

BAHAN HIRIS :

1/2 biji bawang holland *dadu
2 ulas bawang putih *hiris
1 inci halia *dadu
1 batang cili merah *hiris


gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan *Bahan-bahan hiris sehingga naik bau.
Masukkan sardin dan kacau sebati.
Masukkan sos cili, cracked blackpepper dan pepper, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan bersama taburan daun bawang dan cili padi.


TARRRAA!!!!!

 Sardin Goreng



hidangkan bersama roti putih atau roti perancis...
tak perlu di bakar terlebih dahulu.. calit dengan roti macam tu je dahh...

musim cuti sekolah macam ni....
masaklah apa pun... memang licin! :D


dengan hanya sardin goreng yang simple...
selesai 2 bantal roti putih saiz L... ala yang panjang tu.. bukan yang peket kontot tu taw! :D

Tu pun ngam-ngam je... Syukur Alhamdulillah.. dengan belanja kurang dari RM10... lebih 8 orang dapat menikmati hidangan sarapan pagi yang ringkas... jimat masa dan jimat belanja...

Selamat menjamu selera... dan selamat bercuti bersama anak-anak...

jumpa nanti...

Assalammualaikum...

TATA!!!



Jemput-Jemput Ikan Bilis Cuti Sekolah

$
0
0

Assalammualaikum... Good Morning :D

Musim hujan sekarang ni kan... hmm... jemuran semakin bertimbun... bila panas tolak penyidai tu kat luar... bila mendung... tarik semula ke dalam.. perghh.. dah macam main 'Sorong Papan Tarik Papan...' hehe....

Hujan ke panas terik ke... apa pun tetap bersyukur...:D
semuanya Rahmat dari Yang Maha ESA... :)


So pagi tadi.. i buat sarapan pagi yang tak perlu bagi tahu nama pun semua orang dah tahu..

yaa... Jemput-jemput ler apalagi... orang kampung ler katakan.. jemput-jemput tak mungkin dapat di pisahkan.. ya giteeww.... :)

bila tiba musim hujan je.. hah! mulalah.. keluar menu-menu yang biasa di makan masa zaman kekanak dulu tu kan.. antaranya...

Jemput-jemput pisang
Jemput-jemput ikan bilis dan lain-lain lagi jemput2..
lempeng pisang
lempeng kelapa
nasi goreng kampung
mee hoon goreng 
nasi lemak
ubi rebus
ubi goreng
dan kuih-muih kampung...

Dan macam-macam lagilah.. kalau di taip tak cukup 3 muka surat :D

Jemput-Jemput Ikan Bilis Cuti Sekolah


BAHAN-BAHANNYA :

300 gm tepung gandum
1 biji telur
2 keping roti putih
1 biji bawang besar *dadu
4 tangkai daun bawang *hiris
1 genggam ikan bilis *blender dengan sedikit air
air secukupnya
garam dan minyak

CARA :

Campurkan tepung, bawang besar, daun bawang, ikan bilis, telur dan roti dan gaul sebati.
Masukkan air secukupnya sehingga menjadi batter yang pekat.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
Angkat dan hidangkan bersama sos cili!

TARRRAA!!!


Jemput-Jemput Ikan Bilis Cuti Sekolah


celup-celup ahhh.... :D

simple dan mudah..

sangat lemak, lembut dan bila di makan tak sedor-sedor dah 10 biji masuk ke perot :D

musim hujan ler katakan.. kan kan.. makan apa pun sedapzzzzzz :)


sekian jumpa lagi... jaga diri...

Assalammualaikum....

TATA!!








Terung Bakar Vs Sambal Cili Hijau

$
0
0

Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati sekalian.. :)

i ni tenggelam timbul je kan kan.. yaa.. sekarang ni tak panas punggung duduk di rumah...

cuti sekolah kian berakhir.. jadi tiap hari ada sahaja aktiviti bersama anak-anak di rumah..

bawa anak-anak keluar berjalan cuci mata.. window shopping *walaupun kekadang asyik tersapu* :D

hari ni je duduk di rumah.. sebab semua kereta hantar servis! petang nanti siaplah...

mulalah menjengkit tu... :D


okay kali ni i share resipi yang sangat mudah dan simple...

walaupun mudah dan simple kekadang resipi dan menu yang macam ni yang kita sering terlepas pandang...

Pokok terung di atas tu ialah hasil tanaman di kebun mini i tepi rumah.. tiap hari berbuah... dua-3 hari dah boleh di petik... dulu buah terung tu kecik aje... i pun pelik apasal buah terung tu kecik ekk??

spesis kerdil kot! muahahaaa :))

tetiba je kan.. bila tak kupetik.. biarkan dalam seminggu.. kisahnya.. besor dan panjang buah terung tu... laaa.. rupanya boleh membesar... ingatkan spesis kerdil... :D

i petik... adalah dalam 5-6 biji.... memula ingatkan nak buat lauk lemak.. jemu asyik lemak aje kan..

so i just grilled je atas gridle..


ambil beberapa biji buah terung... ke sayur terung?? hehee.. apa-apa jelah..

cuci bersih dan belah dua...

renjiskan bersama sedikit garam... sedikit minyak zaitun..
dan sedikit cracked black pepper... *cracked blackpepper boleh di tabur semasa memanggang*

gaul rata... dan panaskan kuali/alat pemanggang..

dalam oven pun boleh... *selalunya i buat camtu..

nak jimat letrik i buat camni :D


yaaa.. susun leklok...

pastu panggang ler yer.....


tu dia.. balik-balikkan...
 
masa ni baunya harumMmmmmmm naaa.....


tu dia... dah siap!!

bolehlah di hidangkan bersama.. sambal cili hijau....


tu dia sambal cili hijau.. pun hasil tanaman...

i tak buat sambal asam... sengaja i nak makan kering-kering dengan terung yang manis dan segar juga terbaik dari ladang...

perghhhhhhhhhhh.... i tell you all.. T.E.R.B.A.I.K <<< tak perlu eja :))


SlurrPppppp.... ahhhh......


Simple je tu kan kan... tapi asyikkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Sekian dulu... jumpa nanti....

Oh! yaa... terima kasih kepada yang sudi singgah dan meninggalkan komen... i luv you allzzz.. muahzzz..

nantikan 'SESUATU' di awal tahun nanti yaa.. semestinya ikhlas dari dapur... 

'THE WRITER'S COOKING'

Assalammualaikum...

TATA!!

Cempedak Cake And Cup Cakes

$
0
0

Assalammualaikum.... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman baru dan lama di alam maya ini... :)

Apa khabar semua???

Ada yang rindu kat i ke??? << ayat poyo! :D 



Pertama sekali i nak minta ampun dan maaf buat semua teman-teman yang selama ini tak pernah jemu-jelak singgah di dapur maya i yang tak ala-ala aje ni kan...

Minta maaf sangat sebab asyik tenggelam dan timbol! dan kebanyakkannya lesap tanpa berita! :))

Al-maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah.. dah tinggal berbaki sikit sahaja lagi.. minggu depan anak-anak dah mula bersekolah semula... sunyilah nampaknya lepas ni :(



bila cuti sekolah dah nak berakhir macam ni.. hah! lagilah busy manjang... ehhhh... masa tu lah nak kesana dan sini... sebulan lepas tak pulak gitu! :))

Biasalah.. cuti last-last minit ni ler yang syiok.. macam terkejar-kejar.. aje gitu :D


Ikutkan hari ni i ada banyak lagi aktiviti di luar bersama anak-anak.. 

sebab dah ramai sangat yang inbox... tanya bila i nak masukkan resipi dan update blogs i yang berlubur tu..

maka dengan itu.. i dengan ikhlas hati meluangkan masa di pagi hari.. untuk membuat sejenis kek yang buat pertama kalinya di dapur maya...

dan sebelah petang nanti.. aktiviti bersama anak-anak akan di teruskan lagi :D 

 anak i yang kecik sorang je dak kerempeng Nellysha..  yang penuh satu rumah ni.. anak-anak sedara i... bayangkan kekadang tu berjalan penuh dan sendat satu kereta... dah macam rombongan cik Kiah pun ada... tetapi reramai tu ler yang seronok... sepanjang perjalanan siap bagi 'Ceramah Percuma'...

"Nanti sampai kat destinasi.. bla.. bla.. bla... buang air kecil dulu.... pastu... jangan mintak memacam... mak sedara korang ni belum gaji :)) dan bla... bla.. bla... "

penyudahnya... bila dah sampai satu tempat tu... perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

yang nak belon tekan-tekan keluar buih pun ada!!!
yang nak eskrem Magnum darab 8 pun ada!!!!
yang nak key chain sorang pilih 3 pun ada!!!!
yang nak buah jambu air buh asam boi pun ada!!!!!
ada jugak yang nak buah nenas buh petis bebanyak naaa.. perghhhh.......
belum lagi yang nampak segala jenis macam air semuanya dah beratur tanpa kusedari!!!

HadoIIiiiiiiiiiiii!!! mak TOooOOolooOongGGggg!! 

perghhhhhhhhhhhhhhh... tetiba i parkinson!!!!<< (menggigil tahap GGrrRrrrrrr....... ) muahahahaa :))

tak pe.. tak pe... setahun sekali... Insya~ALLAH tahun depan tak tahu nak ku heret semua kekanak tu lagi ke tidak! :))

akan di pertimbangkan :D


tu lah aktiviti i sepanjang 2 minggu kebelakangan ni bersama 'Anak-anak' i yang berderet tu hehee.. 
i bab melayan kekanak riang memang on aje! suka sangat!!!

antara tips untuk awet muda :D

okaylah sebelum i celoteh lebih meleret-leret lagi.. meh! ler kita reramai buat sejenis lagi kek.. yang simple dan mudah.. tetapi rasa dan baunya....

pergghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

dah kalau namanya cempedak kan kan... ;)

musim kat kampung i sekarang ni... i beli yang Gred A... sebiji RM27... isi ada 23 biji!! besar tiap buah cempedak tu adalah tiap seulas sebesar penumbuk! (penumbuk Nellysha :D 
 my PA tukang kira.. jadi sebiji sehinggit lebih... tak pe.. tak pe.. isinya memang tebal dan manisssss naa...

cempedak madu katanya... yer kan aje... :D


okay i buat satu adunan....

setengah adunan i masukkan dalam acuan cup cakes.. yang tu untuk kekanak riang... dan baki lagi satu adunan.. i masukkan dalam loyang berlobang tengah tu...

yang dalam acuan berlobang tengah tu... untuk yang remaja sahaja...:))

hihihihihihihihi


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN BASAH :

250 gm mentega
220 gm gula kastor
5 biji telur *saiz c
100 ml susu segar
1 sudu besar esen vanilla

BAHAN KERING : **ayak bersama

280 gm tepung kek
1 sudu teh baking powder
1/4 soda bikarbonat
1 sudu kecil garam

BAHAN LAIN :

400 gm isi cempedak *siat  


CARA :

Putarkan *BAHAN BASAH sehingga gula larut*campur semua*
Kemudian masukkan *BAHAN KERING* sedikit demi sedikit sambil memutar.
Setelah adunan sebati, masukkan *Cempedak yang siap di siat*
Kacau sebati dan masukkan sebahagian adunan  ke dalam acuan cup cakes.
Dan sebahagian lagi ke dalam acuan loyang biasa.

Bakar di dalam oven dengan suhu *170'C selama 15-18 minit *cup cakes.

Untuk

Adunan dalam acuan kek... bakar dengan suhu *170 selama 30-35 minit.
Setelah masak angkat dan hidangkan!!

TARRAAAAA!!!!!

Cake & Cup Cakes Cempedak


Perghhh.... bau dia... satu rumah semerbak!! 


rasa dia.... perghhhhhhhhhhhhhhhhhh... lemak dan berkrim..... :D


simple muai dan mudah nak di sediakan...

sesuai untuk hidangan minum petang atau majlis keramaian... ;))


kepada yang masih tercari-cari pasangan..
kek ini sesuai untuk di bawa kerumah bakal ibu mertua :D
 


panas-panas makan... pengsannNnnnnnnnnnnnnnn


selamat mencuba.. kawan-kawan.... << suara ala-ala upin & ipin



 Yaa... Tuan-tuan dan puan-puan sekalian..

inilah sebahagian rombongan cik kiah ye...

cuma ke Zoo Johor.. tapi riuh rendahnya macam pergi Hadnyai!

hehehe... ;) 

Jumpa lagi nanti.. salam sayang.. salam ceria..

jaga diri... and tq soOooOOooooo much for being my friends...

LUv you all... muahhhzzzzzzzzzzzzzzz <<< kissed sampai terlelap ;))

Assalammualaikum...

TATA!!!

Blue Berry's Pudding Happy New Year 2013

$
0
0

Assalammualaikum.... dan selamat sejahtera buat semua...

Selamat Tinggal 2012... dan Selamat Datang 2013..... 

Pejam celik.. pejam celik.. mata terkebil-kebil... :D

Diam tak diam.. tahun 2012 telah meninggalkan kita semua...

Terlalu banyak kenangan... terlaluu... banyakkkkk!!! 

yang pahit dan yang manis... semuanya kalau disingkap semula kisah sepanjang tahun 2012.. rasanya...tak habis setahun nak dikisahkan semula... :) 


Selamat tinggal 2012... selamat tinggal semua kisah lalu...

Selamat Datang 2013... semoga tahun ini akan menjanjikan sejuta kemanisan buat kita semua..

Wahai teman-teman yang kuhormati sekalian..

Di kesempatan ini Shahriah dan keluarga ingin mengucapkan..

Selamat Tahun Baru!!! Happy New Year!!!

Buat semua teman-teman yang kuhormati.. tiada yang terkecuali pon... :D


Asalnya dulu... tahun 2010.. i ingat lagi.. dengan hanya berbekalkan sedikit ilmu.. yaa.. tak yaa.. godeh sana.. godeh sini..
dalam reti tak reti menyusun ayat..
dalam reti tak reti nak snap dan edit gambar..
pastu yang kuedit tak ke haper-haper ayat..
tak pe.. tak pe.. usia mematangkan kita.. :D
bermula dengan 5 orang yang join blogs ini.. di mana...
kesemua 5 orang itu adalah suami, adik, i sendiri aje 2 kali tertekan 'JOIN' muahahahaa :)) dan anak..

dan lihatlah.. sekarang dah ada lebih 600++ yang join blogs dapur maya i yang tak seberapa ini...

**pencapaian yang membanggakan!! :D walaupun kengkawan blogger yang lain dah mencecah ke angka 60000 members tak ada ler kecoh macam i!! :D

Bermula.. dengan meter reading... dari angkat 1 pengunjung... i ler pengunjung yang pertama.. sendiri edit dan masukkan N3 sendiri jengah sendiri punya post! muahahaa... bukan sekali ehhh... banyak kali!!! macam jakon naa.. masa baru-baru ada blogs tau..

dan lihatlah sekarang ini.. berkat perkongsian rakan-rakan alam maya yang tidak pernah jemu... berkongsi maklumat.. di blogs masing-masing dan akhirnya..

Blogs.. masakan...

The Writer's Cooking

pengunjung yang tidak pernah jemu datang bertandang di dapur maya ku ini... lebih dari 300000++
bayangkan!!!

Wahai teman yang kuhormati sekalian terima kasih..

Terima Kasih... :)

**sayu tau ni sambil menaip**

Hukk.. hukk.. sebab usia bertambah satu angka!!!
tak pe.. tak pe... :D      


Kalau di tanya apa azam i tahun ini???

rasanya tak ada...

sama sahaja macam yang lepas-lepas... sebab i ni jenis yang cool dan sentiasa berfikiran terbuka dan malas nak fikir yang menyesakkan kepala...

i plan...

i akan buat dengan bersungguh-sungguh...

sampailah... BERJAYA...

yaa giteww.. lebih dari itu memang tak ada.. terima seadanya... :)


Walaupun i tidak menyusun azam untuk tahun 2013..dan tahun-tahun sebelumnya pun...

T.E.T.A.P.I<< tak perlu eja :D

yaa.. T.E.T.A.P.I

'DOA DAN IKHTIAR TANPA JEMU'

itu motto yang kupegang selama ini...

dan kejayaan semalam adalah berkat usaha yang tidak pernah jemu dan putus asa... itu sahaja... :) 

cuma... ada sesuatu yang i buat i F.R.U.S.T<< yang ini sila eja :D frust!!!! sangat!!

nak tahu apa??

**kisah bersambung** :D

Blue Berry's Pudding
    

BAHAN-BAHANNYA :

1 peket agar-agar segera *jenis serbuk
220 gm gula castor
1 litre air
200 ml susu segar
secubit garam
1 sudu besar perisa blue berry

1 peket buah blue berry

CARA :

Masukkan air, agar-agar serbuk, gula ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut. *sentiasa di kacau dan api sederhana*
Masukkan susu cair dan secubit garam, kacau sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian.
Bahagian satu biarkan putih susu.
Bahagian dua campurkan dengan perisa blue berry.
Sediakan acuan dan tuangkan adunan *terpulang yang Bahagian satu dulu atau yang Bahagian dua.
Masukkan beberapa biji blue berry ke dalam acuan dan biarkan sehingga set di dalam chiller.
Hiaskan bersama whipping cream dan buah blue berry.
Hidang ketika sejuk!      

TARRRAA!!!!!

Blue Berry's Pudding


Sejujurnya.. i buat puding Blue Berry ini pada petang 2012..
dengan cuaca hujan lebat di luar rumah..
cahaya pun suram sahaja...
jadi gambar tidak berapa elok..jadilah yaa.. dari tak bergambar baca aje celoteh i yang panjang berjela ni :D

Tak pe.. tak pe..

Yang penting.. niat i memang ikhlas nak berkongsi resipi ini khas buat semua teman-teman semua sempena tahun baru.... dan kalau you all baca N3 i ni.. i edit gambar dan masukkan N3 panjang lebor ceritanya dah macam cerita Hikayat Mak Limah Balik Kampung... tepat jam 1:36 am!!! 2013!!!

khas untuk semua teman-teman yang tidak pernah jemu datang bertandang dan meninggalkan komen.. dan tetap bersabar kerana i tidak berkesempatan BW dan membalas komen you olls..
busy.... cuti sekolah melayan anak-anak :D


Selamat Tahun Baru Semua!!!

Happy New Year My Beloved Friends!!!

cayang sangat kat you all... :D


Okay sambung kisah tadi tu... :))

i F.R.U.S.T sangat!!!!

sebab...

bukan main kerja keras nak turunkan berat badan... yang naiknya.. kalah saham ojol! naik mencanak...hampir 9 KG!!! dalam tempoh setahun...from 55kg <<< dulu and now >>>64kg!!

**perlu ke tulis??? ehhh....perlu untuk rujukan tahun 2014 takut terlupa apa yang i frustkan muahahaaa!!! :))

so azam yang tak berjaya 2012.. tidak mungkin akan kuulangi...

mungkin kerana faktor usia??

mungkin nak kena ke LONDON MANAGEMENT???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
TAK ADA M.A.K.N.A.N.Y.A!!!



as long as my Pak Habibi yang TEMBAMBOM tu still Maintain GEMS...

soOooooo..... tak perlulah i berlumba nak turunkan berat badan :D

**cakap orang frust** :D

Apa pun... terima kasih semua.. kerana sudi meluangkan masa membaca celoteh i yang agak 'terlampau panjangnya' rasanya ramai yang dah pening-pening lalat... 

tak pe.. tak pe.. ni first time i buat N3 ucapan selamat Tahun Baru.. tahun sebelumnya memang tak pernah :D


Muahzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz << gaya kissed sampai terlelap tahun 2013!!

Happy New Year 2013!!!!

Minta ampun dan maaf jika selama ini tutur kata dan cara Shahriah ada menguris mana-mana pihak.. sejujurnya langsung sekuman pun tak terniat...ya giteew :D

apa pun.. Ayuh! kita hadapi hari yang mendatang 2013 dengan satu tekad baru...

'Tempuhi Hari Mendatang Dengan Hati dan Fikiran Yang Terbuka'

~WALLAHUALAM~

sekian dulu.. 

jaga diri... terima kasih teman... sayang semua... muahzzzz....

Assalammualaikum...

**kissed di atas itu hanya UNTUK KAUM HAWA SAHAJA<<< AMARAN!** :D

TATA!!


Sosej Black Pepper Bersayur

$
0
0

 Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati sekalian... :)

Apa khabar semua? semestinya yang mana ada anak-anak bersekolah, hari ini semestinya agak kelam-kabut dan busy...

Apa taknya hari pertama persekolahan... samalah kita... ;))

Awal pagi i bangun.. bangun lebih awal dari biasa... semenjak dah ada PA ni... maka kerja semakin ringan.. hanya perlu pantau anak dara kerempeng i tu je bersiap ke sekolah.. menu sarapan pagi awal-awal i dah susun untuk semingu persekolahan...

Almaklumlah tinggal Nellysha je sorang yang bersekolah... sayu aje hati ni tau.. dalam hati dok ler berkata-kata.... dah besar dah Nellysha... lagi dua tahun dah masuk ke alam sekolah menengah.. dah remaja macam abang-abangnya yang dua orang tu...

pastu i dah tak ada anak kecik lagi dah!!!!

bab ni memang sebak sangat... mana nak cari baby???? ada sesiapa murah hati nak pinjamkan i barang setahun???? ATAU  selamanya??? hadoiyaiiponnn....... :))


Okaylah sambung kisah.. hari ini i masak lauk yang cukup simple.. menu untuk menyambut kepulangan Nellysha dari sekolah jap je lagi ni.. buat sosej, sup ayam kentang dan karot, peria goreng untuk i dan my PA yang lelain tu jangan ko harap nak cuit peria yang pada mereka macam makjon! muahahhaa... :))

sosej tu i buh sayur sikit.. hirisan kobis dan lada benggala@capsicum.. blackpepper tu buh tak ler berapa banyak takut kang ada Nellysha nak ke sekolah agama sakit perut hhehee... dah jom! masak!

Sosej Black Pepper


BAHAN-BAHANNYA :

6-7 batang sosej *potong 3 dan belah 4 hujungnya
1/2 sudu teh black pepper *corsed@separa hancur
1 mangkuk kecil kobis *potong kecil

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar seasoning
1 sudu besar kicap manis
garam secukupnya

Bahan Tumis :

sedikit minyak
1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
1/2 inci halia *hiris
1/2 biji cili benggala hijau *capsicum *hiris kecil
1/2 biki cili benggala merah *hiris kecil

CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan sosej dan goreng sehingga belahan kembang seperti bunga. 
Masukkan *Bahan Tumis sehingga naik layu.
Masukkan kobis dan black pepper dan gaul rata.
Masukkan sos tiram, kicap manis dan seasoning, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

 Sosej Black Pepper



simple dan makan bersama nasi putih panas-panas.. Ternaik!! i tell you olls :D


i ni kan bukan nak cakap apa.. bila memasak i tak reti nak mengunyah...
tapi tadi kan kan.. siap je angkat sosej tu..
wahhh!!! 3 keping sosej dah kucucuk dengan garfu dan telah ku telan dengan mata terpejam... << sedap benor ler tuh! :))

  
sekian dulu ajelah yaa... sambung nanti...

selamat menguruskan anak-anak pulang dari sekolah..

Untuk yang bekerja.. selamat menjalankan tugas...

jumpa nanti.. jaga diri...

Assalammualaikum..

TATA!!

Bun Dan Sambal

$
0
0

Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman baru dan lama... :)

Wahh.. nampak tak bun i yang bukan main cute mute tu? :)) yaa... asalnya memang tak ada idea nak buat cemilan apa untuk minum petang.. kisahnya inilah hidangan minum petang i.. tetapi pagi ini baru berkesempatan i share kat you olls :D

Di kampung i cuaca memang tak berapa elok.. sekejap panas, sekejap hujan.. my PA pun apalagi boleh di katakan separuh hari dok ler main 'Sorong papan tarik papan' **tempat sidai pakaian** muahaaa...:))

manjang sorong ke luar rumah.. ehh.. jap kang hujan renyai.. sorong semula ke dalam garaj.. mentari menunjukkan wajahnya << wah! ayat novel giteew ;) itu ajelah aktiviti my PA sepanjang beberapa hari ini...

cuma dengar ler suara my PA tu berteriak sayup~~~sayup kedengaran..dari bilik opis i tu... cenggini suara my PA..

"Ohhh!!... hujan lagi.... Ohh!!.. hujan lagi... Ohh!!.. hujan lagi..." << ulang banyak kali setiap kali dia dok menyorong ampaian kain-baju ke dalam dan keluar muahahahaa :)) cian dia... ;)


 ko buat apa sha??

Ishh.. i dok ler buat kerja penulisan i yang berlubur tu... :D
pulak semua date line sebelum pertengahan bulan Januari akan datang ni.. perghh... macam nak pengsan bekerja tulah.. cuti panjang, sekarang baru menyesal tak sudah lama benor gantung key-board i tu :D tidur sekarang ni pun kurang.. berjaga kekadang tu sehingga jam 3am.. lelapkan mata dan bangun sebelum subuh << bayangkan berapa jam i tido?? huaaaaaaaaaaaaaaa.... :(



tak pe.. tak pe.. <<< bukan i yang cakap... tak pe.. tapi my PA :D
 

Okay berbalik pada kisah bun i tu... rupanya bukan main cute lagi tu :D

ala-ala berketol giteeww.. susah jugak nak cari angle yang sesuai nak menggayakan bun i tu.. kalau silap snap aje memang rupanya agak menggerunkan *bentuk bun tuh!** muahahaa... ;)) 
positif! positif! Ngeeee :D

i ni tersilap timing.. bila dah ku uli adunan roti tu hadoii baru i perasan cuaca hujan pulak... dah sah! sah! doh tu lambat nak naik.. kalau biasanya ambil masa 2-3 jam.. hah! tak reti-reti cuaca hujan tambah lagi 3 jam untuk doh tu naik 2 kali ganda!

Tak pe.. tak pe.. oven ada.. panaskan dengan suhu paling sederhana, set FAN jangan lupa.. biarkan dalam 5-10 minit.. jap lagi naik ler doh tu.. pastu biarkan dulu dalam 2 jam kat luar.. nanti naik ler macam biasa :D


Bun yang i buat ni bun biasa sahaja.. semua kawan-kawan dah biasa buat di dapur memasing..

yang istimewanya bun i  kali ni, i masakkan sambal tumis bawang ikan bilis... buat sambal tu pekat-pekat, bawang buh bebanyak..ikan bilis pun banyak... dan buh gula lebih sikit...

Manis, pedas, lemak dek ikan bilis.. perghh.. tetiba bun i yang rupanya bukan main berketol tu.. terasa sungguh luar biasa!

pulak musim hujan! kunyah dan calit ke sambal tu masa bun tu masih panas-panas....

teruslah.. pengsannnnnnnnnnnnnnnnn selepas itew  **kekenyangan** :D

BUN DAN SAMBAL


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KERING :

600 gm tepung gandum
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
1 peket yis kering

BAHAN BASAH : 
**CAMPUR DAN KOCOK SEHINGGA SEBATI**

1 biji telur
100 ml susu segar *kurang atau lebih pepandai ler anggarkan masa menguli nanti ya ;)

~~~~
 
100 gm mentega

SAPUAN DI ATAS BUN :

1 biji telur
2 sudu besar susu segar

**KOCOK SEBATI**

CARA :

Satukan *Bahan Kering* dan gaul sebati. Lubangkan di tengahnya.
Tuangkan *BAHAN BASAH**gaul sehingga sebati.
Campurkan sedikit demi sedikit mentega semasa menguli.
Uli sehingga doh lembut selama 10 minit.
Tutup doh dengan kain lembap dan ketepikan sehingga adunan naik 2 kali ganda.
Setelah itu uli sekali lagi dan ketepikan adunan agar naik sekali ganda.
Kemudian bolehlah di uli kecil-kecil anggaran saiz *separuh bola ping-pong. Untuk bun di atas tu.. i uli dua ketul dan susunkan di dalam lubang acuan kek berlubang *12 yang telah di oleskan dengan sedikit mentega *acuan kek kecil*
setelah itu biarkan sebentar.

Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 10 minit, kemudian barulah di bakar selama 15-20 minit, mengikut saiz bun. 
Setelah masak angkat, dan sapukan di atasnya dengan telur yang telah dikocok dengan susu segar.
Bakar semula anggaran 5-7 minit. *keperangan*
Angkat dan hidangkan bersama Sambal Tumis atau Kuah Kari Ikan.
Bersedia di NGAP! :D

TARRAA!!!

BUN DAN SAMBAL


Harum semerbak satu rumah bau bun cecomey i tu... 
dengan rupa dan gaya baru yang entah kehaper rupanya... :))

comey apa! ;))


cantik tak gambar dapur di atas tu??

Hehhhee.. itu adalah projek i untuk tahun 2013....
 telah siap di tempah dan telah siap di ukur.. masih dalam pembikinan...
lebih kurang macam tu ler guper bakal my bakery kitchen cecewahhhhh.... kononnyalah :D

  di mana di situlah nanti i akan melakukan kerja membanting tulang doh atau apa jua kerja membuat segala jenis kuih-muih...
Insya~ALLAH bila dah ada dapur baru i tu.. semakin bersemangatlah i nak mencuba resipi baru dan semestinya bertambahlah idea nak mereka cipta resipi baru... ~Wallahualam~ 


Sekian dulu.. selamat mencuba resipi-resipi dari dapur i yang tak seberapa ini... semoga segala ilmu yang sedikit ini dapat di manfaatkan buat semua...

Terima kasih semua... jaga diri.. jumpa nanti...

Assalammualaikum...

TATA!!

Kek Tiga Rasa ~~ Syukur Alhamdulillah.....

$
0
0

Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua teman-teman baru dan lama.. terima kasih kerana masih sudi singgah dan terima kasih juga buat semua teman yang sudi join blogs dapur maya i yang sejak kebelakangan ini jap ada jap tak de...

Tak pe.. tak pe.. yang penting sekarang dah ade :D

Okay menghilang sebab i baru sahaja selesai mengedit 2 buah karya.. sebuah cerita kanak-kanak dan sebuah lagi buku resipi... kiranya buku resipi yang kedualah ni yaa..

Buat kerja last minute.. al-maklumlah kita kan baru lepas naik cuti sekolah.. key-board pun sama naik bercuti.. buat kerja pun main-main je... *selebihnya i main game di FB* :D
psst... jangan kasi tahu big boss i okeh ;))


Bila big boss telefon tanya... 

"Mana manuskrip??? bila nak hantar??? cepat!"

hitu dia... masa tu lah berdesup menyiapkan manuskrip yang terbior tak bersentuh...
menaip jangan ceritalah kelajuan mengalahkan monorel KL bak kata rakan penulis i yang sorang tu hehehe...
sampai laa bila nak menaip ni.. jari rasa macam cramped je.. tak pe.. tak pe.. SPA ada cecewahhh ;)


Ucapan ini i tujukan buat Big Boss i di Shah Alam tu..

"Boss... dah SIAP!! DAHHHH.........." << suara sangat eksen gitu okeh! :D

wah! bercakap sambil angkat tangan ala-ala RELA tabik hormat giteeww... :)

Syukur Alhamdulillah...Pheeww... lega sangat... bila dah selesai tu... ehh... tetiba rasa semacam ler pulak.. macam kosong aje..giteww... macam ada aje yang tak siap??

apa yang tak siap ekk?? lama jugak ku fikir-fikirkan kerja penulisan dah selesai... tu dia...

Dah lama tak jengah dapur!!! seminggu ni my PA je yang memasak.. i cuma tolong cikit2 je..


Pagi tadi i mintak tolong my PA keluarkan telur dan butter... nak tahu dia cakap apa?

"Dari kelmarin keluarkan.. masuk semula dalam peti sejuk..."

muahahaa... tu dia.. kali ni tak masuk semula dah telur dan butter tu..

maka petang tadi.. i pun membancuh ler satu adunan kek.. ala kek biasa aje.. i bagikan pada 3 acuan.. buat kecik-kecik jer.. jadi boleh agih-agihkan kerumah jiran kanan dan kiri... ;)

Kisahnya ni kiranya nak menghabiskan stok ler ni.. minggu depan dah mula nak stok bahan baru sebab tak lama lagi nak mula shooting.. i tak pernah share sebelum ini.. Insya~ALLAH kali ni i akan share pada semua.. macam mana i shooting yaa... *jika free* :D kisah bersambung..... :))

KekTiga Rasa

Blue berry
Oren
Coklat


BAHAN-BAHAN :

BAHAN A

250 gm mentega *1 buku
1 1/2 cawan gula pasir
5 biji telur *saiz B
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu besar ovelete

BAHAN B

2 1/2 cawan tepung kek

BAHAN C
 
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu besar perisa blue berry
1 sudu besar perisa oren

CARA :

Putarkan Bahan A selama 5 minit atau, gula hancur dan adunan sebati.
Masukkan Bahan B dan gaul sebati *i putar aje guna mixer :)
Setelah itu bahagikan adunan kepada 3 bahagian :

1 ~ blue berry
2 ~ oren
3 ~ coklat

**kalau tambah lagi perisa tukar nama kek tu okeh :D*

kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan loyang yang telah di oles dengan sedikit mentega.
Tuang adunan secara berselang-seli. lakukan sehingga selesai.
Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 25-30 minit *bergantung kepada saiz loyang*
Setelah masak.. hidangkan ;)

TARRRAA!!!  

KekTiga Rasa

Blue berry
Oren
Coklat
   


Tu dia... riuh jugak masa di wall Fan Page i tu...
sepanjang i membuat kek 3 rasa tu.. i post kat wall FB dengan HP aje...
wah! bukan main ramai yang menegur.. terima kasih kawan-kawan..
walaupun masa tu i terpaksa membalas dengan menggunakan handset.. terkial-kial ngko aii...
tapi pasal kengkawan yang melayan tu ler.. kek 3 ni siap dengan sempurna.. walaupun bukan main naik membukit di tengahnya.. suhu oven terlalu panas..
i pulak kesejukkan sebab hujan kat kampung ni hah! :))


Walaupun manuskrip i dah siap... sebenarnya i belum menarik nafas lega..
lepas ni sibuk pulak dengan pelbagai undangan..
dah tu dah kena bersiap sedia untuk shooting..
huahhh kisah yang panjang sepanjang Januari, Februari, Mac, April.... sibuk manjang 4 bulan akan datang ni...
Syukur Alhamdulillah Rezeki ALLAH SWT beri... Amin... :)

Walau apa pun.. niat ini hanya satu.. ingin berkongsi sedikit ilmu yang tak seberapa.. khas buat semua..

Terima kasih teman..:)

Jutaan terima kasih buat teman-teman yang tidak pernah jemu meninggalkan komen.. minta maaf tidak berkesempatan lagi nak membalasnya.. nak BW pun tak sempat.. *main game kat FB sempat pulak yaa?** << itu terapi stress ;)



sekian dulu.. sambung nanti.. nak kena update blogs i yang dah lama terbiar.. banyak kisah nak kongsi ni ;)

Jumpa lagi.. jaga diri.. 

Assalammualaikum..

TATA!!   

Mee Goreng Dan Ayam Goreng

$
0
0

Assalammualaikum... Selamat Sejahtera buat semua teman-teman baru dan lama..
terima kasih kerana masih sudi singgah di dapur maya ku ini.

Pejam, Celik.. dah tiba hari Jumaat...

Macam baru semalam 2012 meninggalkan kita... hari ini dah 11hb Januari 2013..

Cepat benar masa meninggalkan kita.. macam tak terkejar rasanya..


Hari ini i masak simple sahaja...

Malam nanti ada undangan makan malam... jadi masak yang simple forever... :D

Dah lama tak masak mee goreng.. asyik tertunggak dari  sehari ke sehari..

Dan kalau kengkawan perasan i jarang share menu mee goreng...

nak tahu sebab apa?? sebab kalau order di luar murah dan sedap :D

kalau masak di dapur sendiri memanglah lebih muai dan enak.. tapi siaplah memacam perabah yang di masukkan dalam mee tu kan kan.. :)


selain mee goreng.. ada juga ayam goreng...

buat ayam goreng sebab Nellysha tak berapa suka makan mee.. so my PA gorengkan ayam semuanya bahagian peha :D bukan sahaja untuk Nellysha.. untuk kami semua numpang sekali... okay lah tuh! ;))

Mee Goreng


BAHAN-BAHAN :

1 kg mee kuning        } lerai-leraikan, cuci dan toskan
4 keping tahu             } hancurkan
2 keping dada ayam   } potong dadu
5 tangkai daun sawi    } potong
150 gm taugeh
3 keping filement crab } potong 2
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
sedikit air
garam dan gula secukupnya
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
50 gm udang kering

CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan *bahan-bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan isi ayam, air dan filament crab dan masak sehingga ayam empuk.
  3. Masukkan tahu, kicap manis, sos tomato, gula dan garam. Sesuaikan rasa.
  4. Baru masukkan mee kuning, sawi dan kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan taugeh.
  6. Angkat dan hidangkan!   
 TARRAA!!!

MEE GORENG
 

Sedap??
Mau tak sedap... ;))


hidangan ringkas yang cukup menyelerakan..
jimat belanja dan masa...

Sesuai di hidangkan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam..

kan ke best tu! :)

AYAM GORENG


untuk resipi ayam goreng dah selalu i share sebelum ini...

bahan-bahan yang simple sahaja.. MY PA yang buat.. ikut resipi i sebelum ini...

cuma halia, bawang putih, ketumbar dan serbuk kunyit.. garam secukupnya...

perapkan selama sejam.. pastu goreng sampai garing.. :D


nak resipi ayam goreng.. silalah kais di bahagian kanan.. cari di bawah label..
Ayam Goreng Pelbagai Jenis.. :)


sekian dulu.. jumpa nanti yaa..

Ohhh!! COppp!! semalam seharian i dok ler meng update blogs i yang lagi 4 tu.. kalau sudi jengah-jengahlah yaa.. terima kasih.. ;)

KLIK SAHAJA kat bahagian atas sebelah kanan.. hah.. jumpalah nanti tu :D

Assalammualaikum..

TATA!!!

Viewing all 83 articles
Browse latest View live