Quantcast
Channel: The Writer's CooKING!
Viewing all 83 articles
Browse latest View live

Mini Pumpkin Muffin

$
0
0


Assalammualaikum...

dah katakan hari tu..


 lepas ni manjang resipi labu :D
 luncai tak de :))


Labu kampung sedang musim..
apa yang nak kubagaikan?

banyak dah idea... satu-satu ekk..;)

Mini Pumpkin Muffin


tersangatlah mini!

kecik momey comey... :D

besar syiling 50sen je tu tau.. awww :))

i guna acuan berlubang muffin yang paling kecil.


Dahlah comey..
lemak dan berkrim :D

Jom! masak! ;)

Pumpkin Puree


BAHAN & CARA :

1/2 biji labu *kupas kulit dan potong kecil.
air secukupnya untuk merebus.
1 sudu kecil garam.

CARA :

campurkan air dan labu *sama rap* dan campurkan garam *biarkan masin sedikit*
renehkan sehingga labu empuk dan toskan.
Masukkan di dalam pengisar atau lecek sehingga labu hancur.
Ketepikan.

Mini Pumpkin Muffin


BAHAN-BAHANNYA :


BAHAN A

1 + 1/4 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu teh serbuk buah pala *nutmeg* + 2 sudu besar susu tepung
**AYAK BERSAMA**

BAHAN B

1 cawan pumpkin puree *labu lecek
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur


CARA :

Panaskan acuan muffin terlebih dahulu di dalam ketuhar. Suhu 200'C selama 10 minit.

Campurkan kesemua BAHAN B dan gunakan whisker putar sehingga gula hancur.
Campurkan BAHAN B ke dalam BAHAN A dan kacau sebati.

Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar selama 8-10 minit.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

TARAAA!!!

Mini Pumpkin Muffin


Sangat mudah dan enak!

Muai sangat.. dapat lebih dari 36 biji!


lama dah tak membaking...

harum dapur i dengan bau muffin labu.... wahh! :D


sapukan dengan jem strawberry memang sedap!

i makan berbiji-biji!

memang sedapzzz :D

promosi bukan masuk lif tekan sendiri :))


nampak tak labu putih kat belakang muffin tu??

yaa... ku catkan labu yang berlubur kat dapur tu dengan cat kapur keler putih! :))

yang tu nanti i share kat blogs hobi i... KLIK SINI


Sekian sahaja dulu.... jumpa nanti..

Assalammualaikum...

TATA!!



Lempeng Labu Selamat Hari Raya Aidli Adha

$
0
0


Assalammualaikum... :)

Selamat pagi semua...:)

Wahh! mesti semua kawan-kawan sedang sibuk membuat persiapan raya haji kan? :D

samalah kita... ;)


Di kesempatan ini...

i ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adil Adha

Kepada semua teman-teman yang mengenali diri ini...

Mohon ampun dan maaf, jika ada terkasar bahasa dan tersilap cara.. minta ampun dan maaf...

moga hubungan yang terjalin di alam maya ini akan berkekalan selamanya.. Amin...

~Wallahualam~


sambung cerita :))

Okay selagi labu tergolek-golek kat atas meja dapur tu..

maka akan sentiasalah ada resipi labu di dapur maya i ni ye :D

sarapan pagi tadi... ;)


Nasi semalam banyak berbaki lagi...

i gorengkan...

Nasi Goreng Telur Butter.. resipi nanti i share ehh... ;)

Lempeng Labu


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
sedikit garam
1 cawan labu lecek@pumpkin puree UNTUK RESIPI KLIK SINI
air secukupnya
1 biji telur

mentega untuk lengser di atas kuali

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau rata sehingga menjadi batter yang pekat.
Lengserkan kuali non-stick bersama sedikit mentega.
Tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali, ala-ala membuat pancake.
Masakkan kedua-dua bahagian sehingga keperangan!
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Lempeng Labu


simple dan enak.. ;)


Lawankan pulak dengan gulai semalam..

perghhh... hilang mata hitam!

:))

teh tarik jangan lupa!

Slurppp Ahhhh.... :D


labu banyak lagi... lepas ni manjang resipi labu aje ekk... ;)


BRUNCH... kenyang sampai ke petang nanti... :)


Selesai sarapan...

i akan turun ke dapur..

buat persiapan untuk hidangan Hari Raya Aidil Adha..

i masak simple..

esok pagi selepas kaum adam pulang dari solat raya...

i akan terus berangkat ke rumah adik ipar.. kami pakat beraya di sana..

Bonda tak ada... nun beraya di Melaka... ;)

jap tadi Bonda called... dia masak nasi tomato.. waduh! bestnya...

tak pe.. tak pe.. tak dapat ke sana... nampaknya..

sibuk... kononya :D


i masak ketupat,

rendang ayam pencen,

kari daging,

sambal goreng...

Insya~ALLAH nanti i share yaa.. sebab dulu Aidil Fitri tak dapat share sebab busy melayan tetamu jadi tak sempat nak snap gambar..

Raya Haji tak busy kan kan.. :D

nanti i snap gambar banyak-banyak ehh... ;)


Roses yang mekar tu i petik dari kebun rose i...KLIK SINI

wah! sekarang tak perlu beli bunga rose lagi dah.. :D

Sekian... jaga diri.. selamat berhari raya bersama keluarga dan teman tersayang...

cayang kat semua! muahhzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz <<< kiss sampai terlelap :D

Assalammualaikum,

TATA!!



Kerana Ketupat.......Hidangan Di Pagi Raya Aidil Adha 2012

$
0
0


Assalammualaikum... :)

Selamat Hari Raya Korban khas buat semua teman-teman.. tahun ni tak korban.. tahun lepas 2011 ya.. so kali ini Hari Raya Korban di sambut simple tetapi cukup meriah... :D

Awal lagi dah cadang kami semua akan berkumpul di rumah adik ipar *belah Pak Habibi* dia masak-masak dan i cuma datang bawak perut kosong! :D

cadangan awalnya lah kan kan... ;)

dengan alasan.. i malas nak mengecah dapur... boleh gitew? :D


nak membaking pun malas :D << pengakuan sangat jujur ;)

kalau boleh nak beli je kek kat kedai Season dah... bawakkan sekotak ke rumah adik ipar... ;)

sampaikan kat meja pun i selitkan cup cakes batu :))

tak boleh di makan.. hanya untuk jamu mata aje :D


serius ni ehh... cadangan i sejak beberapa hari yang lalu..

dah bincang dengan Pak Habibi dan anak-anak i..

"Momma buat air... hidang cookies yang ada dalam balang... selepas pulang dari solat raya... okay tak? lepas tu kita terus bertolak ke rumah ibu." << adik ipar i.. :D

semua cakap okeh! wah! bagusnya.. ;)


Tapikan.. dah namanya orang melayu.. kampung pulak tu..

terbayang-bayang wajah ketupat nan ayu itu.. terus ler kecur.... :D


perghh... petang raya masa nak ke bandar tu.. ternampak pulak!

kelongsong ketupat! bergayut-gayut giteew...

terus ler..

ScrEEETtttttttttttttttttttttttt...

beli 50 biji kelongsong ketupat! :D



terus ler ke pasor cari bahan-bahan memasak..
terbayang-bayang....

rendang dan ketupat tak dapat di pisahkan... ;)


Hah! masakkan rendang daging...

tengah malam memasak ;))


Pak Habibi pulak outstations petang tu..

terjumpa lemang...
hah! beli dua batang...

sekali ku kupas batang lemang tu.. perghh.. berkerak!

keras pulak tu.. lemak langsung tak de! :(

tetiba teringat kat lemang Arwah Ayah.. AL-Fatihah... 


kerana ketupat...

i masak pulak kari ayam pencen...

kuah pekat....


kentang lebih!

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


ada pulak petai besor macam syiling 20 sen!

beli 6 papan.. semua ku potong.. masukkan dalam sambal goreng...

perghhhhhhhhhhhhhhhhhh


mujur ada anak dara sorang...

ajak teman i di dapur.. mujur tak sekolah..

Nellysha dak kerempeng tu laa.. yang tolong i potong tempeh!

kat lengan tu penuh dengan getah tempeh!

power katanya bila nak potong tempeh... :))

laju memotong tu.. pisau kecik khas untuk dia.. bakal junior masterchef Malaysia tu ;)


gara-gara kelongsong ketupat....

dah jadi ketupat...

guna beras siam*wangi.. halus dan gebus youu.. ;)


sambal goreng tu pulak penuh dengan hati dan pedal ayam..

waduhh.. kentang lebih, sohoon lebih, petai terlebih-lebih..

pengsan! i tell you olls :D


yang rebus ketupat ni anak-anak bujang i yang dua orang tu..

rebus 3 jam.. sambil menunggu ketupat masak..

duduk berdua beradik tu sambil layan lagu :))

bukan lagu raya :D

semuanya kerana kelongsong ketupat..

menjadi!!!


Sambal goreng.... ;)


Rendang daging ;)

pedas giler!


dan kari ayam pencen... ;)


Maka dengan itu.. hidangan pagi raya Aidil Adha kami sangat bermakna...

sementara menanti kaum adam pulang dari solat raya..

i belai-belai pokok2 bunga i kat porch tu....

tetiba.........................


i jadi bidan terjun tak pasal-pasal pagi raya tadi tau!!!!!!

suspen!! hampir pengsan dan pitam!!!



SEKIAN SAHAJA...

Fobia masih belum hilang lagi... :D

Assalammualaikum..

TATA!!


Kerana Kacang Panjang.. Nasi Lemak Ku Masakkan...

$
0
0


Assalammualaikum.... :)

Selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang... :D

Sarapan apa pagi tadi? Masak apa tengahari nanti? ;)

i awal-awal pagi dah tanak nasi lemak..

dah lama tak masak nasi lemak bungkus daun pisang dan surat khabar lama :D


Masak nasi lemak 3 pot sahaja... cukuplah yang ada di rumah ni pun cuma 4 orang aje.. tu pun tak habis.. kiranya masak untuk tengahari ler ni..

sebab petang dah nak menjengkit ke suatu destinasi :D


Tu dia.. nampak tak kacang panjang i yang bergayut tu???

yaa.. hasil tanaman kat kebun mini i tepi rumah tu hah!

kerana kacang panjang ni ler.. i tergerak hati nak masakkan nasi lemak..

:D




NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG SURAT KHABAR LAMA :D

bahan-bahannya :

3 pot beras siam
santan pekat secukupnya
sedikit garam
2 batang serai *titik
2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia *hiris
2 helai daun pandan *siat dan simpul
1 sudu kecil halba

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan tanak di dalam periuk nasi letrik.
Setelah masak, bungkuskan ke dalam daun pisang dan alaskan dengan surat khabar lama.

TARRAA!!!!

NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG SURAT KHABAR LAMA :D


Lemak, harum dan enak!!! ;)


lawankan pulak dengan kari ayam semalam masih banyak berbaki..

waduhhh... enak bangat dongs!


tumiskan sambal tumis telur bersama ikan bilis..

kuah tu biar pekat, pedas dan manis!



confirm terangkat!!!!


anak ikan bilis goreng jangan lupa taw! ;)


kacang panjang segar dari ladang pun jangan lupa di celur!

ulam nasi lemak terbaik!


sekian sahaja selamat bersantai hujung minggu,

Jaga diri... senyum selalu...

Assalammualaikum..

TATA!!



Sup Daging Korban Pak Habibi Cooking Without A Recipes Cicah Roti Susu

$
0
0

Assalammualaikum.. :)

Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya dalam menempuhi kehidupan seharian kita... :D

hidangan sarapan pagi i tadi... baru ku kongsikan tengahari ini.. :D



Sambil menaip ni nafas termengah-mengah :D

baru turun ke tanah angkat kain jemuran! tetiba sahaja hujan turun...

taklah lebat.. wehhsss... tapi penat ngko aii.. menjemur pakaian awal pagi tadi :D

sengaja i lari turun tangga tadi laju-laju :))

dengan motto.. dapat jugak baka2 1/2 % lemak i yang tepi celah pinggang tu! muahahhaaa :))

SUP DAGING KORBAN PAK HABIBI

COOKING WITHOUT A RECIPES :D


semalam petang i ada urusan di luar...
bila balik aje.. mood nak memasak memang ler ke laut! ;)

daging korban yang dapat lebih kurang 2 bungkus *anggaran 2 kg* dah ku keluarkan dari peti sejuk sebelum keluar...

So bila balik je.. termenung tengok daging yang dah lembut, tadi beku :D

Serius... ni... weh!

rasa macam nak simpan semula.. tetiba Pak Habibi i yang tembamBOM tu mengofer ler dirinya nak masakkan daging korban tu...

wah!! berita baik!

"You duduk atas... nanti dah siap i panggil.."

Terus lap lap i bertambah kat Pak Habibi i tu taw.. :D


semalam singgah di kedai bakery SDS...

so i borong banyak naa... roti.. memacam jenis...

terus ler dapat idea pagi tadi...

sup daging korban yang Pak Habibi i masak without a recipes tu... cicahkan dengan roti susu..

waduhhhhh serius hilang mata birut i *acctually hitam* guna kanta lekap biru tu yang biru jadinya! :))


Roti susu tu i panggang sikit atas kuali...

baru cicahkan ke kuah sup daging korban tu..

perghhh.... sedap ngko aii... ;)


Memula sekali ambil beberapa buku roti susu.. 
belah dua dan panggangkan di atas kuali non stick..
api sederhana yaa...


anggaran keperangan...
angkat ler yerk.... 
jangan lelama.. terlalu garing pun tak sedapz :D


apalagi... cicahkan ke dalam kuah sup daging korban Pak Habibi i tuu...

i makan 2 buku!!!

manalah tak tembamBOM!!!!

hadoiiii ;))


masih banyak berbaki kuah sup daging korban tu...

malam tadi Pak Habibi celurkan markaroni..

so dinner kami malam tadi.. sup daging korban Pak Habibi yang sedap giler tu....makan dengan markaroni..

bukan main puji lagi anak-anak Pak Habibi..

i lagi ler puji... kasi UP! UP! sikit...

psttt dengar cerita malam ni dinner Pak Habibi nak masak lagi untuk kami...

masak apa??

nanti ler.. i share :))


SlurpPPppppppppppppppppppppppppp....... ;)


AahhhHhhhhhhhhhhhhhhh.... Syukur Alhamdulillah.. :)


sekadar berkongsi idea..

yang mana nakkan resipi sup daging tu...

silalah kais di bawah label.. *Daging*


Sekian sahaja perkongsian kali ini...

Mood membaking ada marilah!

jumpa lagi!

Assalammualaikum..

TATA!!


Caru Panggang Belah Belakang Enak!

$
0
0

Ikan Caru Panggang Belah Belakang

BAHAN-BAHANNYA :

3-4 ekor ikan caru segar 
sedikit garam
sedikit minyak

CARA :

Cuci bersih ikan caru dan belah belakangnya. *seperti membuat caru sumbat.
Lumurkan dengan sedikit garam ke seluruh ikan.
Perapkan sebentar.
Panggang di atas grill dan renjiskan dengan sedikit minyak!
Angkat dan sedia di hidang!!

TARRAAA!!!!

Ikan Caru Panggang Belah Belakang


Nampak tak tu?
biasanya i tak belang pun belakang ikan tu, ubah sikit dan hasilnya lebih MANTOP! :D


jangan lupa sambal pencicah ikan caru panggang kita tu ye :D

hiris bawang besar
hiris cili padi kampung
sedikit air asam jawa
kicap masin

gaul sebati dan sedia untuk di cicah! :D


Lemon jangan lupa.. perahkan atas ikan tu..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

hilang mate kelabu i :)) *kanta lekap* :D

Ikan Caru Panggang Belah Belakang


SIMPLE DAN SEDAP! ;)


Jangan lupa singgah Blogs penulisan i di sini...

senarai nama resipi yang terdapat di dalam buku resipi..



Jumpa lagi nanti ye :D
Jaga diri... ;)


sedang sibuk dan asyik mengerjakan... sesuatu..

Khas untuk Birthday Party Nellysha... 9 Years :)

lebih 15 menu yang bakal i sediakan khas untuk para tetamu yang bakal hadir :D

dengar cerita 100 tetamu yang bakal hadir!

pengsan!!!

Assalammualaikum...

TATA!!


Chocolate Ganache Cake Happy Birthday Azellea Nellysha 9 YRS PART (1)

$
0
0


Assalammualaikum.. :)

Apa khabar semua.. maaf sebab beberapa hari tidak bersiaran.. terlampau sibuk tahap kritikal ;)

Semuanya gara-gara memenuhi permintaan my princess yang sorang tu.. *anak koret2* :D

Happy Birthday Azellea Nellysha!

Dah 9 tahun dah dia.. pada 31 Oct 2012 :)


dan majlis berlangsung secara kecil-kecilan tetapi meriah..
 Syukur Alhamdulillah..:) BBQ Party ;)

di hadiri oleh keluarga terapat dan teman pejabat Pak Habibi sahaja...

kerana pada awalnya langsung tak cadang nak celebrate bday Nellysha di rumah.. awal plan dulu nak celebrate di Mc Donald sahaja... *bday party*

boleh pulak menyimpang 300 darjah!

yaa.. BBQ Party :D


9 tahun... dah...

kali ni i buat kek ikut apa yang Nellysha impikan... :D


"i wish... i wish... i wish...."

*wish celah belon!* :))


*permukaan kek nampak berpeluh sebab baru keluarkan dari chiller* ;)

dia nak kek coklat...

ada nama penuh dia..

kat sekolah teacher panggil dia Azellea... dan bukan Nellysha...

so dia nak nama penuh dia ada atas kek!

perghhhhhhhhhhhh...

maka ku cocokkan aje giteew... :D


"Nelly nak star banyak-banyak atas cake!"

maka ku taburkan decoration sugar atas tu muahahaa... nak memiping tak kuasa :D


"and i want.. pink colour ribbons for the icing!"

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

your wish came true :))


pengsan maknya yang membikin ni yerk... buat sesama :D


Nellysha happy giler... :D

Syukur Alhamdulillah.. Nelly suka momma pun suke nak aii... ;)

CHOCOLATE GANACHE CAKE


BAHAN-BAHANNYA :

250 gm butter 
250 gm gula castor
4 biji telur *gred A
1 cawan full cream milk
1 sudu besar vanilla

BAHAN-BAHAN DI AYAK* :

250 gm tepung kek*
  1 sudu besar baking powder*
  1/2 sudu teh soda bikarbonat *
 1 sudu teh garam halus + 1/2 cawan serbuk koko *terbaik*

CARA :

Putarkan mentega bersama gula sehingga kembang *atau gula hancur*
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang.
Masukkan susu dan putar sehingga sebati.
Masukkan *BAHAN AYAK* sedikit demi sedikit sambil memutar.
Setelah sebati, masukkan ke dalam acuan loyang yang telah di alaskan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit mentega.
Bakar dengan suhu 180*C selama 45-50 minit, atau sehingga kek masak. 


TOPING CHOCOLATE GANACHE :


Bahan-Bahannya :

500 gm button dark chocolate
500 ml whipping cream

CARA :

Panaskan whipping cream di dalam periuk kecil sehingga mendidih di tepinya.
Angkat dan tuangkan ke dalam coklat button.
Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
Rehatkan dalam sejam di dalam peti sejuk.
Kemudian tuangkan di atas kek coklat yang telah di sejukkan terlebih dahulu!

TARRAA!!!

CHOCOLATE GANACHE CAKE


Syukur Alhamdulillah...
selesai akhirnya... :)


Kek coklat tu i buat extra then dan jadikan cup cakes... toppingkan dengan animation fondant icing...

Boboboi dan juga Anna Muslim :D

as Nellysha idea's :D


dapat 35 biji!

sebelum di hias i dan Nellysha makan sorang sebiji..

so dapat 33 bijik! muahahahaaa :))



tu anak saudara sepupu i... awal2 dah tepikan..

jangan ko hambik!

aje memang dia babap dengan belon! man belon! muahahaaaa :))


bukan sebuku kek yang i buat..

kek chocolate ganache tu i buat untuk first group* opis Pak Habibi..

yang kek di atas merah menyala tu... red velvet..

untuk group yang kedua.. *datang sebelah petang*

sambung nanti..

banyak gambar yang perlu i edit.. layan dulu yang ini ya... ;)

untuk kisah sepanjang majlis nanti i share di blogs i yang satu lagi... bagi i masa untuk edit gambar :D



i dah sediakan kisah Bday Nellysha ni dalam satu folder khas..

Birthday Party Nellysha 2012



Panjang bab ni :))

macam kurang kerja kan kan..

tak pe.. tak pe.. kepada yang sudi membaca tu terima kasih ya... cayang kat you all semua muahhhzzzz <<< kissed sampai terlelap! :D

Sekian sambung nanti Part 2..

Assalammualaikum...

TATA!!



BBQ Party PART 2

$
0
0


Assalammualaikum.... :)

Apa khabar semua... minta maaflah yaa.. tenggelam-timbul je semenjak dua menjak ni..

ni sambil menaip ni... dok menahan sakit gigi!!! pelik tul! dah tua-tua gini gigi geraham nak tumbuh lagi.. hadoii.. dah 2-3 malam tidur tak lena.. makan ubat pun tak jalan... 

tetap bersyukur... maka terhapuslah dosa-dosa kecil... wallahualam :D

sambung kisah ler ni yerk... nak menaip panjang lebor pun idea kering ;)

so kita teruskan dengan PART 2...
 sepanjang majlis Bday Nellysha yang ke 9 tahun...


terima kasih kepada kawan-kawan budiman yang sudi meninggalkan ucapan selamat hari jadi buat Nellysha... nanti bila dah reda sakit ni.. i akan buat N3 khas buat you all... tq so much :)

harap maklum gambar agak terhad.. maklumlah.. semuanya i nak kena uruskan.. ke mana pergi camera tetap tergantung celah leher.. snap mana yang sempat je... ;)


sepanjang majlis BBQ Nellysha tu...

i buat simple aje... senang dan mudah!

sebab semua bahan-bahan tu fresh i beli di pasar maka dengan itu i memutuskan untuk perap segala bahan tu dengan bahan yang cukup simple....

Contohnya untuk Kepak ayam tu..

i cuma marinate kan dengan serai, bawang putih, paprika, gula dan garam...

gaul rata dan perap semalaman.. hujung jangan potong.. itulah yang sedap di kunyah!

Untuk kambing...

i just perapkan dengan dijion mustard, honey, black pepper dan sedikit garam.. perapkan semalaman..

rasanya meleTOP!

tak caya cecuba... :)


pari tuka... *anak ikan pari*

i borong segar ikan baru turun dari bot..

i borong banyak naa....

sebab dia masih fresh.. i just marinate dengan garam.. dahh...

bila panggang.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


jangan lupa rendamkan serai titik di dalam minyak..

masa memanggang tu renjiskan di atas ayam atau kambing tu... waduhhh sungguh beraroma i tell you!


BBQ kat dalam Porch...

sebab i dah agak petang tu pasti hujan lebat....

berasap!!!!! terpaksa pasang 3 kipas untuk halau asap tu keluar! muahahahahaaa :))

halau tu yang tak boleh angkat! ;)


Oh! ya.. sotong pun ada... sama jugak perapkan dengan serbuk kunyit... kisarkan halia bebanyak... buh garam.. dah.. perapkan semalaman..

bila lama di perap.. jangka masa untuk memasak sangat cepat!


tu dia kepak ayam serai i yang sedap gilersssss...

mereka yang cakaplah... awww malu aiii :))


bermacam jenis juadah yang i sediakan...

untuk lebih panjang lebor kisah...



DAN... betul.. petang tu hujan turun dengan lebatnya!

mujur dah sediakan payung sebelum hujan :)

maka majlis BBQ berjalan dengan lancarnya... tanpa seorang pun yang basah kuyup! :D

sekian... sambung nanti...

sakit gigi mak tOloOOooNggggggggggggggggggg!!!

Assalammualaikum...

TATA!!



Cuaca Tak Menentu Ini Menu Yang Terbaik! i tell you Olls giteww...

$
0
0

Assalammualaikum... :)

Cuaca tak menentu.. kekadang tu di kampung i.. awal pagi dah hujan lebat.. tengahari panas terik.. ehh.. tetiba.. pagi panas terik.. petang dia hujan lebat sehingga ke malam.. hujan malam tu yang best :D

i masak simple khas untuk cuaca yang tak menentu :))

sayur bening kacang panjang + bayam gajah + selasih
kesemuanya i petik tepi rumah.. buh bebanyak naa daun selasih tu.. waduhh harummm gitewww baunya you ollss ;))


tu dia pokok kacang panjang yang Pak Habibi TembamBOM i tanam..

dah membuahkan hasilnya..

semai tak banyak.. 5 pokok je..

sekali dia berbuah!!!


hamik ko! :))


awww! nampak tak Aliff Bom! BOM! anak sedara i tu.. ya ada di rumah ni.. ponteng sekolah awal dengan alasan musim hujan kasut sekolah basah! gasak! muahahahaaa :))

yang Aliff pegang tu petikan semalam.. dah ku gorengkan dengan cendawan.. waduhhh segar-segar giteew.. goreng jangan lelama.. cempak angkat dah.. pastu ngap! Bismillah jangan lupa baca taw! awww :))

dan pagi tadi cuaca cerah... i ajak Aliff petik lagi...
dan pasal cuaca cerah.. i masakkan...

BENING KACANG PANJANG+BAYAM GAJAH+SELASIH


BAHAN-BAHANNYA :

1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
10 biji lada hitam

*bahan di atas di tumbuk lumat*

air secukupnya
garam
bayam gajah secekak
kacang panjang terbaik dan segar dari ladang secekak
selasih segar dari ladang secekak

amboii main pakai cekak aje yerk :D

CARA :

renehkan air bersama *BAHAN TUMBUK* sehingga mendidih.
Masukkan kacang panjang dan bayam gajah, kacau sebati dan sesuaikan rasa.
Akhir sekali masukkan daun selasih, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

BENING KACANG PANJANG+BAYAM GAJAH+SELASIH


SluuUuuurrrPPppppp ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... :D


jemu dengan ikan dan ayam..

telur adalah penyelamatnya di kala cuaca yang tak menentu macam ni...

sambal tumis telur + ikan bilis

dah....


sambal tu kalau berbaki.. petang nanti calitkan dengan roti putih..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


ikan kering gelama jangan lupa..

lawankan dengan bening dan sambal tumis telur tu perghhhhhhh


sekian sahaja perkongsian..

menu dan resipi orang kampung macam i yang duduk terceruk celah kampung tu hah!

inilah yang terbaik.. ehh dulu dok bandor KL tu pun.. lauk ni jugak yang ku sesah! belum cerita masa dok Germany dulu i masak apa! ;))



sekian jumpa lagi yaa... jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!


Fried Beef Penne Special.. Because Of YoUuuu... Ya Giteew... Cecewahhhhh

$
0
0


Assalammualaikum... :)

Emboi.. Emboii... tajuk ke main lagik!

agak hotz giteww... ;))

Okay inilah hidangan i tengahari Jumaat tadi...

keputusan idea nak masak apa.. manjang nasi.. jemu dah weh!

nama pun penulis kan kan... so carilah idea.. selongkar dalam almari apa yang ada.... :D


Terjumpa Penne Pasta!!

amboi.. terjumpa tu yang tak leh nak angkat! :))

so masa dok menepuk2 peket pastu.. dalam hati dok berfikir.. apa yang nak ku bagaikan pasta ni??

kat rumah i ni ramai beno yang berpantang larang! menci tullah! grr...

ada yang tak suka sayur! << Pak Habibi TembamBOM! grr...

ada yang tak suka paste tomato! <<< dak kerempeng Nellysha...

ada yang suka semua!!!! << i dan Abang Aemir.. bonda tak de.... kat Melaka... Abang Amin tak de... kat kolej... :))

kais lagi idea...

pergi kebun mini i tepi rumah tu..

tengok apa yang boleh di bagaikan... :D


ya... pokok cili capsicum kerdil i berbuah dengan lebatnya!!!!

musim hujanlah katakan...

tu dia sekali berbuah!

kalau tak kerana penne tu aje memang cili capsicum tu dok kering camtu jerk :D


petik mana yang dah masak ranum....


petik pulak cili hijau yang sedang galak berbuah... :D

i love cooking pasta with basil.... ;)


dan inilah hasil petikan tepi kebun mini i tu... tak perlu ke pasar.. ;)


pasta with lemon??

yumeehhhh :D

Fried Beef Penne Special


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket penne pasta ~ celur dan toskan.. kepikan dalam secawan air rebusan pasta tadi
400 gm daging cincang *Ramly

2 biji bawang holand *dadu
8 ulas bawang putih *dadu *i pencinta garlic* :D

6 batang cili hijau *potong
6-7 biji cili capsicum kerdil merah *potong

secekak daun selasih
1/2 biji lemon *ambil jusnya
cracked pepper
cracked black pepper
sedikit garam
minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan 2 jenis cheese ~parmesan+ mozarella

CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
Tumiskan : bawang holland, bawang putih, cili hijau dan capsicum sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging bertukar kecoklatan.
Masukkan air rebusan pasta dan renehkan sebentar.
Masukkan penne, dan sesuaikan rasa.
Akhir sekali sebelum di angkat, masukkan daun selasih, cheese, gaul rata dan hidangkan!

TARRAA!!!

Fried Beef Penne Special


SEDAP TAK???


Cecuba.. cecuba :D


simple made easy.... yet delicious! ;))


sekian dulu perkongsian kali ini...

jumpa lagi.. jaga diri yaa... ;)



Assalammualaikum...

TATA!!


Raga Misteri Dan Hasilnya....(Hasil Dari Kebun Mini)

$
0
0

Assalammualaikum... :)

Selamat petang semua.. :D

N3 yang sepatutnya masuk pagi...
 tetapi petang baru di masukkan... :D

maklumlah sibuk.. anak-anak dah mula cuti sekolah.. semua berkumpul di rumah.. riuh sikit rumah ni... kalau tak sepi je... seronok betul! :D

Okay... nampak tak raga yang penuh tu?

Yaa.. tu ler raga misteri i :))

hasil petikan dari kebun mini i tu... :)

**Dan selepas ini akan menyusul pelbagai lagi N3 Raga Misteri dan i dah siapkan Folder khas.. di bawah lebel... 'RAGA MISTERI' cecewahh.. hasil dari kebun mini i tu.. ;)**




Raga misteri yang kosong..

hanya ada gunting...;))


Dan hasilnya.... Raga Misteri dah penuh sesak dengan memacam bahan semua petik tepi rumah..

petik apa yang ada.. pastu baru fikir apa yang nak di bagaikan...

wah! dah macam gelanggang masterchef pulak.. peti saji misteri! :D

okay jom! tengok apa yang ada dalam Raga Misteri i tewww ;)


Musim hujan sekarang ni...

so pokok selasih i yang ada lebih 7 rumpun bukan main segar dan rimbun... petik banyak-banyak... nak masak apa??
tu nanti ekkk.... ;)


Tu.. dia terung panjang pendek! aww...
terung pun lebat berbuah..


kacang panjang... ohh.. kali ni i petik yang agak muda..
goreng sedap ni!


daun kunyit.. kalau nak berniaga pasar malam pun boleh..
dah sekebun merebak... amik daun je.. isi kunyit minggu lepas dah amik.. ;)


Opps!! nampak tak serangga yang molek je posing celah bunga rose i tu??

hadoii sekarang ni... semua pokok2 bunga rose i habis di makan serangga...

dan sempat pagi tadi spray kan dengan racun serangga.. :(



Bunga pun tak molek.. daun lagilah habis berlubang...
i petik adalah dalam 6-7 tangkai.. ;)


Pucuk daun bayam gajah.. 
petik sikit je.. semalam baru makan.. jemu ler pulak.. ;)


Cili hijau.. pun banyak berbuah...


Kacang bendir... terkonteng-konteng!!
hasil buah yang pertama dari lebih 40 pokok yang Pak Habibi tanam... nanti i buat N3 khas untuk pokok kacang bendir i tu yaa..
lepas ni manjang resipi bendir je ler.. fav i ni taw! aww ;))

DAN HAsilnya.............


Tu dia.. hasil masakan dari Raga Misteri i tu... ;)

SAYUR GORENG CAMPUR...


Kacang panjang, terung, bayam gajah....
Tumiskan dengan bawang merah, bawang putih, hirisan daging, cracked black pepper dan sedikit garam..
goreng dan hidangkan...

segar dan enak i tell you olls.... :D


GULAI DAGING SELASIH


Slurppppp........ ahhh....


Nampak tak kacang bendir yang ada satu terkonteng-konteng celah gulai tu? :))


Sambal Belacan Cili Hijau.... ;)


Jambangan Bunga rose dari Roses Garden yang i petik tadi tu...

ada bunga reben ku ikatkan celah balang tu..

wahh... baru beli ke?? << Pak Habibi i tanya! muahahahhaaa ;))


Sekian sahaja... Untuk Resipi Gulai Daging Selasih... bakal menyusul...

Insya~ALLAH selepas i uruskan kerja i yang bertimbun-timbun depan mata ni hah! :D

sekian dulu.. selamat bersantai hujung minggu..

selamat bermesra dan berkumpul dengan keluarga di rumah.. :)

Assalammualaikum...

TATA!!



Gulai Daging Selasih Resipi Istimewa Daging Korban

$
0
0

Assalammualaikum... Ya.. seperti yang di janjikan... resipi baru dari dapur The Writer's Cooking... ;)

Gulai Daging Selasih Resipi Istimewa Daging Korban...

cukup manis sekali..;)

Kais-kais dalam peti sejuk.. ada lagi sepeket daging korban kiranya stok penghabisan ler ni :D

Syukur Alhamdulillah dapat pulak bahagian batang pinang.. jadi dah tentu-tentulah dagingnya lebih manis dan mudah empuk.. pulak ada lemak terselit celah daging tu.. perghhh....

terus ler kecur jam tu gak!

buat gulai sedap ni!


terus ler capai RAGA MISTERI i tu.. terus ke tepi rumah..

masa ni tak dapat lagi idea nak masak apa.. ingat nak buat gulai daun kesum.. dah biasa yer tak... ;)

yang mana terlepas N3 RAGA MISTERI i tu..



tu dia.. dapat idea dari daun selasih yang rimbun dan segar tepi rumah... terus petik dan terus ler dapat idea..

masa ni hati dok ler berkata-kata... sedap ke eekk???

masak gulai daging buh daun selasih??
cecuba-cecuba.. <<< cakap dalam hati sesorang :D

GULAI DAGING SELASIH


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
3 cm kunyit
2 cm belacan
1 sudu kecil lada hitam
40 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

800 gm daging segar *hiris nipis
3 keping asam gelugor *asam kepinng
700 ml air
gula dan garam
1 helai daun limau purut *siat
6-7 tangkai daun selasih *ambil daun sahaja @anggaran satu mangkuk
4 biji kentang *belah 4
kacang bendir
minyak untuk menumis

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR
Tumis lama dengan api perlahan. 
Setelah pecah minyak masukkan daging dan kentang.
Kacau rata dan masukkan air dan asam gelugor.
Renehkan sehingga daging dan kentang empuk.
Masukkan daun limau purut, kacang bendir dan daun selasih.
Renehkan sehingga kuah pekat dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!!


TARRAA!!

GULAI DAGING SELASIH


komen dari Pak Habibi dan anak-anak i....

"Sedapnya! Sedapnya! Sedapnya!"

Awwww...... :D

ya, begiteeww.. tak caya.. cecuba-cecuba... ;)


ada lagi 2 resipi dari RAGA MISTERI yang ada kat atas tu bakal kukongsikan..

Soon.. Insya~ALLAH...


jumpa lagi.. jaga diri k... ;) << macam taip dalam HP ler pulak :))


Assalammualaikum...

TATA!!


School Holiday Fest ~ Simple Made Easy ~ Breakfast + Lunch ~ Brunch

$
0
0

School Holiday Fest ~ Simple Made Easy
 ~ Breakfast + Lunch ~ Brunch

Assalammualaikum... :D

Apa macam ibu-ibu, bapak-bapak, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik??

cuti sekolah dah bermula dah ni....

hadoii semestinya rumah kita sesak kan kan... ;)

ya, laa.. sebelum ni memasak juga.. tetapi lain hidangannya.. kerana anak-anak bersekolah maka hidangan menu pun simple dan terutama sekali penyediaan sarapan pagi sangat simple.. paling tidak roti bakar sapu jem.. dahhh... ;)

bila dah berkumpul di rumah ni.. pepagi kala dah berciap macam anak-anak burung kelaparan.. pulak cuaca tak menentu... yang ibu-ibu dah pening kepala.. apa yang ni bagaikan???
minggu pertama okay lagi.. tiba minggu kedua???

hah! pening mikir nak masak apa? :))


Okay... maka dengan itu.. i telah sediakan satu lagi folder baru di bawah label 'MENU SCHOOL HOLIDAY' sebelum ni i share jugak menu cuti sekolah tetapi tak pulak ku sediakan folder khas.. dan lepas ni bila tiba school holiday dah senang.. tinggal kais aje dari folder khas tu yaa.. tq ;)

Okay tips utama bila anak-anak mula cuti sekolah tu...
manjang aje ler kekanak riang tu nak makan makanan segera.. contohnya sarapan pagi di Mc Donald's!
perghh.. sekali dua boleh ler.. tiap hari manjang pengsan kopak poket mak bapak! :))

Soo... macam ni... nak jimat belanja...

kita kenalah ke pasaraya dulu... borong apa yang patut..

contohnya... wajib ada dalam freezer *walaupun bukan tiap hari itu yang ko hidangkan ;)*

Nugget ayam
sosej ayam
fries *kentang 
drummet ayam segera
kepak ayam segera
daging burger
ayam burger
daging cincang
ayam cincang

 **kiranya contoh ler ni.. tak tersebut lagi bahan-bahan yang segera yang ada di pasaraya tu*


jangan lupa juga stok kan dalam peti sejuk you olls tu dengan beberapa jenis lagi bahan :

mayonaise
ranch sauce
butter
garlic spread
sos cili
sos tomato

*hanya menyebut beberapa jenis bahan*

actually i prefer buat mayo sendiri.. tapi bila dah sibuk sekarang ni.. beli je dari balang.. berbaloi-baloi.. lengan pun tak tumbuh ketol! :))

minyak untuk menggoreng juga sila stok yaa...
dan hidangan jenis bergoreng ni tak bagus juga di buat selalu.. anggaplah seminggu sekali dah memadai.. jadi taklah manjang asyik sarapan pagi ke petang dengan jejemput ikan bilis dan kentang manjang! kan kan... ya giteew ;)

Gorengan :


okay pagi tadi i goreng kentang jenis segera baik punyer! :D

nanti i share how to make home made fries yang garing dan enak ;)


untuk mendapatkan gorengan fries yang rangup dan tidak serap minyak...

petuanya mudah sahaja...

gunakan kuali atau deep fryer
tuangkan minyak penuh
panaskan minyak *benar-benar panas
barulah masukkan fries yang telah di nyah beku dan bukan masih beku okeh! ;) nanti satu dapur penuh dengan minyak merecik ;)
jangan di kacau sentiasa, memadai di kacau setelah hampir masak.
Angkat dan toskan terlebih dahulu dengan tisu dapur dan barulah di taburkan dengan sedikit garam halus atau cracked black pepper.


untuk nugget segera...

juga sama kaedahnya seperti tips di atas..

bila dah angkat.. jangan goreng dulu... pastikan minyak kembali panas seperti mula-mula tadi dan barulah masukkan nugget dan lakukan seperti tips di atas sehingga selesai... :D


untuk drummet ayam segera pun sama jugak tips seperti di atas..

cuma jangan masukkan ayam terlalu banyak di dalam kuali..

masa memasak lambat dan ayam juga akan serap minyak..

dah lah makanan bergoreng ni tak healthy maka kenalah di ambil kira dari pelbagai sudut ya...

giteewww.... :D


masa nak menghidang tu...

hah! be creative ler sikit...

ambil plastic container *ala yang bekas beli tapai tu :D*

hah! alaskan dengan serviets... hah.. baru buh kan fries, nugget dan drummet kita tu tadi...

hah! mana nak dapat cam ni?? Mc Donald's pun yelek! ;))


1 peket nugget hanya RM10 lebih kurang.. +-

kalau makan di Mc D dah berapa???

6 ketul dah dekat RM6 termasuk GST tak giteew???
jimat belanja ke tidak mak dan bapak??

mau taknya.. cukup tahun boleh kumpul duit gi bercuti weh! ;))


kebiasaannya kalau i bawak anak-anak breakfast di Mc D... modal untuk 4 orang *sekeluarga tak termasuk Pak Habibi temBAM BOM i tu.. dia memang tak gemor fast food :D

lebih kurang +- RM50++

tu dia.. dengan nak kena cari parking... kena pakai baju memolek sikit...
duduk atas kerusi sesak dengan pelanggan yang ada...

buat di rumah.. jimat belanja yang oiii...

modal tak sampai pun RM30.... ;)


Yang bestnya.. makan di rumah...
boleh minum teh tarik... Mc D mana ada! muahaha.... :))

sekian sahaja.. perkongsian kali ini..
hanya sekadar berkongsi sedikit tips.. nak ikut.. ikut.. tak ikut.. tak pe.. Mc D ada :))

jumpa lagi...

selamat bercuti... jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!


School Holiday Fest : Simple Made Easy : Cemilan Sambil Menonton ~ Kacang Kuda

$
0
0


Assalammualaikum... :)

School Holiday Fest : Simple Made Easy :
 Cemilan Sambil Menonton ~ Kacang Kuda


Tu dia.. penangan cuti sekolah.... ;)

musim hujan pulak sekarang ni.. aktiviti sangat terhad di luar :D

anak-anak memasing santai aje di rumah...

belikan DVD semua sakan menonton TV di rumah..

sambil bersantai tu.. dah tentu-tentulah mulut tu nak mengunyah! :))

tangan tu gatai nak mencapai dan menyeluk! :))

Hah! belikan kacang kuda dalam 400 gm... ;) RM3.50 di pasaraya..

Kacang Kuda


i beli jenis yang kecik comey momey....

rendamkan semalaman...


kemudian toskan...

siatkan 2-3 helai daun pandan.... dan...

kukus.. grill... panggang.. KUKUS!!!<< macam iklan panasonic Masterchef :))


masukkan ke dalam periuk..
tambahkan air secukupnya...
dan didihkan sehingga kacang kuda SEPARA EMPUK...
baru taburkan sedikit garam dan 2 sudu besar gula pasir..
dan rebuslah sehingga empuk..

bila di picit penyek! :))

angkat dan toskan!

sedia di NGAP!! :D

TARRAA!!!

Kacang Kuda


buh kan dalam cup plactic yang comey momey..

cucukkan sudu plestik satu dalam cawan plestik tu..

dah siap.. hah! jerit suruh ambik sorang secawan!

habis jangan mintak lagi! :))


mudah aje tu kan... sambil menonton kunyah kacang kuda..

best tul!!! :))


simple.. made.. easy... ;)

Khas buat kawan-kawan di Sarawak!!

SHAHRIAH nak JUMPA YOU OLLS!!!




Jumpa Nanti!!

Jaga Diri!!

Assalammualaikum... ;)

TATA!!


Dari Hasil 'RAGA MISTERI' Sayur Goreng Campur Segar

$
0
0

Assalammualaikum... :)

Selamat Hari Deepavali khas buat semua teman-teman blogger yang meraikannya.. :)

ada buat muruku tak?? i suka yang putar tajam2 tu... sedap betul kalau terkunyah bijan hitam ;)



sekarang ni musim hujan.. tanaman i kat tepi dan belakang rumah tu tengah syiok membuahkan hasilnya.. maka dengan itu.. muncullah 'RAGA MISTERI' yang ku jinjit kat celah-celah kebun mini i tu..

berbekalkan sebuah 'RAGA MISTERI' dan gunting...

maka adalah hasilnya memenuhi 'RAGA MISTERI' i tu :D


i update blogs i ni tepat jam 1:17 am..
jadi inilah hasil petikan pagi semalam bersamaan 13hb November 2012 :D

apa yang ku masakkan dari hasil 'RAGA MISTERI' i tu??

;)

Sayur Goreng Campur Segar!


BAHAN-BAHANNYA :

**hasil petikan yang i petik**

kacang bendir *potong serong
kacang panjang *potong 2 inci

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *i love garlics :D
1 batang cili merah
3 sudu besar udang kering
garam dan minyak
sedikit minyak bijan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan kesemua *BAHAN-BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan kacang panjang dan kacang bendir.
Sesuaikan rasa, renjiskan sedikit minyak bijan.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAAA!!!

Sayur Goreng Campur Segar!



SEGAR! RANGUP! MANIS!

simple made easy yet deli! ;)


makan dengan nasi panas-panas!

terangkat! i tell u olls :D







sekian...
jumpa nanti ya...
selamat bercuti bersama keluarga..
jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!



School Holiday Fest ~ Minum Petang Musim Tengkujuh ~ Keria Selembut Bantal

$
0
0


Assalammualaikum.... :)

Tu dia.. kuih tayor i panggil masa kekanak dulu...

masa nak makan kuih tayor tu.. kan kan..  i cucuk dengan jari telunjuk.. pastu gigit sikit-sikit sekeliling...

pastu baru ku telan semua sekali! :))

perghhh dulu masa kecik-kecik inilah kuih kegemaran i.. nak tahu sebab apa?

yaaa.. sebab banyak gula! :))


sekarang ni musim cuti sekolah.. nak kena rajin turun ke dapur..

anak-anak dah bujang tak meminta sebenarnya.. tetapi sebagai ibu... nak kenalah peka ya tak..

so i kais ler apa yang ada kat celah raga-raga i yang bersusun tepi kabinet tu...

tu dia.... kais punya kais!


hambik KO!

keledek tumbuh! :))

i ni jarang stok keledek kat rumah.. ni stok masa bonda kesayangan ada menginap di rumah ni ler :D

terus ler ku rebus... :)

buat keria memang best! musim hujan pulak tu.. perghhh lepas makan.. tarik bantal....Zzzz... hepp! dah kenapa :D

Keria Selembut Bantal :D


keledek keler oren.. manis dan isinya lembut sangat..

masa nak merebus tu pun sekejap je dah empuk...

masa merebus tu... buh garam lebih sikit.. jangan ler terlebih masin pulak yaa...

anggaran 400gm keledek

rebus sehingga empuk...

kemudian toskan...


selepas itu lenyekkan sehingga benar-benar hancur...

tambahkan dengan 1/2 cawan tepung... dan jangan lebih..

nanti bila dah siap... hah! serius lembutnya macam bantal! i tell u olls... :D

sekadar mencampurkan adunan sehingga sebati dan selepas itu ambil secekut dan bulatkan..

kemudian leperkan dan lubangkan di tengahnya...

ya.. giteewwww


i buat comey-comey naa...

senang nak makan.. tinggal NGAP! :D


dapat banyak.. lebih 24 biji... muaikan.. sebab buat kecik momey je.. :)


panaskan minyak dan gorengkan sehingga keperangan,
angkat dan toskan...

setelah sejuk baru di sira ke dalam air gula... :D


Untuk Sira Air Gula :

5 sudu besar gula pasir
5 sudu besar air

renehkan sehingga gula hancur, pekat dan berbuih-buih.
Kemudian baru masukkan kuih keria tadi.
Gaul sehingga sebati.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!!

Keria Selembut Bantal


Serius memang lembut dan enak lemak dan berkrim..

nak tahu kenapa i cakap selembut bantal??

sebab i guna tepung cikit aje.. agak melekit bila di bulat-bulatkan semasa menguli tadi..

tak pe.. tak pe.. hasilnya memang meleTOP!

tak caya.. cecuba.. cecuba... sedap ngko aii... :D ***sambil masuk Raga Misteri i** :))




Sekian dulu perkongsian hari ini...

Selamat bersantai bersama keluarga...
Jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!


Terubok Ikan Masin Goreng Tomato Hijau ~ Di Terbangkan Dari Pasar Satok Kuching Sarawak

$
0
0


Assalamualaikum.... :)

Salam Sejahtera buat semua rakan-rakan blogger baru dan lama yang ku hormati... ;)

Apa khabar semua? sihat hendaknya.. Syukur..Alhamdulillah... ada yang rindu i ke? :D i rindu kat you all taw... ;)

Minta ampun dan maaf kerana menyepi tanpa khabar dan berita :D

Baru sahaja pulang dari menjalankan tugasan di Kuching Sarawak.. sambil menyelam tenggelam timbol.. ;) selesai tugasan terus ler menjelajah Kuching tidaklah semua tempat dapat di lawati.. namun seronoknya sepanjang berada di sana.. sampai laa.. mood nak meng-update blogs ke Sungai Sarawak sana tu hah! :))

Bukan tak ada mood... tetapi kepenatan berjalan sakan sampai laa terasa.. pulak tu bila balik dan load semua gambar sepanjang berada di bumi Kenyalang.. perghhh... ada lebih 3000++ gambar yang perlu di pilih dan di edit.. bayangkan! pengsannn... sejuta kali darab dengan 3 aje... ;))

Okaylah... i pun tak nak taip banyak-banyak.. (TIPU) :D
 masa i edit blogs i ni.. jam menunjukkan tepat jam 1:46 am... PAGI :D

i kisahkan pendek je dulu yaa... kisah panjang lebor penuh bergambar segala tu semuanya tu i akan update di blogs SINI
**bagi i masa untuk edit gambar yang berlubur tu yaa.. macehhh :D

Ikan Terubok Masin
Pasar Satok Kuching Sarawak     


i ke sana pada hari ketiga...
dengan menggunakan perkidmatan tourist guide yang berbayor :D
maka dengan hati berbunge-bunge.. i telah mengarahkan tourist guide untuk bawa i ke pasor :D
itu yang i teringin sangat nak pergi...orang sibuk nak melancong tempat best-best dan menarik.. i nak ke pasor! :D
tak pedulik.. i memang minat tempat-tempat macam ni... hati berbunge-bungE giteewww :D
maka ke... 
Pasar Satok..
macam pasar biasa juga.. hanya pasar Satok sesak dengan peniaga2 yang berjualan... sibuk dan sesak..
riuh-rendah... seronok i you :)

terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran... buah-buahan.. ikan segar.. udang kering.. ikan bilis.. dan yang paling terkenal sekali.. Ikan Masin Terubok...
kalau ke Sarawak tak sah! tak borong yer tak? :) 

**kisah panjang lebor dan gambor yang banyakkkkkk naaaa... nanti i update di blogs cuti-cuti i ehh...** 
berapa kali nak bagitahu?? pssstt.. takut i lupa :D 


Tu dia.. sekali ke pasor dengan baju keler merah!
ramai peniaga yang tegur i..
"Merah sangatlah mak ngah!"
i sengih :D << cam ni :))

ikan terubok masin bersusun.. pusing kanan dan kiri..
banyak sangat ikan terubok masin..
dan tourist guide yang i bayor tu menyarankan i satu tempat yang berbaloi sangat harga ikan terubok masin tu taw.. 
segar-bugar pulak tu...
i kalau ke mana pun.. siaplah.. mulalah jadi wartawan tak bergaji :D
soal itu dan ini.. psst.. sejam jugak duk kat situ :D 
doklah menyoal dan memerhati dengan begitu asyik sekali... ;)   


Handsome tak? :D
HEPP!! jangan tenung lelama.. pisau untuk menyiang ikan terubok masin yang masih segar tu.. baru sahaja naik dari laut.. terus di siang..
punyalah pantas.. perghh.. teruja i you..
teruja jugak nak cuba..:D
Pak Habibi i sound slowww____ jee.. 
"Nak beli ke nak berniaga?"
wahhhh!! giteeww..
i jeling manja jeww :D


Tu dia ikan terubok yang telah siap di siang.
lepas di cuci barulah di toskan terlebih dahulu and then barulah di lumurkan dalam isi ikan tu dengan garam khas... 
gambar penuh nanti i update kat blogs.. cuti-cuti i tu ya.. sabor.. nak memilih gambor ni yang mata berpinor :D

dan i telah memborong ikan terubok masin yang masih segor tu.. tak lah banyak..
cukuplah untuk stok.. dan agihkan buat saudara-mara :D


Wahhh! gitewww.. nampak tak kotak yang ada arrow tu..
yaa.. itulah kotak yang penuh berisi ikan terubok masin yang masih segor ku terbangkan khas dari Pasar Satok Kuching Sarawak...

adalah dalam 9 kG!
itu pun setelah Pak Habibi.. sound i.. sloowwww___ naaa...

"You bawak kotak tu eh!"

tu yang 9 KG jEeeeee :D  

 kisah panjang lebor nanti kat blogs cuti-cuti i tu.. *berapa kali nak beritahu daaa..* 
**bukan apa takut you all yang terlupa :))
dah jom! masak!

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau 


i masak banyak... lebih kurang 4 ekor ikan terubok masin..
sebab keluarga i datang berkumpul di rumah...
tapi di blogs ni i share untuk resipi 1 ekor ikan terubok masin yaa ;)

Okay mula-mula sekali, potong ikan terubok masin kepada 3 bahagian atau selebar 3-4 jari.
Cuci bersih dan toskan sehingga kering.
taburkan dengan 2 sudu besar tepung beras dan gaul rata.
Panaskan minyak penuh dan goreng. 


angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Ketepikan.


3-4 biji tomato hijau.
Potong baji 

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau 


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan terubok ikan masin
3 biji tomato hijau
6 ulas bawang merah *hiris halus/mayang
4 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia muda *potong julien/batang mancis
15 tangkai cili padi siam merah *hiris
3 sudu besar cuka masak
1/2 cawan air
gula
garam

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan, bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga layu.
Masukkan air dan cuka renehkan sebentar.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan ikan terubok masin dan buah tomato.
Renehkan sebentar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau    



Rasanya amatlah segar!
apa taknya beli yang segar-segar..
 adik ipar i orang Sarawak... sentiasa di rumah ni ada stok ikan terubok masin..

but i tell you.. yang segar lebih S.E.D.A.P!!!! <<< sila eja ketika membaca :D


Jamu keluarga i yang berkumpul...

semua cakap memang segar dan tak sama dengan yang kami beli sebelum ini... di awet lebih lama.. yang segar lebih enak taw! aww ;)
Pak Habibi paling banyak makan!
Pastu i sound dia pun slowww... JeE..

"Patutnya beli 19 KG! kan kan!!!!!"

:))  


masam... manis.. lemak.. dan pedas!

Ikan Terubok Masin Satok memang TERBAIK!!!


labu dia comey dan cute!
sorry i tak beli..

sebab Pak Habibi dah janji.. balik dia nak tanamkan i labu.. :D


 Bukan hanya ikan terubok masin yang kuborong...

Psstt.. tahu tak.. kesemua bag dan kotak yang tertenggek atas trolley itu adalah ole-ole dari Sarawak :D
semua ole-ole... beg luggage pakaian i.. tiada di dalam gambar di atas yaa.. bayangkan... apa agaknya yang i borong tu???

sabor... bagi i masa cuba satu persatu masakan dari hasil bumi Kenyalang tu yaa... dan bagi i masa edit gambar yang berlubur tu... tak tahu nak edit mana satu sebab semua okey! muaahahhaa...:))

Okaylah sekian dulu... cakap je tak nak taip bebanyak.. kalau buat manuskrip ni dah jadi 2 bab! :))

      
 Jumpa lagi...
Jaga diri..
Assalammualaikum...

TATA!!

Fettucini With Peppercorns & Prawn **Peppercorns Yang Di Terbangkan Dari Pasar Satok Kuching Sarawak

$
0
0

Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati :D

Apa khabar? sibuk ke? maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah kan kan.. tak kering tangan ibu2 di rumah nak menyediakan juadah buat anak-anak di rumah.. samalah kita :D

i masak simple aje.. just pasta.. yang ada di rumah hanya yang bujang2 aje.. Nellysha dak kerempeng tu dah nun jauh bercuti bersama bonda meninggalkan emaknya terkonteng2 tak berteman ni hah! :D tak pe.. tak pe.. :D << menyedapkan hati yang rindu kat dak kerempeng ;) 


Okay gambar di atas itu adalah lada hitam muda.. yang i borong semasa bercuti di Sarawak minggu lalu.
Masih segar dan banyak i borong.. murah pulak tu! kat semenanjung ni mana nak dapat? kan...
so i tak lepaskan peluang untuk memborong pelbagai jenis bahan2 masakan yang tiada di semenanjung.


Tu dia.. lada hitam muda yang di jual di pasar Satok Kuching Sarawak.. sepiring hanya RM2..
murah!!!!!!! i borong 4 piring! hambik ko! :))
kata penjual di pasar Satok tu.. lada hitam muda ni.. mereka hanya makan dan jadikan ulam..
rasanya manis.. serius ni.. kunyah cam tu je.. langsung tak pedas tapi mulut tu berangin je! :D
kalau yang dah tua tu.. hah! memang pedas dan sama sahaja dengan rasa biji lada hitam yang kita sering gunakan di dapur!
soOoooooooooo interesting!!!! i loikeeeee sejuta kali!

Tu dia.. sepiring besar RM2.. banyak tau tu..
beli bebanyak bukan tamak.. tapi memandangkan di semenanjung tak pernah ku lihat.. ada pun dalam botol! dan harganya mak aii.. pak aii..
kat situ... murah gilerrrr :D 


tu dia pokok lada hitam..
i cadang nak ke ladang lada hitam.. tapi sayangnya kesuntukan masa.. punyalah baik hati tourist guide yang bawa kami berjalan di Sarawak.. dia sanggup cari pokok lada hitam semata-mata nak menghilangkan rasa JAKON i yang ketika itu tahap 9!!! :))
jadilah dari tak de kan kan.. ;)


beli memang banyak..
so i simpan elok-elok dalam peti sejuk dan i bungkus di dalam kertas surat khabar yang lembab..
soon i akan jadikan jeruk.. waduhhh.. waduhh.. tetiba stok lada hitam segau banyak benau di rumah ni hah! :))
Okay dah! JOM! Masak! :)

Fettucini With Peppercorns & Prawn


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket pasta fettucini *rebus sehingga al-dante *tidak terlalu lembik **ambil satu cawan air rebusan pasta dan ketepikan

2 biji bawang holland *potong dadu
8 ulas bawang putih *hiris
1 biji lada capsicum merah (i guna capsicum i yang comel lotey sedang lebat berbuah :D
4 sudu besar peppercorns *leraikan dari tangkainya
350 gm udang *buang kulit
3 sudu besar parmesan cheese
4 tangkai daun selasih *ambil daunnya sahaja
1/2 biji lemon *ambil jusnya
garam secukupnya
minyak zaitun


CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
Tumiskan bawang holland, bawang putih dan capsicum.
Tumis sehingga bawang holland nampak jernih, baru masukkan udang dan kacau sebati.
Masukkan garam, air rebusan dan pasta kemudian kacau sebati.
Masukkan peppercorns dan parmesan cheese.
Gaul sebati, sebelum di angkat baru masukkan daun selasih.
Gaul rata dan angkat!

TARRAAA!!!!!

 Fettucini With Peppercorns & Prawn


Waduuhhh.. bila dah siap di masak..
terus ler i rasa..

WAHHHH!!! nyaman gitewww... tak sia-sia borong lada hitam tu bebanyak :D
kalau tahu borong 4 KG! :))


bila suap je.. tergigit peppercorns tu.. waduhh...
hilang mata hitam! :))


Sesuai di hidangkan untuk hidangan tengahari dan makan malam..

sangat simple... yet delicious!!!
tak caya.. cecuba.. cecuba.. ;)


nantikan pelbagai resipi yang bakal ku ciptakan dari peppercorn tu ya.. ;)


Nak lagi sedap dan meleTOP! leTOP! dalam mulut bila di kunyah tu..
taburkan dengan parmesan cheese sewaktu menghidang.. waduhh.. waduhh.... 
S.E.D.A.P!!! <<< tak perlu eja ;))


i dah mula edit gambar ketika berada di Sarawak..
 dan i baru keluarkan Part 1 Mukadimah dulu... KLIK SINI PART (1) TQ




Kawan-kawan... Shahriah akan berada di JB untuk demo masakan.. tidak lama lagi...

semestinya hidangan yang cukup istimewa yang bakal Shahriah hidangkan buat semua yang hadir..

2hb Disember 2012 (Ahad)

2:00 Petang

Lokasi : Ruang Legar Galeria@Kota Raya Johor Baharu

Tak Sabar nak jumpa Orang Johor!!!!

Datang tau!!! info lanjut nanti i share di blogs penulisan i DI SINI


Jumpa nanti yaa... Jaga diri  muahzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Assalammualaikum...

TATA!!

School Fest ~ Creamy Mint Omelete For Breakfast

$
0
0







Assalamualaikum... Selamat Pagi kawan-kawan semua... :)
Macam mana hari ini? Sibuk melayan kerenah anak-anak sepanjang cuti sekolah?
waduhh.. ada lagi sebulan kita nak melayan anak-anak sempena cuti sekolah ni kan.. :)

Kepada ibu-ibu yang tidak bekerja dah tentulah kehabisan idea kekadang tu.. apa yang nak di hidangkan buat anak-anak.. terutama bila tiba sarapan.. paling tidak nasi goreng.. atau pun beli je di gerai.. sehari dua bolehlah.. ni ada lagi sebulan! jawab! :))

Okay semenjak dua menjak ni i jarang update blogs.. busy manjang dengan pelbagai urusan penulisan dan undangan.. so pagi ni i nak sembang panjang lebor cikit dengan you all.. :D

**PESANAN PENAJA : MENU SARAPAN PAGI i.. PADA... 25HB November dan telah ku update kan hari ini.. PAGI 26HB Nov TEPAT JAM 3:20 AM!!!!**** you all tengah lena di buai mimpi.. sedangkan i.. dok makan hati kecur masa masukan N3 ni! muahahahahhaaa :))**

Okay sambung cerita... :))


i jarang masukkan N3 breakfast sebab hidangan yang i sediakan terlalu ringkas dan pusing-pusing tang situ jugak yang ku hidangkan :)) tapikan bab breakfast ni memang i paling suka.. sebab simple.. masak berat sikit dah boleh bawak ke makan tengahari.. Brunch kata omputeh.. :D

 pulak kalau sarapan memang tak pening kepala.. lunch pun okay.. minum petang no problemo... idea selalu mari.. tapi bab dinner tu hadoii.. pening jugak nak mikir apalah yang nak ku masak nanti! ;)) kehabisan idea.. ku beli je kat gerai :)) jemu-jelak kalau tiap hari.. so malam i biasa hidangkan menu yang ringkas.. contohnya sup atau pun pasta.. dah.. Alhamdulillah... kenyanglah tu! :D

Di rumah ni.. hero-hero i yang dua orang tu.. memang tak susah.. kalau pagi memang ringkas.. memang fav mereka berdua.. western breakfast.. lebih mudah dan ringkas..  scrambled eggs.. toast.. poached eggs.. half boiled eggs.. dah kira selesai...dak kerempeng my lil princess tu.. lagilah mudah benor.. roti bakar sapu mentega tabur gula banyak-banyakkkkkkk naa.. hadoii... badan tetap mentain.. kerempeng foreva! :D

Tengahari i memang akan masak masakan melayu.. atau pun yang ringkas-ringkas je.. yang penting berkhasiat dan mengenyangkan.. Syukur Alhamdulillah...

Tiba minum petang lagilah i suka.. buat yang ringkas.. tengok keadaan. Kalau tengahari hidangan i terlalu berat macam ada gulai ke kari ke.. okay petang i buat kuih manis.. kalau tengahari masakan ringkas aje.. i buat minum petang pedas sikit.. ya giteewww...


Masa i tiap hari terlalu padat.. 
so masa untuk berlama-lama di dapur amatlah terhad.. kerja kena pantas.. kerja rumah lagi.. kerja penulisan lagi..outstations lagi... wah! memang busy..

Tu yang bila ada kelapangan... macam sekarang ni kan.. sambil buat kerja penulisan i.. i dok main game kat FB! muahahaa.. siap dah ada geng-geng FarmVille2 dan ChefVille.. hah! macam tu punya busy boleh lagi main game.. hadoii yaai..pstttt.. cakap sini habis sini ekk.. yang mana main game tu jangan lupa jadi neighbour i macehhh :))


Okaylah.. dah cukuplah bersembang yerk... dua tiga hari ni i memang busy.. tiap hari i masak.. dan tiap kali lepas masak memang i snap gambar.. nak mengedit gambor tu yang tak ada masa.. pulak sekarang ni i tengah dok sibuk masukkan N3 i ke Sarawak hari tu..  hmm.. pelan-pelanlah yaa..


Creamy Mint Omelete

Kenapa creamy??

Okay bahan-bahan yang i gunakan mudah sahaja..

4 biji telur *Saiz A
3 sudu besar cooking cream
2 tangkai daun pudina *mint ambil daunnya sahaja
sedikit garam
sedikit cracked blackpepper
sedikit mentega

CARA :

Campurkan telur, cream, daun mint, sedikit garam dan sedikit cracked blackpepper
dan kocok atau kacau dengan menggunakan garfu sehingga sebati.
Ambil kuali non-stick *saiz paling kecil. Lengserkan dengan sedikit mentega dan tuangkan sedikit adunan telur tadi dan masak seperti gambar di atas.
Angkat dan hidangkan!!!

**dapat 4 keping omelete yang comey momey* :D

Creamy Mint Omelete


Sangat simple dan creamy dek cooking cream tu... daun mint yang amat menyegarkan..
sarapan pagi yang cukup ringkas dan mengenyangkan!
jangan lupa pulak kengkawan omelete kita tu ekk... :D


Roti bakar...
Kepingan cheese..
Baked beans..
Salad segar...
Cili Sos..
dan..
Omelete kita yang creamy tu... so creamy yet yummeh!
tak caya.. cecuba.. cecuba.. yaa...


Kenangan di Kuching Sarawak.. dah masuk PART (2)





Khas buat semua teman-teman yang ku hormati...
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda yaa..
i baca tau.. cuma tak berkesempatan nak membalas tiap komen...
tunggulah dalam waktu terdekat bila i siapkan semua kerja penulisan i.. semstinya i akan mula Blog Walking sampai tapak selipar jepun i haus!!!!

Minta maaf yaa.. jangan pula ada yang berkecil hati... walaupun i tak membalas kunjungan.. you all sentiasa ada di hati i... awww... << serius ni okeh! :D

sekian dulu.. jaga diri..

Assalammualaikum...

TATA!!

Ayam Ungkep Bonda

$
0
0


Assalammualaikum.. Salam sejahtera buat semua rakan-rakan blogger baru dan lama.. :)

Terima kasih kerana masih sudi singgah di dapur maya i yang tak seberapa ini... dengan ikhlas hati ingin berkongsi resipi buat semua teman-teman.. moga perhubungan yang terjalin di alam maya ini akan kekal selamanya.. Amin.. ~Wallahualam~

Walaupun semenjak kebelakangan ini i tak dapat nak masukkan N3 masakan lebih dari 2-3 resipi dek kerana kesibukan yang melampau.. nak singgah rumah kengkawan pun tak berkesempatan.. sabar ya.. Insya~ALLAH bila dah beres segala urusan dan undangan semestinya i akan aktif macam dulu..:) ~Wallahuama~

Buat rakan-rakan blogger yang baru sahaja add i di blogs ni.. Terima Kasih sangat yaa... kerana sudi... Insya~ALLAH bagi i masa sedikit sahaja lagi.. akan i follow you all juga.. tq soOOooo much! muahhzzzzz << kissed sampai terlelap :D 


Ayam Ungkep Bonda

Adalah resipi asli dari Bonda kesayangan.. Bonda sekarang ada di rumah i.. tak tahulah berapa lama ada di rumah ni hah! tup! tap! ehhh.. tetiba esok lusa dia berbunyi.. nak ke sana dan sini melancong... :)) i tak kisah as long Bonda happy.. and i tumpang happy.. :)

So di kesempatan Bonda ada di rumah ni.. i minta Bonda turunkan satu lagi resipi dari air tangan Bonda...

kebetulan dalam freezer ada 2 ekor ayam telor.. *ayam pencen* bukannya besor naa.. 2 ekor adalah anggaran dalam 1.2 KG punyalah comey ayam tu :D


Resipi Ayam Ungkep Bonda

ini adalah resipi yang agak berbeza dengan resipi Ayam Ungkep yang biasa kita masak di dapur... agak berlainan kerana Ayam Ungkep Bonda tidak menggunakan sebarang bahan-bahan herba biji.. contohnya ketumbar.. jintan dan lain-lain lagi bahan..

Ayam Ungkep Bonda hanya menggunakan bahan asas sahaja.. dan rasanya memang enak! you all kena cuba.. memang sesuai di hidangkan untuk majlis keramaian atau pun hidangan buat keluarga.. sangat mudah dan bahan-bahannya pun simple...

Kata Bonda.. inilah masakan yang Arwah Nenek selalu masak masa zaman dia kecik-kecik dulu... walaupun Arwah Nenek dan Bonda bukan dari keturunan jawo.. i see.. << masa dengar bonda bercerita.. i angguk-anggukan kepala sambil kupas kulit bawang! :))


dan i telah menokok tambah resipi Ayam Ungkep Bonda dengan mencampurkan tomato hijau yang segar dan rangup! i like... :)

tengah musim sekarang ni tau...

so rasa Ayam Ungkep Bonda... ada rasa lemak.. masam-masam.. masin dan manis.. wahh! memang berselera i makan tadi taw! terlupa sesaat diet i! ;))

Okay dah banyak rasanya i bertonyeh.. meh! ler kita masak yaa... ;)

Ayam Ungkep Bonda


BAHAN-BAHANNYA :

2 ekor ayam telur *ayam pencen, potong dan cuci bersih
**Rebuskan terlebih dahulu sehingga empuk bersama air secukupnya dan halia titik, anggaran halia 6 cm** untuk hilangkan hanyir dan menyedapkan lagi rasa ayam.. yaa... giteew.. :) 
Setelah masak, toskan dan simpan air stok ayam.

BAHAN KISAR/TUMBUK :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
4 tangkai cili merah
7 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
5 biji buah keras

BAHAN LAIN :

3 batang serai titik
5oo ml santan pekat
300 ml stok ayam
4 helai daun limau purut *siat
6 biji tomato hijau *belah 2
6 tangkai cili padi Siam merah
gula dan garam
minyak


CARA :

Panaskan minyak terlebih dahulu sehingga benar-benar panas.
Masukkan *BAHAN_BAHAN KISAR* dan tumiskan bahan-bahan tadi sehingga terbit minyak *masa menumis agak lama dan api sederhana.
Setelah itu masukkan ayam dan gaul rata, masukkan santan dan stok ayam. Renehkan sehingga kuah agak pekat, baru masukkan daun limau purut dan tomato hijau.
Sesuaikan rasa dan renehkan sehingga kuah pekat. *Sangat pekat*
Setelah itu angkat dan hidangkan bersama nasi panas!

TARRAA!!!

Ayam Ungkep Bonda   



Memang enak, lazat dan berkrim!


Lemak, masam-masam manis... pedas dan semestinya... makan tak angkat muka i tell you :D

makan bersama nasi putih dan juga sesuai di hidang bersama ketupat :)


walaupun tanpa bahan-bahan herba biji.. serius rasanya lebih kurang sama.. masa memasak juga lebih singkat dan ringkas.. i like... :)


Nantikan update di blogs cuti-cuti i di Kuching Sarawak..
dah siap edit gambar untuk Part (3)

**gambar atas perahu.. siku atas kotak kek lapis Sarawak! Jangan lupa jengah tau!** :D




Sekian dulu... jumpa nanti.. take care yaa.. ;)

Assalammualaikum..

TATA!!

Viewing all 83 articles
Browse latest View live